Langkau ke kandungan utama

Kenapa Anda Benci Pada Bangla?

Warga yang paling senang dibenci, dicaci maki dan juga diberi pandangan hina dalam masyarakat kita iala warga Bangladesh. Mengikut Kamus Meleis (edisi keempat), "Bangla" adalah merujuk kepada golongan yang hidungnya mancung, kekadang macam Zizan sikit, tanpa mengenal asal-usulnya dari Bangladesh ataupun Pakistan, Turkistan, dan sewaktu dengannya, berkulit gelap sikit dari Melayu stereotaip, dan suka panggil kita "abang" dan "kakak".

"Abang minum suda?"
Jarang-jarang sangat kita dengar kes seludup dadah ke jual dadah ke yang melibatkan golongan Bangla ni tapi tetap jugak mereka dibenci rakyat tempatan nak-nak pulak bila rumah yang rakyat tempatan duduk tu dibina oleh the so-called despicable Bangla. Aku pelik sangat-sangat bila kat Twitter especially orang membenci sangat golongan Bangla ni.


Kalau kita kerja di Australia, lepas tu rakyat tempatan hina kita macam-macam, suka ke? Tak kan?

Biasanya golongan yang dipanggil Bangla ni dikecam sebab bau mereka yang busuk dalam kawasan sempit especially LRT dan KTM dan yang komplen pulak perasan wangi (aku pun pernah buat). Tapi kalau kita ambik masa sedikit, mungkin kita boleh fikir yang bau tu datang daripada peluh dia bekerja susah-payah untuk mencari rezeki dengan menebar roti canai dan menarik teh tarik.

That's why roti canai mamak-slash-bangla is the best.

Anyway, kenyataannya, Bangla datang Malaysia sebab nak cari rezeki dan takde sebab untuk kita pandang serong kat diorang pun sebenarnya. Kalaulah nak kata yang mereka tu pembawa jenayah, Dato' Noraini binti Ahmad ada menyatakan statistik jenayah yang dilakukan oleh warga asing...
Statistik bagi penglibatan warganegara asing dalam jenayah indeks pada tahun 2010, 2011 dan 2012 adalah seperti berikut:-
i) Tahun 2010 sebanyak 3,652 kes atau 2.0%
ii) Tahun 2011 sebanyak 804 kes atau 0.5%
iii) Tahun 2012 sebanyak 1,575 kes atau 1.0%
2 % ye rakan-rakan. Ini bermakna rakyat tempatan lebih ramai menjadi sampah berbanding warga asing yang membuat onar di negara ni. Dan rakyat tempatan jugaklah (most) yang tak rela nak mengemop lantai dan membina rumah-rumah kos rendah sebab

  1. Gaji rendah. Ye, gaji buruh binaan memang lagi rendah daripada merempit dan terbaring di rumah 24 jam 7 hari seminggu 365 1/4 hari setahun pun
  2. Mak Bedah sebelah rumah mengumpat kau "Anak kau kerja apa Jah? Buruh binaan jeee?"
Semoga Mak Bedah arwah awal. Tapi sebenarnya kalau kita ada akal, maka kita akan sedar bahawa Bangla tu sanggup mengambil risiko datang jauh-jauh ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi makan kat anak bini kat tanah air mereka. Berapa lama dey dia tinggal anak bini? Kita ni baru belajar dekat universiti beberapa ratus kilometer dari rumah pun dah homesick bagai nak balik tiap-tiap hari kalau boleh. Kalau Bangla sanggup merantau jauh-jauh untuk mencari rezeki, kerja anak muda kita pulak hanyalah menghabiskan harta mak bapak.

Dan sesetengah Bangla yang mai sini ada Masters degree. Mohon rasa rendah diri. 

Aku rasa, kalau Bangla dapat kerja yang kau tengah buat sambil main Facebook tu, mesti dia dah jadi boss sejak tahun lepas lagi. Mesti punya.

Dah la. Penat membebel. Aku nak pergi breakfast (bukan kat kedai mamak. Sebab aku tak suka masakan mamak-slash-bangla ). Bye

Ulasan

  1. salam bro..
    bagi saya bangla it much better dari warga2 asing yg lain..
    contoh paling dekat warga indonesia.. kes jenayah yang melibatkan warga asing kat malaysia paling byak mewakili warga indonesia..jarang pulak.degar bangla rompak..ragut menembak kat malaysia ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam bro. reti membaca tak?

      Padam
    2. ni pesen tau nak komen tanpa membaca la ni. 2013 dan spesies ni masih wujud

      Padam
  2. Cuma kalo boleh, mereka yang Bangla ni, sebelum masuk Malaysia, diminta belajar mcm mne nak kasi bau badan tu kurang skit... Alhamdulillah, Bangla sebelah rumah tu jenis yang pandai mandi bersabun... Xde la pencemaran bau sangat lelagi kalo dalam lif. Dalam aspek lain, diorang memang bagus...

    BalasPadam
  3. Aku dulu pun tak suka bangla. Tapi, sejak aku praktikal dkat kilang yang ada bangla, aku terus ubah pandangan aku tu. Dorang ni rajin wei. Sangat.

    BalasPadam
  4. Islam juga melarang untuk kte memandang rendah pd orang lain bukan?

    Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Hujuraat 49:11)

    Allah swt melarang kita untuk menghina orang lain yakni dengan meremehkan dan mengolok-olokkan. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yg sahih dari Rasulullah saw, beliau bersabda:

    "Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya: Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok. Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memandang rendah pd warga asing juga dilihat sbg satu kesombongan @imammudasyraf

      Padam
    2. terima kasih atas percopypaste-an ayat tersebut

      Padam
  5. Entah la, as long as dorang tak ganggu ketenteraman awam dengan masalah yang bukan2, takde hal nak benci kat dorang..

    Bangsa apapun yang datang bekerja kat sini tanpa mengganggu-gugat keharmonian negara, biar je la.. Kalau dah orang kita sendiri malas nak kerja, bagi je kerja kat dorang yang memerlukan..

    Akak dulu kerja kilang, selalu tengok Bangla ni.. Dorang rajin bawak bekal pergi kerja sebab nak jimat bajet.. Kerja pun rajin.. Adat la kalau ada dua tiga orang yang mengelat.. Orang kita..?? Gaji ciput pun still nak berlagak.. hmmm....

    BalasPadam
  6. Aku okey je ngan bangla ni. Cuma kalo da ramai2 sangat tu, warga asing bangsa apa pun aku rasa mcm diri ini terancam. Ye lah, aku pompuan kot.

    Aku paling risau myanmar or indon je. Indon ni sebab ada yg penah guna identiti aku utk menetap dlm malaysia... Seriously ko patut takut. Padahal aku tak penah hilang ic pun. Cuma tetibe boleh tau sebab ade owner rumah bising2 dah 6 bulan tak bayar sewa. Bila face to face dgn owner rumah, aku terkejut, dia pun terkejut.

    Myanmar pulak sebab kawasan jalan berbukit menghala ke balik pulau tu, dorg suke samun org. Well, dorg akan buat something mcm letak paku di tengah jalan, so tayar pancit dan akan stranded kat situ. Line tepon agak worst kat situ, maka tunggu la kau sampai org dah ramai balik kat kawasan tu. Biasa tengah malam, sape2 mintak tlg pun confirm takde yg berani nak berhenti kat situ.

    So far bakal ayah mentua aku pon adelah org bangla. Aku okey je. Haha. Dorang kelakar bile ckp melayu.

    BalasPadam
  7. Oh, lagi satu sejak2 akhir2 ni aku agak concern sikit dengan number... So kalo tengok percentage 1-2% tu memang la sikit, tapi figure dalam percentage tu yg patut kite risaukan.

    So kalo cakap 1575 kes adalah 1%, overall kadar jenayah adelah dlm lingkungan 157500 utk 100%.... Bersamaan dengan 13125 sebulan atau, 431.5 setiap hari, atau 18 kes setiap jam.

    Terus aku jadi risau gila ni dah camne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku ni anti dengan orang lari point. 1-2% warga asing, the rest 98% warga kita. Itu masalahnya. Point kedua, berdasarkan nombor tu, kenapa nak benci sangat warga asing sedangkan orang local lagi natang?

      so, risau lah duduk dengan local residents

      Padam
  8. we should not show hatred to others.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...