Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep2

Sambungan episod 1 bercamping. Korang harus dengki pada hari kedua ni! Sebabnya? Sila bersabar untuk membaca hingga ke akhir rancangan.
Sebenarnya atas meja tu ada kek lagi. Tapi disebabkan diorang ni lambat keluar khemah dan ada yang pegi mandi dulu, maka dengan penuh ajaibnya kek yang "aww so sweet" tu telah lesap. Entah jin mana makan. Mesti jin tu hensem kan?

Dengan penuh gagahnye kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu, jengjengjeng....play lagu dulu untuk mood Lord Of The Rings! 



Nama tempat ni Rivendell, iaitu tempat di mana filem Lord Of The Rings diambil. Banyak tempat kitorang pegi, macam Legolas Tree, Isengard Garden dan juga tempat lain yang aku malas nak namakan sebab aku tak pernah pun tengok cerita LOTR tu.




Tak lengkap pulak kalau tak tunjuk gambar kitorang kat dalam tempat LOTR tu kan? Nah ambik seketul. Tapi ni dah jauh la sikit daripada Legolas Tree tu. Kalau nak tengok pokok tu ropenye macam mane, klik [SINI].




Kalau kira dalam gambar, memanglah tak cukup 15 orang sebab kami memerlukan fotografer ye tuan-tuan. Nasib baikla muka aku ada dalam tu. Kalau korang perasan, gambar bawah ni ialah gambar profile facebook aku. Lawa kot. Tak professional la sampai boleh buat majalah tapi bagi aku lawa pe..




Bolehla aku buat filem LOTR sendiri kat sini. Tapi disebabkan tempat ni sejuk sampai buat aku gila, kita buat filem lainlah. Lord Of The Gloves. Amacam? Watak pertama yang aku nak carik mestilah heroin sebab aku nak sarungkan cincin kat jari dia. Ceh ceh ceh. Sarungkan glove lah.



Sila tajamkan pandangan anda dan lihat pada huruf 3 dan perkataan hours tu. Gile la kami berjalan 3 jam kot dalam track tu. Saja-saja menikmati pemandangan indah alam sekeliling, pokok- pokok dan jugak, ho yeah JAMBATAN GANTUNG.



Maka dengan itu, berjalanlah kami seorang demi seorang atas jambatan gantung tu untuk ke seberang sinun. Kalau tak seberang kang kena tinggal sorang-sorang lagi la bahaye. Kot-kot ke kena sondol dengan babi hutan kang sape nak tanggung? Keluar pulak dalam berita tabloid buduh Metro "Pelajar New Zealand mati ketika bersenggama dengan babi hutan". Almaklumlah, tabloid.



Gambar ni ditujukan khas untuk farah sebab beliau request supaya aku letak gambar sendiri. Maka dengan bangganya aku letaklah gambar posisi ayu kat atas ni. Kalau korang perasan, kat bawah tu batu-batu, maka dengan itu kalau jatuh, haruslah mampus. 



Dah lepas meredah utan, kami lepak-lepak pulak tengah jalan saje2 nak test power kalau berlanggar dengan treler, sapa yang cedera parah. Apa pun, kami jumpa satu lagi group dalam hutan tu yang dah tersesat berminggu-minggu. Semua orang tua New Zealand kot. Kesian diorang. Kalau tak sebab diorang tipu, memang dah tolong bawak keluar dah haha.



Kalau korang perasan, kami ni berpakaian bukan macam nak masuk utan..macam nak pegi masuk iglu adela. Sejuk sangat-sangat kot tempat tu. Kalau api tu tak menyakitkan, dah lama kami simpan dalam baju. Baru sedap sikit jalan.

BERSAMBUNG EPISOD 3 [CLICK]

Ulasan

  1. ouh smart smart pergi camping. teringin nak camping lagi :)

    BalasPadam
  2. jum2 pegi camping haha...cuti kitorg nk abes dah....assignment time

    BalasPadam
  3. ko salah eja nma nanad la..naseb baek nanat..klu lalat..haa..menangis member.ha3~!

    uuu..epsode 3..okeh ktorg tgu~!

    BalasPadam
  4. sepupu saya kat Auckland pun dengarnya sibuk ber'camping.
    heheheh.

    BalasPadam
  5. hebat ciptaan Allah!
    so niccceeee......
    thanx for sharing bro!

    BalasPadam
  6. hahaha..best!!korg g sendiri atau ada guide tour??maklumla masuk hutan...merbahaya kot...

    BalasPadam
  7. hahaha..tak larat nak gelak. ARC makin sengal occccayyyy!

    tapi kejap, jangan cakap jin ensem yang makan kek tu adalah ARC??????

    BalasPadam
  8. Huda
    adeh asek salah eja je....leceh r name korg nih

    Anis Amira
    oh iye?doakan dia selamat. Babi hutan banyak kat overseas nih hahaha

    Nur Suaidah
    aku rasa cerita ni ada 10 episod weh

    Cik Kotak
    sama2!!!

    aireen
    xde guide tourlah...senang je masuk tempat tu hehehhe

    epalejau
    saye baek je mane ade sengal
    oh ye sayela jin tu hahaha

    BalasPadam
  9. tree top tree erk yang jambatan gantung tu??

    BalasPadam
  10. bahaha. kita sama. tak pernah tgk LOTR. jd lepas nih tak lah rasa lame sahngat sebab dah ada geng tak pernah tgk LOTR

    pehh. mau buat filem lord of the gloves tuh mmg tak boleh blah la kan. haha. *guling guling ketawa

    merujuk kpd gambar ke-5. signboard tulisan pakuratahi river walk tuh. pakuratahi? meratahi paku? paku diratahi? *merepek haha

    "Pelajar New Zealand mati ketika bersenggama dengan babi hutan" inih pun cannot blah langsung haha *guling guling ketawa

    wahh panjang komen. boleh buat entri blog sendiri nih. haha. hesh, ada lagi mau komen tapi takpalah. haha.

    okayh cukup. bye. heehee.

    BalasPadam
  11. Ai
    ko ni kuat mrepek gak ye hahaha...

    ko paham bersenggama tu ape?

    BalasPadam
  12. aku dah tgk LOTR tu byk kali rupanya...
    dapat pergi tgk tempat Lotr tu, agak2nye mesti tak sama sgt dgn dlm filem..sebab de dah edit kasi cantek..

    BalasPadam
  13. err. macam faham lahh. hahahaha. macam. hakhak. *muka innesen

    BalasPadam
  14. ok. aku gelak2 baca entri nih. apa nak komen eh?

    ha! gambar2 semua cantik. lepas tu berjalan 3 jam tak berpeluh2 itu sgt COOL! (aku assume je tak berpeluh ni)

    BalasPadam
  15. Serol
    haha memang ah. pokok tu mmg lawa ar same cm dlm muvi tp ade slack sket coz ade platform ape tah die taruk situ

    AI
    hahah ye kita dah dewasa..haruslah faham

    Qiha
    cemane nak berpeluh kalau utan tu sangat2 sejuk tahap Serbia oi? memang xberpeluh pon..kitorg siap menggigil lg haha

    gamba cantik gne digicam je..kecantikan gmbo tu bergantung pada tangan yang memegangnye. Tapi bukan aku yg snap sume gmbo tu

    BalasPadam
  16. aku suka naik jambatan gantung yang tinggi tak hingat dunia~

    BalasPadam
  17. jembatan ni rendah je azuan...tp kalo jatuh mmg mampus

    BalasPadam
  18. ouh baiklah. *buat muka dewasa HAHA!

    BalasPadam
  19. hahaha. okayh. ko ada ciri ciri jadi bapa saya. wakakakakaka. baiklah, saya sudah dewasa. haha.

    BalasPadam
  20. wah anak aku same umur kot ahaks

    BalasPadam
  21. SIOT! *jd org semenanjung skjp haha.

    bah, sudah sudah la tu merepek aa? hakhak.

    BalasPadam
  22. hah!!.. ayu ke org tuh ??? ..muahahahhaaa

    BalasPadam
  23. tersangat la besh la!!
    ish~ dengki je rase..
    hahaha

    BalasPadam
  24. Lana
    pose je ayu ok. org sebenar jelita haha (bak kata Lord Zara)

    iekaziz
    dengki ke? g la kem weh haha

    BalasPadam
  25. dh lama x pegi camping. eh, pernah sekali naik jambatan gantung masa kat sarawak. eeee... ngeri2.

    BalasPadam
  26. benda-benda ni best apeeee...xngeri lgsg

    BalasPadam
  27. ahaha..simpan api dalam baju??

    BalasPadam
  28. ya ALLAH , ramainya la fasi fasiku yang ayu dan kacak :)

    hilang rindu . haha

    gambar-gambar sangat menarik . tertawan hati melihatnya .

    seronoknya dapat naik jambatan gantung . jealous gila -___-

    dan apakah senggama itu ? tak pernah dengar pun .

    btw thanks laa sebab letak gambar abang yang kacak itu ~__~

    BalasPadam
  29. kalau engkau buat tablod manusia bersenggama babi hutan 7 hari 7 malam macam tajuk metro beb. balik2 mesia terus dapat keje editor!

    HAHA

    BalasPadam
  30. farah
    hahaha xpe nanti kami balek mesia kami jmpe fara k?hak3
    alaa kat album fb kan bole tgk ngade r tu
    senggama xtau?cmne nak amek SPM ni?
    same2

    psenk
    biasa la metro. penat dah aku bace.

    BalasPadam
  31. yah.!
    itudia.!
    jambatan gantung.!
    kusuka.!
    hahahahaha.

    sejuk ke?
    apsal muka lu x pucat pon?
    lu tipu lah.! XD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve