Langkau ke kandungan utama

Fanpage Pencarian Lelaki Sweet dan Perempuan Bertudung

SARCASM

Adakah anda seorang lelaki yang sweet? Adakah anda seorang gadis yang bertudung? Katakan "YA" dan kami akan merealisasikan harapan anda untuk menjadi bintang fanpage PENCARIAN LELAKI SWEET DAN GADIS BERTUDUNG! Sudah tentu anda semua sedia maklum dengan apa yang kami cari! Lelaki sweet dan gadis bertudung lah.


Matlamat penubuhan organisasi kami ialah untuk menggalakkan para jejaka tidak kira umur di luar sana untuk menjadi sweet dan semanis-manis mungkin lalu menangkap gambar dengan kamera handphone sendirian sambil membuat muka muka manis.

Selain itu, kami juga berhasrat untuk meramaikan lagi ahli-ahli kami untuk memakai tudung dalam apa jua cara, apa jua warna lalu menangkap gambar di depan cermin atau menggunakan kamera kompak mahupun handphone. Selepas tangkap gambar, tudung boleh cabut! Sila rujuk profile ahli kami untuk kepastian jika anda seorang stalker. Maka suci murnilah tujuan penubuhan page kami ini!

Metodologi kami senang saja. Anda boleh ikuti beberapa step ini untuk menjadi idaman kalbu setiap manusia

  1. Like page kami
  2. Tangkap gambar sendiri
  3. Edit gambar guna photoscape. Boleh letak bintang-bintang kalau mahu
  4. Upload di page dengan ayat "gambaw besew besew jewww. like lorh law cukew"
  5. Minta kawan anda like gambar itu

Sesiapa yang dapat bilangan like tertinggi akan dinobatkan sebagai LELAKI PALING SWEET DAN GADIS BERTUDUNG of the month! Menarik bukan? Menariknyeww

Bagaimana kalau muka anda tak berapa nak sweet? Bagaimana nak mendapatkan like yang banyak? Caranya mudah saja! Antaranya ialah anda boleh masuk fanpage lain seperti page Panda Garang lalu cari pasal dengan meletakkan link anda di wall beliau! Senang kan? Anda akan mendapat like secara segera! Lebih instant daripada mee instant! Sila rujuk contoh di bawah dan boleh klik gambar untuk like beliau terus


Selain itu, anda juga boleh mengamalkan sistem you like me I like you. Contohnya seperti gambar di bawah ini. Sangat berkesan tahu?


Antara ciri unik page ni ialah adminnya terdiri daripada manusia yang maha caring yang selalu bertanyakan tentang is-isu percintaan ahli page tersebut dan respond dengan pantas. Isu yang diterbitkan ialah seperti "Hari ini kowrang makan apew?" dan juga " Adakah cinta jarak jauh bagus?".

Selain itu juga, admin kami sangat rajin meneliti page kami ini dan akan setiap kali me-remove-kan segala persoalan suci orang lain yang bertanyakan motif dan 'memuji' page ini. Segala amaran daripada Panda Garang yang menasihatkan ahli-ahli untuk membuang gambar sweet mereka juga telah dipadamkan daripada page kami ini kerana kami sayangkan ahli-ahli kami! Harus diingatkan bahawa kami memang bersungguh nak mencari lelaki sweet dan gadis bertudung yang paling banyak like dan sesiapa yang mengutuk kami ialah manusia yang tidak matang! Sebab admin-admin sudah bekerja, dan lebih berumur daripada yang cuba menasihati. Plus, kami dah buat page ni maka kami lebih matang dari kamu yang dengki dengan ke-sweet-an dan ke-tudung-an kami!


Ingatlah, kami ni orang Islam! Guna ayat seperti Insya-Allah, solat Maghrib dan malaikat-malaikat pun berada di pihak kami. Kamu yang dengki ni hanyalah keyboard warriors dan di alam realiti ialah losers
Kebaikan page ini ialah apabila ahli-ahli kami yang telah berjaya nanti tua, bolehlah cerita dekat anak cucu
"Atuk dulu menang bulan Mac 2011 untuk contest lelaki paling sweet cu. Sweet kan atuk?"
ataupun kemenangan anda juga boleh diselitkan dalam borang permohonan pekerjaan dan dikepilkan bersama CV ataupun resume. Tentu sekali majikan anda akan mengambil anda sebagai pekerja!

Tunggu apa lagi? Mari apply sekarang!

Ulasan

  1. aku penah kutuk page nie...haha !entah pape.

    BalasPadam
  2. haha..
    apply jangan tak apply..
    LOL

    BalasPadam
  3. mantap gle..hihihi..

    BalasPadam
  4. salam.. aku benci gile dowh page ni.. even aku sweet..haha gurau jer, xde plak aku nak tangkap gmbar sendiri pastu post kt page tu suruh org like n bangga dgn kecantikan diri sendiri.. aku pernah bagi nasihat kat page diorang ni pastu kene nasihat balik "kubur masing2" n mcm2 la.. hmm sedih aku..

    BalasPadam
  5. APA MOTIF DIAORG NI wkakakaka lain lah dapat ipad 10biji sorg nak juga la aku join.

    INI SEMUA JUAL MUKA, JUAL MUKAA YANG MEMBUATKAN AKU TENGOK 5SAAT PUN TAK SAMPAI TERUS MUNTAH

    baik kau org join churp churp (http://bit.ly/g5XCge) , ada gak dapat duit dol dol dol ;p

    BalasPadam
  6. aku dah kena banned. lama dah. duduk diam2 komen leklok pun kena. ade budak letak hadis pun kena banned. LOL. tak faham. heehe, btw this entry nice :)

    BalasPadam
  7. muahahahahhhhahah, the best.

    *kata pukul 12, awal tu bro

    BalasPadam
  8. @AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
    ok disebabkan high deman utk miss laknatullah tu, maka arini kita cte pasal page ni, 12am cte pasal pondan eh

    BalasPadam
  9. @Sca Ndx
    org bg hadis dia kata tarbiah bai. apekejad

    BalasPadam
  10. nak masuk jugewwwwwwwwwwwwwww..HAHA
    lepas tu letak dekat ksg fb suruh sume like picture dia yg sweet. :)
    lepastu inbox penoh..:(
    tak pe..saya kan baik hatiewwww
    so, buat je lah....
    kan brother..:P

    BalasPadam
  11. hahahahahahaha...

    sarkas terbaik!!!...admin ny pn cam BERRPPPP je!!..

    keyboard warrior??...hahahahahahahahaha....

    BalasPadam
  12. HAHA..bukan dah lama ke benda tu wujud? ada lagi rupanya...hahaha..

    BalasPadam
  13. whf..hahaha..fb tayang muka..cari kawan cara express..ahh..kawan lina sikit la..lina nak masuk fanpage ni..agak2 rmai x klik? LOL

    BalasPadam
  14. jimbit.
    pro gila tak kena banned lagi..! haha

    BalasPadam
  15. dah lama perasan pages ni. tak silat ada lagi satu kot.apa ntah nama dia.

    tapi ada juga pages blogshop2 yang banyak sekarang ni. mencari model2 dengan buat contest like gambar gadis2 bertudung yang tanpa segan silu mengpromote gambar mereka. apa pendapat encik panda?

    Pendapat anda?
    perempuan tak pandai memasak?

    BalasPadam
  16. one more things,
    ade stock photo la klu perlukan gmba2 "model2 wannabe"..dorang xkesah...sume "kiut-miut" pny...xyah sush payah credit..hahhahaha

    BalasPadam
  17. haha..aku dah post pasal page ni a few days ago..admin2 nye semua lemah semangat. aku tulis 'gelinye dengan page ni' tak sampai 5mnt terus kena ban..haha

    BalasPadam
  18. kahkahkah!!!aku hnya main tag-tag jer..tuh pown dah kena banned!!!camtaek betei!lol

    BalasPadam
  19. yaa.. ini yg kita mahu.. suweeett.. ;[] LOL

    BalasPadam
  20. hampir teberanak kucing saya baca... awwww sweet habes lah awak.. *muntah hijau-merah-pink-coklat-biru*

    aku pernah baca gak pasal org komen menda ni dkt blog kawan aku. ouh plis ni sama spesis murahan lah dengan gadis comel haritu.. blerghh

    nway.. spotted trolling

    owang = orang + bawang LIKENESS!

    BalasPadam
  21. NICE!!!!~ ^^




    semua owner dia perempuan erk? tak nak try ngurat? lol xD

    BalasPadam
  22. aku tak penah like page ni. tapi slalu gak stalk sebab sarkasis kecoh pasal ni. geli oh tengok muka2 pesertanya.

    BalasPadam
  23. kehkehkeh aku awal2 dah kena ban kat situ

    BalasPadam
  24. @mohdhaziqhanif
    kesian kau. AKU PUN KENA BANNNNNNNNNNNNNNN!!!!hahahhahahahhahahha

    BalasPadam
  25. @nazihahisa
    TERIMAKASIH SEBAB NAMPAK!!TERIMAKASIHHHHHH hahaha

    BalasPadam
  26. ahha~

    ada betul.

    tok nnt citer kat cu ye..

    BalasPadam
  27. lahanat, aku dah kena ban ngan page ni
    kah3... admin die budak skolah beb

    BalasPadam
  28. Haha...teringat cite P.Ramlee yang pasal lelong orang tu. Macam sama je apa yang diorang ni buat. Dalam cite P.Ramlee lelong orang. Dalam page ni diorang lelong muka. Apakejadah diorang ni semua pon tak tahu...

    BalasPadam
  29. @Mat
    haha pas ko ckap baru aku teringat

    btw, flashnews balaci2 page tu, aku takde gambar camwhore dalam ni. korang takkan jumpa. haha

    BalasPadam
  30. kihkih...sarkastik abes... sarkasis sedang kencang membahan grup ni skang~

    BalasPadam
  31. ak pown pewlik adew pulark owg nark join contest mawcam niew..hahahaha!

    serius aku g usya sume macam budak2 sekolah je..huhu :P

    BalasPadam
  32. arc, ko post la gmbar2 yg bertuah kat blog ko nie..promote mereka2 yg ko rase "sweet" n "cute"..hahahahahhahaha...aku mengfollow ntry ni smpay tgh mlm nie..hahaha

    BalasPadam
  33. hah baru aku tau wujud page camni rupanya....klaka ...klaka...klaka.........mereka tak kisah ke profil mereka didedahkan secara umum?

    BalasPadam
  34. heyyyy ARC, awak jangala kutuk2 page kesayangan sayew ni yew.. jeeleess leeeeteewwwww... tak kosew sayew tengok kowwang cemue ni lah..

    tau la saya tak comel cute miut. sayew biasew biaseww jewww... sukeeww leeeeteewww

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  36. arghhh...page tu tempat utk wat naya member boleh gak....*fikir negative ambik gambar member yang sweet kat fb diorang...pastu post kat situ....memang kejam ...kejamm ...kejam

    BalasPadam
  37. macam-macam la budak2 sekarang. LOL

    BalasPadam
  38. dah lama tahu pasal page tu, tp tadi baru pegi usha..dan respon aku, "baru aku tahu ramai gila orang lawa zaman sekarang yang low IQ. susah ar nak cari calon kalau macam ni. demmit!"

    BalasPadam
  39. haha...nice bro...

    page tu ntah apa2 la..

    BalasPadam
  40. hahahaha... super hebat issue nih... paling hot abad ini :D

    BalasPadam
  41. hahaha. cepat! p apply. hehe.

    sekarang macam2. sgt macam2. FB pon dah bosan. sume mengarut2. n ya, manusia semakin bersikap sesuka hati. ntah la. yg paling teruk bile tak boleh terima nasihat n teguran org. nauzubillah. semoga kita dijauhkan dr sikap mcm ni.

    BalasPadam
  42. kahkah .. cam hape la .. mcm dah tade bnde lain yg dorang boleh buat ..

    BalasPadam
  43. erk
    pelik pelik aja
    mesti dak dak buat nieh
    hahaha

    BalasPadam
  44. *org dengki xingt dosa pahala. yg diorg tau, menjatuhkan org lain. :) ilmu bertingkat2 pn xguna :)*

    *tau tak pe sis. Kite ni nak join mendew ni ikhlas kan? Biarla orang tau kita ni Cun. Dorang2 yang kutuk2 tu sah sah retarded kan? Kan?*


    aku rasa ko antara org yg dorg maksudkan la.. kahkah.. sangat poyos bdk2 ni.. ckp guna pale lutut ke hape ni..

    BalasPadam
  45. @Jue
    JUE, yg ayat tengah tu sebenarnya...haha

    BalasPadam
  46. mule2 aq x stuju, aq rase marah giler ar kat keranda secondhand @ blogger ni.. yela, sebab ayat dye banned page 2 cam keterlaluan.. p org ckp kene dga due2 belah pihak kan.. so, aq bukak la blog ni.. bile tgk post ni, aq brubah fikiran.. btol jgak ape yang ko cakap ni.. hehehe.. aq sokong 100%.. :D
    lagi satu aq sokong pasal dorang mnx kite like gmba dorang.. apakah??? :O
    lau btol2 sweet or cun, watpe nk mnx like.. orang akan like sndri la... :P

    BalasPadam
  47. seriusss gampanggg . hahaha kelakar tul dak2 x cukup sifat ni, tahu nak sweet n hot je .

    BalasPadam
  48. aku nak masuk aa. nanti ko pomot suh orang like tau tau. auwwww

    BalasPadam
  49. sangat lawak dan sangat menyampah la page tu (-_-)

    BalasPadam
  50. asal tak tahu pon kewujudan page nih..kalo tak dah lame masuk..wakakkaka..x leh bla betul..perlu ke menang segala mende alah nih?huhu

    BalasPadam
  51. pg masuk page tu....takde yg bekenan la...bosan tol

    BalasPadam
  52. aku sweet. sila la like aku. muhahahahha.


    can't go betol

    BalasPadam
  53. tempat cuci mata tp malangnya sorang je yang betul sweet
    tp x menang
    hahahahaha

    BalasPadam
  54. ahahaha..aku pun ade terjumpa page ni semalam..tak terfikir lak ko nak ulas pasal page ni..lawak oh!kelakar weh..

    BalasPadam
  55. lawak ah beb..like 1000 x..hahaha.

    BalasPadam
  56. ni dah nak jadi kes myspace ni.comment me,comment you back.tapi fb like2 je yang hado.tension aku tengok mende2 camni. =p

    BalasPadam
  57. aku pnye post bru ltak da kne del..haha..dasar haram punye mlayu cmni..

    BalasPadam
  58. aku paling suka ni -> owg = orang + bawang?

    yg aku pelik, lelaki yang betul-betul sweet xde pulak yang masuk. sebab tu aku tak like. hehe

    ~HANA~

    BalasPadam
  59. Masa first time aku jumpa page ni, aku punye perasaan macam '' Hoi ape kejadah nye buat page macam ni?'' TAK BERMORAL BETUL !

    BalasPadam
  60. LOL ini.. ini... ini sarcastic ! i likeeeee

    BalasPadam
  61. sbut pasal anugerah,haku xteringin pon nak dpt anuderah dr page tu.kalo dr blog papanda grang teringin sgt ekekkeke

    BalasPadam
  62. wey, best lah page tu.

    segala perkatan, segala ayat, segala gambar2 siap dengan nama page yang tak bermoral jadi bahan gelak kitaorang kat opis

    BalasPadam
  63. @kata kila
    jap aku keliru yang mane yg best yang mana jadi bahan gelak

    BalasPadam
  64. aku ckp mcm asshole pon kena banned. ok, mmg patut lena banned. KAHKAHKAH

    BalasPadam
  65. mne pegi fanpage fb yg sebelum ni..

    BalasPadam
  66. whahaaa bawang la wehh. memang best ko ni panda. tapi motif depa wat fan page ni. hadoiii tade keje la weh depan suma ni. pelik2 jee. penat kot wat muke suwitttt *muntahh

    BalasPadam
  67. macam gay ja laki tu..

    dulu suka upload gambar sendiri
    sekarang fanpage apa bangang tak taw
    nanti tak taw la nak jadi pa lg

    suma pasal FB la!!! fakof hahhahaha

    BalasPadam
  68. lelaki yg join page tu nda taw malu~
    perasan sgt cute! hensem! bajet jak lebih~~

    entah apa2.. siapa yg create page tue..

    BalasPadam
  69. jom kita apply ramai2..kuikuikui..
    nak jadi lelaki sweet utk bulan april ni sempat lagi kan???hehehehe

    BalasPadam
  70. kuang2....saya dah tak boleh bukak page pencarian Lelaki sweet wanita bertudung,kene ban...gara2 tulis..."Bubar jela page ni..hahaha"...

    Pada pendapat anda,mengapakah sy di'ban'oleh admin tersebut??hahahahahahaha

    BalasPadam
  71. haha.. cik ila.. x le ade unsur ngetif2.. dorg nk yg positif2 je..kih3..

    BalasPadam
  72. absurd n ridiculous.

    bajet cuwweeet? wadefillefish.

    BalasPadam
  73. 1.cam haram
    2.dah elok2 pakai tudung tayang kecantikan pulak.tak payahla pakai tudung,pegi jadi model bikini.
    3.bukan nak kata ke apa ke,kau upload gambar kau sendiri maknanya memang kau mengakui yang kau rasa diri kau cantik.
    4.memang tak matang,kalau matang pegi baca artikel2 berfaedah bila online.
    5.kau yang loser,dah sah2 buat salah nak sebut malaikat semua.malu la sikit.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve