Biasanya muka aku tak seskema itu agaggaga..Hodoh syal
Sekian, lagu perpisahan yang dah diedit untuk bloggers sekalian (kualiti tak berapa elok). Maaf tiada entry perpisahan terbaik yang mampu aku buat dengan limited access internet ni dan masa pun tak cukup. Kalau bosan dan rindu saya, boleh tengok entry-entry lama ye. Sedang cuba mengasimilasi dengan keadaan di Wellington, New Zealand sebelum online balik.
Flight MAS, akan berlepas 9.30 pm waktu Malaysia.
Doakan keselamatan dan kesejahteraan aku di rantau orang
Cbox telah dikunci, jadi postlah mesej anda di wall fanpage.
boleh add SKYPE aku juga dengan kata kunci arcx13. Tapi pastikan request anda disertakan dengan perkataan "saya blogger" dan sewaktu dengannya.
Selamat tinggal Malaysia
Kengkadang aku pelik dengan segelintir wanita dan sebilangan kecil lelaki yang berpakaian tapi suka mendedahkan apa-apa yang bakal menyebabkan mereka diliwat dengan ganas sekali. Mungkin mereka boleh berkata itulah fesyen, itulah trend dan itulah gaya masa kini untuk berpakaian dengan lebih sedikit kain.
Walaupun dengan kain yang hanya sebesar sapu tangan yang digunakan untuk menutup puting susu, namun mereka berbangga kerana ianya Gucci, Prada, Gorgio Armani dan sebagainya.Play lagu seksi ini.
Kalau nak dibandingkan punggung aku dengan punggung kau memanglah aku mengaku punggung kau lebih cantik. Dan bila aku tegur, kau keluarkan pula ayat ni. "Bodoh punya manusia primitif tak reti fesyen ke?Jagalah sikit k**ek tu jangan bagi setim je tiap kali tengok orang seksi" Dan aku menegur kamu kerana kamu tu sebangsa denganku wahai awek-awek yang berpunggung montok. dan berdada montok. Dan mungkin juga kamu tu bakal bini aku nanti, siapa tahu?
Sebagai seorang manusia yang normal, aku mengdambakan seorang perempuan untuk dipeluk tiap-tiap waktu aku kesepian tapi tak bermakna aku mahu tarah buntut kamu yang lawa itu. Bila aku memberikan statistik rogol di Malaysia, kau beri pula alasan perempuan bertudung juga dirogol dengan kejam. Perempuan bertudung juga melahirkan anak di luar nikah, dan ayat yang paling popular, "Jangan ingat kami seksi ni kami tak solat dan taat pada Tuhan ya, yang pakai tudung tu pun belum tentu sembahyangnya cukup"
dan
"Yang pakai jubah labuh itu lagi senang mahu menyorok anak dalam perut; orang tak nampak!"
Ah sudahlah dengan drama debatan kamu dengan aku. Siapalah aku untuk berdebat. Dulu pun aku hanyalah pengerusi Persatuan Sejarah, Geografi dan Warisan dan tidak satu pun daripada elemen tersebut yang boleh membantu aku berdebat dengan kamu. Aku juga bukan alim ulamak yang mempunyai seribu macam hadis untuk menyangkal tohmahan kamu. Tidak apa, aku biarkan. Tugas aku sudah selesai sebagai saudara kamu. Selainnya adalah urusan kamu dengan Yang Maha Pencipta.
Tapi aku ingin bertanya 1 perkara disini. Untuk apakah kamu menayangkan buah-buah betik ranum, dan kadang-kadang ada yang lebih kecil dari bola pingpong itu?Untuk apa?Mari aku berikan 2 pilihan: 1. Kepuasan diri 2. Memikat lelaki
dan sayang-sayangku sekalian, kalau yang kedua itu adalah tujuan kamu, maka kamu gagal. Kamu gagal memikat lelaki tapi kamu sukses memikat jantan yang dahagakan hubungan intim, dahagakan gigitan di leher, di pinggang, dan dahagakan elusan halus kulit salun kamu itu.
Dan ketahuilah bahawasanya yang menaip artikel ini adalah seorang lelaki normal, bukan gay, ada teman wanita, dan kadang-kadang berasa nafsu serakahnya perlu dipenuhi. Tapi apakan daya, aku masih bujang dan aku takut akan dosa besar itu. Mungkin juga dosa yang aku semburkan itu nanti akan membesar menjadi zigot. Tanyalah mana-mana lelaki yang waras, perempuan seksi hanya untuk dibawa 'bermain', bini tentulah mahu jenis yang bijak mengawal diri. Jika tidak, bagaimana mahu tentukan anak dalam kandungan itu milik siapa?
Tidak perlulah kalau kamu berpakaian kurang untuk menarik minat lelaki seperti aku. Tidak perlu kau tayangkan lurah dendam punggungmu untuk menarikku kerana jika aku terlihat, aku takkan kerdipkan mata selama 3saat, lepas itu aku belah. Tapi, jika kamu masih mahu memikat aku, pastikan kamu ada kriteria-kriteria dibawah ini.
1. Miliki mata yang cantik dan suci. Muka tanpa mekap lebih diutamakan
Oh yatie, aku sangat dambakan matamu, aku impikan sinaran matamu yang besar itu, dan aku rindui mukamu yang tiada calitan kepura-puraan mekap itu.
2. Miliki mulut yang bergerak hanya bila diperlukan
Pemilik gambar ini tidak kukenal dan tidak pula kufaham akan tingkah lakumu. Aku hanya tertarik dengan bibirmu yang kelihatan cantik dan sedap itu. Kelihatan neutral juga.
3. Berperangai baik dan bukan berperangai beruk
Aku yang lelaki ini rokok pun tidak aku sentuh sejak umur 5tahun, kamu pula yang mahu berlebihan. Kuasa wanita?Girls will Rule?Ayuh, tunjukkan semua.
4. dan pastikan kamu berpakaian sopan. Gambar dibawah ini contoh terbaik yang berpakaian sangat sopan tetapi masih sentiasa memukau mata aku.
Tapi aku faham, tiada siapa pun yang mahukan aku, jauh sekali memikat aku untuk dijadikan teman lelaki. Tapi aku pasti dalam banyak-banyak ayat di atas kamu dapat mesejnya bukan?
P/s: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
bukannya
Lelaki yang baik untuk perempuan jahat
dan bukan juga
Lelaki yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Oh ya, lagu di atas ialah Holly Vallance- Kiss kiss kiss dan lagu entry sebelum ni ialah Camille- Le festin
Semalam bila tertengok twit2 dari YnaaOhYnaa pasal pizza, aku teringat sesuatu iaitu kerja. Mestilah kerja pasal pembuat pizza kan? Dulu masa aku habis SPM, iaitu sebelum kes aku difitnah tu, aku carik kerja sebab duduk rumah sangatlah membosankan dn rumah aku pulak belum ada internet. Masa tu akaun blogger pun aku belum ada lagi.
Jadi dalam beberapa pilihan yang korang boleh fikir, salah satunya ialah bekerja di Domino's Pizza sebagai trainee dalam arena pembuatan pizza ni. Pelik jugak yelah aku ni goreng telur pun nak kena guna penutup periuk sebagai perisai percikan minyak, inikan pulak nak masak pizza. Tapi apapun, tak salah belajar benda baru kan?Play lagu untuk mood santai tutorial kehidupan
Jadi aku pun bergeraklah ke Giant Batu Caves untuk latihan hari pertama. Pada hari pertama aku diberi katalog pasal jenis-jenis pizza Domino's. Ada Chicken Pepperoni dan sebagainya. Bukan tu aje kena hafal, sukatan bawang dan hapekejadah bahan perasa sekali kena hapal. Tapi yang nak dijadikan cerita ni, pasal pesanan akak manager tu kat aku. Katanya:
Kat Domino's Pizza ni kita memang biasa ambik orang bekerja yelah nak bantu orang Melayu kita tapi kita sendiri yang tak mau berusaha. Datang sehari dua, pastu diam aje tak datang-datang.
Dan ternyata sumpahan orang Melayu tersebut berlaku. Aku datang 2 hari aje lepas diamm membisu haha tapi setidak-tidaknya aku sms akak tu cakap aku dah nak sambung belajar tawaran tu keluar awal. Takde masalah, cuma ayat dia yang dah cakap sebelum tu terngiang-ngiang kat dalam kepala hotak ni haha.
Macam aku ni, ada alasan tapi still aku yang bersalah sebab buat keputusan terburu-buru dan melulu. Perkara ni gak menunjukkan pengurusan masa aku yang tak berapa nak efisyen. Dah tu nak buat macamana..aku busy hahaha
Tapi mesejnya disini terutamanya bagi pelajar lepasan SPM, rancang cuti anda dengan betul. Aku masa lepas SPM, duduk rumah seminggu aje pastu terus cari kerja. Sebenarnya bukan seminggu tapi 3 hari je sebab masa tu ketagihan aku terhadap komputer belum mula lagi. Lainlah sekarang ni. Tapi sekarang ni pun kalau ada kerja yang bagi gaji masyuk aku buat aje ape pun hahaha. Badan sihat, poket pun tebal weh. Baru syiok shopping!
Antara cadangan kerja yang bagus untuk pelajar lepasan SPM. Ambik tips ni wey! Serius penting untuk majikan korang tengok masa korang nak interview kerja.
Operator telefon
Pembantu di syarikat guaman/syarikat biasa pun bley (peon)
Awek/abang restoran makanan segera
Penyambut tetamu hotel
Antara empat carta di atas tu, aku ambik yang no 4 lepas Dominos Pizza sebab benda tu dirasakan sangat-sangat mencabar bagi aku. Yelah, English command kena bagus..bila lagi nak praktis?Sekarang ni la time bekerja. Emosi kena pandai kawal dan muka kena sentiasa senyum. Kalau tak nanti pelanggan lari. Jiwa kena sentiasa tenang sebab kerja hotel ni banyak dugaan. Tu aku cerita kemudian hari.
Seperti yang aku dah cakap tadi, orang yang akan interview kita lepas kita graduasi nanti akan tengok skill-skill yang ada pada kita dan interviewer, mereka tak tengok sijil ko dapat pointer berapa. Mereka tak tengok sangat semua tu. mereka lihat pada recommendation letter dsb.
Kalau mereka nak tengok CGPA, berlambak orang kat Malaysia ni yang cemerlang. Apa yang penting?Soft skill. Anda perlu mempunyai minda yang kreatif dan berupaya memberi respon yang bernas pada situasi tertentu.
Eh aku cakap banyak lak padahal aku belum kerja lagi (tetap). Apa-apa pun, pesanan aku untuk mereka yang banyak masa terluang, carilah kerja sambilan. Insya-Allah membantu di kemudian hari.
Hai semua. Apa khabar? Ni sayalah Husin. Kali ni saya nak ceritakan apa PakLang saya ajar tadi. Cara untuk guna Google Maps lah. Senang sahaja dan boleh digunakan untuk Malaysia juga. Benda ni sangat berguna kalau anda nak cari tempat ataupun arahnya di mana mana asalkan di atas bumi Okay tapi sebelum tu, macam biasa PakLang suruh bukak lagu ni. pak Lang kata suara minah ni seksi dan sesuai untuk dibawak baca entry ni. Kalau nak baca tutorial kena lagu santai seksi yaha!
Ok step 1: Wajib masuk rumah pakcik Google dan mintak izin dia untuk ke GoogleMaps. Kalau nengok gambo dibawah ni, (anak panah warna merah) tu la University PakLang saya nanti. So kita search la Victoria University of wellington disitu (VUW) ok? Tapi kalau korang nak search pasar ramadhan ke, pasaraya OngTaikim ke sukahatilah.
Step 2: Pilih tempat spesifik yang anda nak tuju. Kalau VUW tu, ingat kecik macam KLMU ke?Besar weh. maka kita tetapkan 1 lokasi iaitu perpustakaan. Okay anda dah siap!
Tapi!!masih ada benda yang menarik PakLang saya tunjuk tadi!!Cuba klik kat anak panah nombor 2, nanti akan keluar beberapa pilihan. Yang menariknya, pilihan "Find Direction"
Step 3: Cari arah jalan 'kepada' atau 'daripada'. Benda ni kalau anda nak tentukan jarak dari 1 tempat ke tempat yang lain ya. Klik lah mana-mana satu bergantung. Tapi PakLang klik kepada.
Step 4: Masukkan alamat tempat yang nak dituju
Step 5: Tadaaa jalan anda akan ditunjukkan!!Nampak tak garisan biru tu?Haa anak panah pulak menujukkan 2 destinasi PakLang saya tadi.
Kelebihan GoogleMaps ni, dia dapat bagitau sekali berapa masa anggaran kalau berjalan atau naik kereta ke satu-satu destinasi. Asalkan benda tu rasmi dan ada didaftarkan dalam talian.
Sabar dulu, masih ada benda yang best pada GoogleMaps ni. Selain pilihan untuk pejalan kaki dan kereta, anda juga boleh usha laluan-laluan bas dan trem (dan lain-lain kenderaan awam) untuk ke destinasi tersebut!!
Jadi? Gunalah googleMaps ya kalau tak..
(Tiba-tiba~)
Haish sibuk jela anak buah aku ni. Gi main jauh-jauh!! Aku nak carik rumah sewa kat sana pun susah
UPDATE!!!: Okey selain semua itu, anda juga boleh melancong ke New Zealand tanpa perlu berada disana!!Tengok langkah dibawah ni
Step1: Pilih adress tempat tu, kemudian klik MORE than pilih STREET VIEW
2nd step: Anda boleh jalan-jalan di New Zealand dah!!Pemandangan 3D ni berdasarkan gambar dan keadaan sebenar ya. Gunakan mouse anda untuk rotate, dan zoom in
Klik anak panah tu untuk bergerak ke mana-mana arah. Sila la cuba di tempat lain! Dekat Jepun ka.
Benda ni bagus kalau anda nak tau jalan tu selmat untuk pejalan kaki atau tidak. Yelah kalau kanan kiri hutan peluang anda untuk dirogol tinggi kan?
Malas la aku nak cakap banyak pasal contest ni haha tapi kalau korang nak join ke nak apa ke, sila datang SINI. Dan seperiti biasa, aku taktau apa hadiahnye. Harap-harap bon saham bernilai 70 ribu USD. Bolehlah aku kahwin nanti haha. Siapa nak jadi pengantin aku sila angkat tangan.
Gambar ni tak mungkinlah ambik kat CosmoWorld sebab tempat tu kan indoor. maka tempat taman tema outdoor yang tinggal ialah Genting Highlands. Masa ni, kami belajar kat Kolej Matrikulasi
Alkisahnya, teringat pulak dalam cable car aku ada cerita 1 benda dengan diorang pasal pengalaman pahit aku dengan insan-insan bergelar "kawan". Awas, ini cerita sedih (bagi aku) dan ada ayat kesat.
*****
Dulu masa aku kat sekolah, aku pegang jawatan Ketua Biro Penempatan Pelajar di salah sebuah SBP dekat Malaysia ni. Malas aku nak sebut nama sekolah tu. Bikin panas aje. Jadi, bila habis SPM, kami dah tak duduk la asrama tu kan sebab pelajar-pelajar sekolah ni ramai datang dari KL, Klang, Batang Berjuntai, even Sabah dan Sarawak pun ada.
Untuk Hari Kecemerlangan yakni hari penganugerahan cemerlang SPM, aku terasa terpanggil untuk berurusan dengan pihak sekolah pasal tempat kami nak tidur. Yelah kami kan duduk jah, majlis pulak pagi. Jadi aku telefon PKHEM yang berusia 40-an tu untuk tanya pasal bilik pelawat. kalau boleh guna, selamatlah kami.
Malangnya dia cakap bahawa kelab ragbi ex-senior dah dapat bilik tu sebab mereka nak bukak gerai masa Hari Kecemerlangan nanti. Jadi aku pun cakap "EH, alamak susahlah camni dia orang dah dapat bilik tu. Cikgu ada tempat lain tak". Maka dengan itu dia bagi aku beberapa contacts yang berguna dan aku cakap terima kasih.
Esoknya sedang aku sedap-sedap layan Spongebob kat depan TV, tiba-tiba masuklah 1 panggilan yang tak dikenali. Aku angkat dan perbualan tersebut berlaku:
Cibai A: Wey, aku dengar ko tak puas hati kitorang buat gerai kat HK (Hari kecemerlangan). Siap hasut pulak guru besar jangan bagi kitorang tender tu. Apasal ko dengki sangat?
Aku: Haa? Bile mase pulak...
Cibai A: Ah, ko jangan nak beralih. Yang aku tau, ko pegi pujuk balik guru besar. Kitorang ada gambar ko dan kitorg tau alamat ko. Setakat Gombak tu memang biasa sangatla. Kalau kitorang nak buat apa pun boleh. Pukul ke, bunuh ke. <--cakap cam bagus gila
(Tuut..tuuttt) Telefon diletakkan dan sila play lagu dibawah untuk mood amarah melampau
Okay, masalahnya, aku tak pernah pun rapat dengan guru besar 1 hal, lagi 1, sekolah tu baru je tukar guru besar dan aku tak kenal, malah tak pernah bercakap dengan beliau. Masalah ketiga, berkesan ke sorang je yang hasut guru besar? Guru besar tu bodoh sangat ke nak percaya hasutan? ke kau orang yang konon badan ragbi kuat ni tapi otak takde, yang bodoh?
Aku pun mula meminta bantuan dari orang yang aku panggil kawan dulu. Dia orang tak sokong aku malah percaya fitnah tersebut. Ada yang berdiri atas pagar. Seumur hidup aku kat sekolah tu pernah ke aku tipu korang yang aku panggil kawan ni? Pernah ke? Pernah aku hasut mana-mana cikgu untuk benci korang? Pernah aku jadi 'anjing suruhan' dan report cikgu kalau korang hisap rokok? Pernah aku rampas handphone kamu? Pernah ke hah bodoh?
Oh, aku lupa. Adakah hanya kerana kamu juga ahli kelab ragbi maka kamu turut sama memfitnah aku? Wajib kerana itu kan? Siapalah aku. Kaki bangku, dan tak masuk kelab ragbi. Tapi aku pernah touchdown sekali ya. Dan disebabkan hal inilah aku tak munculkan diri masa HK, dan orang mengata aku di belakang aku dengan bermacam andaian
Semua, kerana kamu, insan yang aku gelar kawan di Sekolah Menengah Sains XX.
*****
Berbalik ke dalam kereta kabel, kawan sematriks aku pun bersimpati dengan cerita aku. Lalu mereka bertanya:
Kawan: Tapi kitorang kawan ko kan, ARC?
Aku: Ye, korang memang kawan sejati
Begitulah ceritanya pasal kontra 2 jenis kawan... dan disebabkan aku ni orang Melayu konservatif maka tak lengkap kalau tak berpantun ya. meh sini kita berpantun.
Pergi kekota dengan baghal
Tiba-tiba kena sawan
Kalau ada kawan macam sial
Baik tak payah berkawan
Pak Mamat kena gari
Tapi terkena orang lain
Kawan memang susah dicari
Tu la pasal aku kumpul kawan online
Sekian, kalau nak komen, dialu-alukan kamu sertakan serangkap pantun haha.
Join here