Okay, bertemu lagi kita dalam entri pendek yang mengisahkan tentang sekeping kertas kajian yang memperihalkan tentang psikologi. Ah, dah blog ni pun cerita pasal psikologi takkanlah nak cerita pasal kejuruteraan pula kan? Kertas kajian kali ni datangnya dari Universiti Harvard, iaitu sebuah universiti yang kedudukannya berada di bawah Hogwarts
Kajian ni mungkin akan terkena pada batang hidung ramai orang terutamanya pada mereka yang selalu rasakan gaya berjalan mereka menongkah arus perdana. Ada yang jalan terlampau laju dan ada pula yang berjalan terlampau perlahan. Dalam kajian pada tahun 2007 ni, saintis Daniel M. Wegner, Carey K. Morewedge, dan Jesse Preston telah menyiasat tentang keadaan minda manusia melalui pergerakan.
Hasil kajian tu menunjukkan bahawa apabila kita melihat orang atau benda yang berjalan pada kelajuan pergerakan manusia normal, maka mereka dianggap sebagai mempunyai fikiran, tetapi apabila barang-barang tu bergerak terlampau laju atau terlampau perlahan, maka mereka dianggap tidak berfikir apa-apa. Fenomena ini dinamakan sebagai timescale bias.
Dalam bahasa kasar, kalau jalan terlampau slow, rata-rata manusia lain yang tengok hangpa akan rasa hangpa takda otak
So, apa yang kajian ni cuba katakan ialah bukanlah orang yang berjalan perlahan ni takde pemikiran seperti manusia biasa tetapi sebenarnya kita sebagai manusia ada stereotaip sendiri, atau lebih tepat lagi, archetype (arketip) tentang bagaimana manusia normal berfungsi. Jadi, mereka yang berperangai jauh daripada arketip tu akan dianggap sebagai kurang berfikiran seperti manusia.
Untuk bacaan lanjut, sila rujuk.
Wegner, Morewedge, and Preston (2007). Timescale Bias in the Attribution of Mind. Journal of Personality and Social Psychology, 93(1), pp. 1-11 [link]
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming