Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kajian Kes Facebook

Kalau Bunuh 140 Juta Muslim dan Angelina Jolie

Pernahkah anda melihat gambar di bawah ni? Sebelum benda ni tersebar lebih meluas dan memberikan perspektif negatif terhadap orang yang kononnya "mengambil" berat dekat Angelina Jolie, meh baca apa yang aku nak sampaikan dulu. Pertama sekali, mari baca komik 'Islamik' tersebut yang diambil daripada sini . So, 'Obama' dengan 'Bush' tengah berbincang tentang plan untuk membunuh ramai umat Islam dan Angelina Jolie, dan si pemerhati terkantoi tak kisah dengan kematian 140 juta orang tu, and instead, divert his attention to the death plan of Angelina Jolie.

Logik Sains "Islam" di Page Facebook

Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook , golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut. Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni "The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, A

Selangkah ke Alam Lembu

Okay ni kali terakhir lah aku nak panggil diorang ni lembu. Rasa macam tak baik pulak melabelkan manusia dengan makanan yang sungguh sedap. Tak layak rasanya dibandingkan burger daging sedap dengan manusia yang tak menggunakan akal sepenuhnya Apapun, ini ialah sambungan daripada tajuk Bagaimana Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu . Kali ni kita sambung pula ulasan pasal jenis-jenis lembu tu ya. SAMBUNGAN LEMBU #2: LEMBU MLM Okay pada isu lepas aku tak sempat nak tulis kenapa golongan MLM ni yang banyak guna fungsi nota Facebook sebagai medium pengantar nota-nota pelik, tak berasas, tahyul, dan merepek di Facebook dan kemudiannya meng-kreditkan nota yang dicuri daripada blog-blog itu ke fanpage sendiri. Sebabnya senang sahaja, bila orang rasa teruja dengan nota-nota merepek tu, mereka akan rasa ingin tahu tentang sumber asal "ilmu tersebut" Dalam psikologi, ada dikatakan yang manusia ni ialah natural informavore. Mereka laparkan informasi. Jadi, bila korang jumpa pag

Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu

Dalam senarai peribahasa Melayu yang aku tahu, ada satu yang berbunyi " bagai lembu dicucuk hidungnya ". Sebenarnya aku tak pasti lah itu peribahasa, simpulan bahasa, bidalan ataupun hanya ungkapan tapi apa yang aku ingat maksudnya ialah seseorang yang hanya menurut kata-kata orang lain. Lebih kuranglah. Maka kali ini kita bercakap tentang bagaimana Facebook menukar manusia normal, atau dalam range normal (termasuklah aku), menjadi lembu. Jangan risau, semua orang berpeluang. Baca sampai habis dulu. Kalau kita tengok Facebook sekarang ni, kalau upload gambar, gedebuk seketul besar dia keluar dekat timeline. Kalau share nota ( Facebook Notes ) yang disertakan dengan gambar, maka kalau tengok dekat skrin aku, 70% akan dipenuhi dengan gambar tu, dan adalah beberapa baris ayat daripada nota yang dicakapkan. Jadi ya, bagaimanakah ciri Facebook ini menukar manusia jadi lembu? Kita bahagikan lembu-lembu ini kepada beberapa kategori

Menghadiahkan Pensel HB Sempena Hari Jadi

Zaman makin berubah dan sekarang trend pada hari jadi ialah menghadiahkan pensel HB untuk meraikan hari jadi. Bila tiba hari jadi, secara umumnya, seorang manusia normal akan memeriksa 2 benda iaitu handphone dan juga Facebook untuk melihat ucapan daripada kawan-kawan. Kalau tak dilayan dikata pulak sombong Maka korang pun periksa lah ucapan dari kawan... Ucapan pertama - "Selamat hari jadi, kawan. Moga panjang umur dan murah rezeki. Ada murah rezeki bolehlah belanja aku makan". Simple dan penuh bermakna dalam nada gurauan yang diterima daripada kawan sebaya Ucapan kedua - "Happy birthday hun, hope you have a blast one". Wallpost ini datangnya dari kenalan rapat yang tiada hubungan intim dengan si penerima. Okay fine, dia sosial sikit maka begitulah ayatnya Ucapan ketiga - "Selamat hari jadi bro! Moga hidup diberkati Tuhan!". Ucapan ini diterima daripada member kolej yang kaki drift. Seliar-liar beliau sempat lagi mendoakan kesejahteraan member dia s

Pak Pandir Facebook Mendapat Iphone Percuma

Menjelang raya lah sangat walhal puasa pun belum masuk apekes la manusia kat Malaysia ni. Apesal aku kata Malaysia? sebabnya aku takde member pak Arab so aku tak tahu diorang suka celebrate bulan yang mana. Dengar cerita diorang merindui bulan Ramadhan sangat-sangat. Aku rasa aku tahu sebabnya tapi disebabkan malas nak bertanya sekarang ni, aku suggest korang tanya kawan-kawan yang tahu Dah lama aku tak menyerang di slot Kajian Kes Facebook kan? Dah episod 37 dah pun.. Berbalik kepada puasa dan raya, mesti para bapak di luar sana memikirkan macamana nak balik menghadap bini dengan muncung tahap boleh sangkut baju sebab si bapak takde duit nak beli langsir baru, kereta baru, sofa baru, TV Plasma. Baju baru, itu baru, ini baru, Johor Baharu.. Si ibu pulak disebabkan nak mendapatkan wang lebih, maka bersengkang mata mencari lobang-lobang yang boleh membuatkan duit dengan pantas dan lumayan. Ini tidak termasuk menurun nombor ekor atau mengangkung kerana hantu setan semua kena ikat.

Hai Kitew Shuweet Couple

Setelah sekian lama... Yes akhirnya episod Kajian Kes Facebook kembali semula tapi kalini akak pulak yang tulis sebab abang panda ada 2 test minggu ni so dia tengah berguling-guling atas katil tu sambil berfikir yang kononyya berguling-guling tu boleh bagi dia A+ untuk 2 subjek test minggu ni. Anyway, harini akak nak cerita lagi pasal fanpage Facebook yang direka khas untuk anak-anak muda See shuwit kan anak-anak muda sekarang? Eh, akak pun muda jugak tapi akak okay je single. Bak kata mak Abang Panda dulu; diri sendiri tu pun mak belikan spender, ada hati nak gatal-gatal dengan anak orang. Entahlah bebudak sekarang ni, seronok agaknya dapat populariti dengan diletakkan gambar diorang pada page. Berikut ialah info pasal page ni..

Penerima Wang Group Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar

Kalau korang rajin tengok kawan korang like like page Facebook atau masukgroup yang pelik-pelik di Facebook, aku rasa ada chance 80% yangkorang wajib pernah tengok ada makhluk dalam news feed yang join benda-benda yang bertajuk seperti "Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar" kan? Macam gambar di atas ni, siap ada step untuk dapatkan berjuta-juta dollar hanya dengan login Facebook. Sebab apa? Sebab bisnes bisnes (?) macam ni pernah bukak booth dekat universiti universiti terhebat di Malaysia, di ekspo, dan macam-macam tempat lagi. Siap ada website woh maka ianya perniagaan sah.. Kita takpernah dengar orang yang  join benda ni betul-betul dapat 4 juta dolar! Dengan bantuan abang dzaquanimran kita yang peramah lagi tidak lokek berkongsi ilmu mendapat jutaan dollar Tapi kalau anda masih tak faham bagaimana caranya untuk mendapatkan atau nak check di mana duit 4 juta dollar tersebut akan muncul, jangan malu! Silalah bertanya sebab bak kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat

Fanpage Pencarian Lelaki Sweet dan Perempuan Bertudung

SARCASM Adakah anda seorang lelaki yang sweet? Adakah anda seorang gadis yang bertudung? Katakan "YA" dan kami akan merealisasikan harapan anda untuk menjadi bintang fanpage PENCARIAN LELAKI SWEET DAN GADIS BERTUDUNG ! Sudah tentu anda semua sedia maklum dengan apa yang kami cari! Lelaki sweet dan gadis bertudung lah. Matlamat penubuhan organisasi kami ialah untuk menggalakkan para jejaka tidak kira umur di luar sana untuk menjadi sweet dan semanis-manis mungkin lalu menangkap gambar dengan kamera handphone sendirian sambil membuat muka muka manis. Selain itu, kami juga berhasrat untuk meramaikan lagi ahli-ahli kami untuk memakai tudung dalam apa jua cara, apa jua warna lalu menangkap gambar di depan cermin atau menggunakan kamera kompak mahupun handphone. Selepas tangkap gambar, tudung boleh cabut! Sila rujuk profile ahli kami untuk kepastian jika anda seorang stalker. Maka suci murnilah tujuan penubuhan page kami ini! Metodologi kami senang saja. Anda boleh ikuti b

Pantun Realiti Facebook 2

BERSAMBUNG.....

Pantun Realiti Facebook

Harini saya tiada mood untuk publish tulisan panjang-panjang jadi mari kita jadikan harini sebagai hari santai. Minggu depan dah mula kelas dah adoih! Takpe 3 subjek je untuk trimester ni. Sekian. Ada lagi sebenarnya tapi aku malas nak bagi orang scroll banyak sangat. Mungkin lain kali kita buat Pantun Facebook 2? Haha

Battle of The Fans

Petang 22 Febuari 2011 di Wellington taklah secerah semalam. In fact, 1 harini sangat gelap dan suram mungkin mengiringi hati aku yang penuh bermacam-macam soalan ni. As sastera as it sounds, salah satu benda yang bermain dekat fikiran aku ialah... Disebabkan aku ni bukanlah mat sastera tapi hanyalah blogger berlidah puaka, maka harini aku memepersembahkan korang dengan Kajian Kes Facebook 30: Battle of The Fans. Korang tahu Battle of  the Bands kan? di mana band-band muzik naik atas pentas dan menyanyi, ada yang melalak, ada juga yang menyanyi macam suara penagih dadah; cuba mempersembahkan lagu terbaik mereka untuk melariskan jualan album dan juga menunjukkan siapa yang terbaik. Itu dunia muzik. Industri muzik. Apa yang kita ada dekat dunia Facebook? Pendapat peribadi aku mengatakan benda ni sungguh tak matang. Macam budak-budak. Bukannya semua pengundi ada Facebook. Tambahan pulak perlu ke dalam page tu nak maki-maki parti lain? Sebar fitnah? Jangan ingat Pakatan Rakyat je, o

Penambahan Ciri Baru Fanpage Facebook

Dear readers, the admin-slash-author of this itty-bitty personal blog is still in final exam mood. Your comments, visits and everything related to this blog will be returned on Tuesday 15 Feb 2010 Okay kembali lagi kita berblog dengan tak sedar diri diri hari Isnin ni ada final exam yang menyakitkan hati. Kali ni kita sambung epiusod Kajian Kes Facebook yang telah pun mencapai angka 29. Tajuk kita pada kali ini ialah ciir baru yang dibuat pada profile fanpage. Jadi secara umumnya, info kali ini amat bermanfaat untuk admin-admin fanpage. Para admin fanpages sekalian, kalau korang masih belum bukak fanpage korang hari ni, sila buka sekarang sebab korang akan nampak sesuatu seperti gambarajah dibawah. Aku tak tahu bila Mark Zuckerberg update benda ni sebab baru hari ni aku perasan. Semalam takde lagi rasanya. New! An Upgrade for Pages We're about to make it easier for you and your fans to connect with each other. Nampak tak macam ni? Kalau korang tak nampak, tunggu je la sa

Teori Konspirasi Upin dan Ipin

Nak gelak atau nak marah? Itu persoalan utama, tapi apa yang membimbangkan ialah bukannya perasaan kita si pembaca, tapi perbuatan segelintir pihak yang otaknya mungkin dah dibekukan dengan mempercayai semua Teori Konspirasi. Dikaitkan dengan yahudi la pulak. Apa kata orang pasal Upin & Ipin? Gambar tu aku saja-saja edit korang janganlah percaya pulak. Tadi aku ternampak sorang kawan ni dia post pasal kisah Upin Ipin yang mempunyai unsur Illuminati ke Yahudi ke entah atas sebab yang berikut: 1)Sebutlah Uffin bukan Upin Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel Penulis teori ni mungkin terlalu banyak menghidu kentut unta. Apakejadah bahasa menjadi pengertian kepada sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu? Dulu aku pernah cerita pasal Bahasa Maori New Zealand . Dari situ kita boleh faham bahawa apa yang kita maksudkan, tidak sama dengan apa yang difahami oleh orang yang b

Tips FBML untuk Fanpage Facebook

Sebelum anda semua sambung membaca haruslah anda ketahui bahawa entry kali ni dispesifikkan kepada para blogger atau sesiapa sahaja yang memiliki page facebook sendiri tidak kisahlah fanpage, writer page, artist page, malah page alumni sekolah pun boleh Kita tengok perbezaan Gambar di atas ialah gambar fanpage yang biasa, yang takda kick. kalau orang masuk pun orang akan menguap sambil makan kuaci. Sila bandingkan dengan page dibawah pula. Dan ini ialah fanpage yang lebih comel daripada biasa. Ada borang email, dan ada introduction untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat anda yang comel-comel belaka. Step 1: Cari page Static FBML di facebook dan klik Add to My page Step 2: Pilih page yang anda mahu edit. Jangan tamak, buat satu-satu dulu sebab lepas ni nak main coding Step 3: Masuk profile fanpage anda, klik Edit Page > Application Step 4: Antara senarai applikasi yang ada sila cari FBML dan klik "Go To Application" Step 5: Masukkan code yang anda mahu muncu

Kajian Kes Facebook 20: See Friendship

Episod 18 dan 19 tidak disertakan bersama banner. Sebelum kita bermula dengan entah apa benda lagi yang Facebook update pada kali ni marilah kita bukak kamus untuk mengetahui apa itu Friendship. Seperti yang disebut dalam Kamus Bahasa Panda Edisi Terhad, Friend: Kawan Ship: Kapal Friendship: Kapal kawan Apa kaitan friendship dengan Facebook? Jom tengok gambar di bawah. Gambar ni menunjukkan cara stalking terbaru yang diwujudkan demi menyokong Kelab Stalker Terhebat Dunia. Wallpost Papanda ARC kepada Z@ck yang disertai oleh mattopman Bila klik kat bahagian See Friendship anda akan nampak hubungan anda dengan pemilik profile tersebut. Contoh "hubungan" yang anda boleh nampak termasuklah seperti gambar di bawah. Pendek kata summary kepada relationship korang dengan kawan korang: Penjelasan dibawah ni mengikut nombo r 1. Gambar korang yang paling skandal Ini hanyalah teori tapi aku rasa gambar yang ditunjukkan tu ialah gambar bersama yang paling banyak mendapat k

Tutorial Butang Like Facebook Baru Ver2 - Cara Senang

1. Pertama sekali masukkan nilai-nilai yang anda suka ke dalam kotak di bawah ni. Kalau anda tak masukkan memang sampai kiamat pun takkan jadi tips ni (Secara ajaibnya kod yang anda perlukan akan di-update secara automatik) Width of the Like Box                     (Enter the appropriate width of the FB like box) Facebook Fan Page / Profile URL 2. Kemudian Pak Mat dan Cik Bedah bolehlah login masuk blogger dan pergi ke Dashboard. Masuk Design > Edit HTML dan tick pada “Expand Widget Templates” 3. Cari  ]]></b:skin> guna CTRL+F pada dalam template anda dan di ATAS nya sila paste kod dibawah ni .fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width: 540 px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;margin:0 0 5px; width:349px; height:24px; background:url(" https://blogger.googleusercontent.com/img/b

Tutorial Kotak Komen Facebook di Blogger

Screenshot ni diambil dari sebuah lagi blog yang aku moderate di New Zealand. Apa yang aku nak sampaikan ialah pengunjung blog anda kini boleh meninggalkan komen dengan menggunakan akaun facebook. Caranya: STEP 1: MASUK EDIT HTML & TICK EXPAND WIDGET BOX Tengok betul-betul anak panah tu!! Selalunya coding korang tak jadi sebab tak tanda kotak tu. Aku sula nanti baru tahu. STEP 2 : CARI CODE INI <div class='post-footer'>  STEP 3 : DIBAWAHNYA, PASTE CODE INI <b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'>  <div id='fb-root'></div>  <script> window.fbAsyncInit = function() { FB.init({appId: ' 129009223788415 ', status: true, cookie: true, xfbml: true}); }; (function() { var e = document.createElement('script'); e.async = true; e.src = document.location.protocol + '//connect.facebook.net/en_US/all.js'; e.async = true; document.getElementById('fb-root').appendChild