Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Behaviorism

ULANGKAJI ISTILAH ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Antara kerja aku adalah memberikan perkhidmatan sokongan kepada sekolah dalam aspek pengurusan tingkah laku dan emosi murid. Biasanya dokumen yang kita bincangkan adalah Rancangan Pendidikan Individu aka RPI. Bila bercakap pasal RPI, memang kerap juga kita jumpa istilah-istilah seperti peneguhan dan hukuman. Namun begitu, tahun ini aje aku dah jumpa kadar kesalahan sebanyak 100% dalam penggunaan istilah positif dan negatif ni. Tapi tak apa. Mana yang kurang tepat kita ajar sampai pandai sebab definisi yang betul adalah wahana kepada penyelesaian yang tepat dari sumber dalam talian. Gituw. Ya udah mengarutnya mari imbas semula. Reinforcement/peneguhan = apa-apa yang akan menyebabkan tingkahlaku berulang Punishment/hukuman = apa-apa yang menyebabkan tingkahlaku berkurang Positif = yang diberikan. Bukan yang baik. Negatif = yang di"hilang"kan. Bukan yang jahat. ---- Positive reinforcement = sesuatu yang diberikan dan buat tingkahlaku berulang. E.g. anak kemas mainan, kita beri (...

Teknik Elak Tantrum Anak di Pasaraya

Assalamualaikum mak pak semua. Antara masalah besar bila kita ada anak berumur 2 tahun ke atas ni ialah bila kita bawa ke pasaraya. Masa kita tengah pilih sayur atau tengah berbaris nak bayar tulah tiberr anak capai cekedis untuk dibawa balik ke rumah, berlari sana-sini sedangkan kita ni nak jaga kesihatan oral (mulut dan gigi) dia dan keselamatan dia. Kalau tak dibagi, meraunglah dia atas lantai tu dan lagi teruk kalau dibaling-balingnya barang di rak sampai rosak. Nota tambahan: Cekedis dan gula-gula bukan sahaja merosakkan kesihatan oral anak anda malah adalah perosak tingkahlaku dan perkembangan otak anak-anak. Jadi, apa yang kita sebagai mak pak boleh buat ialah dengan menggunakan satu bahan ajaib yang jarang digunakan orang sejak kemasyhuran penggunaan telefon pintar ni iaitu senarai membeli-belah atau bahasa mad sailornya - shopping list. Disebabkan anak aku baru berumur 3 tahun, maka aku gunakan gambar seperti contoh di bawah. Cara-cara gunakan senarai untuk kanak-kanak berumur...

5 Cara Menangani Isu Tantrum

Hai mak pak dan cikgu semua! Korang mesti ada pengalaman berhadapan dengan anak-anak yang menunjukkan temper tantrum, kan? Biasanya memang anak-anak kecil terutamanya yang masih belum boleh menzahirkan emosi mereka melalui kata-kata disebabkan faktor umur ataupun anak-anak MBK kita yang mempunyai masalah perubatan akan menunjukkan tingkah laku ini. Adakah ini normal? Untuk anak menunjukkan tantrum adalah sesuatu yang normal dan rutin kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur bermula 1 tahun dan kemudian akan semakin berkurang apabila umur anak menjelang 4 tahun dengan bimbingan dan didikan yang betul. Untuk anak yang mempunyai kelainan upaya, keupayaan kendiri untuk mengawal tantrum adalah bergantung kepada pengesanan awal dan intervensi awal yang dilaksanakan pada umur perkembangan kanak-kanak tersebut iaitu 0-6 tahun. APAKAH MAKSUD TANTRUM? Apabila menyampaikan maklumat kepada orang lain yang tidak selalu berjumpa dengan kanak-kanak tersebut, terutamanya doktor dan ahli terapi...

Special Education Kids Whom I see Everyday

Alhamdulillah, praise be to Allah for I am now a teacher pledging my service in special education- as some of you might have known. As many other young teachers have it, I too, am one of the "unlucky" ones to be sent to Sabah to work. Unfortunately, I never find Sabah as an unlucky place to be in...but that's another story to tell for another day. Today I will be writing about special education Having worked in Sabah since mid-Jan, I can't say that I have taught the least-functioning kids ever. I mean, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) has way more challenging clients to deal with like the one you saw on Majalah 3 these past 2 years. However, I do find that dealing with special education kids are rather...thrilling, for most of the times. In this blog post, I will tell you about students I find most interesting during my tenure as a teacher for special education. I'm not in any way saying that these are the types that you'll s...

Apakah Subjek Psikologi Industri?

Adakah dengan menambahkan gaji sahaja dapat meningkatkan produktiviti? Jawapannya tidak. Dalam kajian psikologi berkaitan pekerjaan, mereka mendapati bahawa duit bukan penentu produktiviti yang terbaik. Kajian ni dilakukan dalam Psikologi Industri dan Organisasi. Dalam post yang lepas saya mungkin ada menyentuh sedikit tentang Psikologi Industri dan Organisasi atau nama glamernya "IO Psychology" untuk Industrial dan Organizational Psychology. Since pembelajaran saya dalam bidang psikologi ni hampir meliputi semua bidang (tetapi bukan semua topik) dalam psikologi, maka bolehlah saya menceritakan apa yang saya tahu tentang program ni.  Di peringkat universiti korang boleh belajar IO Psych sebagai satu subjek pilihan ataupun menjadikannya sebagai pengkhususan ijazah korang, bergantung pada minat dan keperluan. Jika korang jenis cinta pada ilmu dan kajian dan berniat nak mengembangkan psikologi di Malaysia supaya naik di mata dunia, maka amb...

Cara-cara Elakkan Bertangguh (Procrastination) dengan Psikologi

Kita ni manusia biasa yang lemah, kadang-kadang tu bukan aje dari segi fizikal malah dari segi mental. Antara perangai orang yang mental nya lemah ni ialah jenis yang cepat terganggu tumpuannya. Kadang-kadang tu sampaikan masa beribadat pun tumpuan kita boleh terganggu dan mulalah sesuatu yang dipanggil sebagai "penangguhan " ataupun bahasa Inggerisnya, 'procrastination'. Dalam artikel kali ni, anda akan dapat sekurang-kurangnya 3 cara untuk melawan sifat bertangguh ni, dari segi psikologi. Sebagai manusia biasa, saya sendiri kadang-kadang buat benda bertangguh ni mungkin sebab saya ni seorang perfectionist. Orang perfectionist ni dia nak benda tu disetelkan dengan result yang power. Kalau tak power, dia taknak buat. Ataupun ada jenis manusia yang tengah study 5 minit, lepas tu konon 'release' tension dengan main Facebook selama sejam. Kalau lima minit baca buku dapat 1 muka, dalam sehari boleh dapat lebih kurang 22 muka je lah. So, kita dapat tahu yang...

Teori Psikologi Keperluan Maslow

Dalam psikologi, ada satu teori yang dipanggil sebagai Teori Keperluan Maslow. Sebenarnya teori ni berada dalam cabang "behavorism" di mana teori ni menjelaskan tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang tu untuk melakukan sesuatu. Benda ni sangat bagus especially kalau kau cikgu dan nak memudahkan pelajar kau hadam isi pengajaran harian. Gittew Adohai, kantoi ambik daripada Wikipedia Piramid Keperluan Maslow ni lebih kurang macam piramid makanan lah cumanya piramid makanan tu menunjukkan berapa banyak jenis nutrien tertentu yang kita perlu makan tapi Piramid Maslow ni pulak menunjukkan tahap-tahap keperluan pada manusia. Apa yang pakcik Maslow kita cuba nak sampaikan ialah sebenarnya jika keperluan bawah-bawah tidak dipenuhi, maka tak mungkin sekali yang atas-atas tu akan dapat dicapai. Dalam kata lain, sebagai contoh, jika kita takde makanan (keperluan physiological), maka kita tak mungkin akan merasakan kemanisan berkeluarga tu (keperluan love/belonging). Faham...

#Tips Tidur Dari Sudut #Psikologi

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan dan selamat kembali ke blog ni eceh. Malam ni keihatan timeline twitter bergerak pada kelajuan anak siput baru nak belajar mengesot dan ini merupakan sesuatu perubahan positif sebab mungkin mereka ini sedang tidur. Daripada entri lepas Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tidur , saya terlupa nak sebutkan dua kesan tak cukup tidur yang penting untuk tubuh badan kita. Efek tersebut adalah: Tak cukup tidur buat korang gemuk . Tak cukup tidur buat orang stress, dan menyebabkan jerawat Are these not enough reasons to make you sleep at night? Jadi persoalan yang ditanya kawan di twitter dan ruangan komen berbunyi "macam mana cara nak tidur malam? Saya ada masalah tidur" dan variasinya. Izinkan saya beri cadangan dalam konteks behaviour modification Sebelum saya menjawab soalan ni, bagi mereka yang ada masalah tidur di waktu malam, biar saya teka apa yang ada di sekitar kawasan tidur korang (bilik tidur lah, takkan jamban pulak). Saya syak dalam b...

#Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tak Cukup Tidur

Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.