Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Abnormal Psychology

Teori Empati Berganda Autisme

Beberapa lama dulu aku ada tengok satu video ni tentang perspektif lain yang kita boleh ambil berkenaan individu yang ada autisme. Antara isi yang perlu dititikberatkan oleh pembentang dalam video itu ialah berkenaan "ketidakupayaan" atau disability Selalu kita lihat disability ini sebagai satu kata sifat, satu keadaan yang mana menunjukkan seseorang itu adalah tidak upaya untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Memang itulah tanggapan kita selama ni, kan? Bila orang tu tak boleh bertutur atau berkomunikasi macam kita, jadi dia mungkin tidak upaya dari segi pertuturan. Dalam kata lain, apabila dibandingkan dengan kebolehan kita, golongan normal atau neurotipikal ini, mereka adalah golongan kurang upaya yang tidak mencapai tahap dan tanggapan yang kita tetapkan untuk mereka. Tapi, macam mana kalau kita melihat keadaan golongan-golongan neuro-pelbagai ini sebagai mereka yang dijadikan tidak upaya disebabkan oleh persekitaran dan diri kita sendiri? Adakah golongan neuro-pel...

Penyakit Gila Ketika Bulan Mengambang

Beberapa hari lepas, sekali lagi kami guru-guru dan pembantu di sekolah membincangkan soal kebajikan pelajar (walaupun secara tidak formal) tentang pelajar-pelajar tertentu yang tidak diketahui diagnosisnya. Untuk makluman pembaca semua, pelajar di pendidikan khas perlu mendapatkan kad OKU sebelum boleh diterima masuk ke dalam program pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan program tersebut dan dalam kandungan kadnya ada dilaporkan sama ada pelajar tersebut: LD = Learning Disabilities , masalah pembelajaran DE = Deaf, pekak setidak-tidaknya inilah senario di tempat saya berkhidmat. Ada juga kategori lain yang akan dibincangkan dalam artikel di lain hari tetapi apa yang anda kena tahu ialah individu LD merangkumi mereka yang bermasalah autisme, ADHD, selective mutism (tahun ni ada seorang pelajar), Down Syndrome, dan lain-lain gangguan dalam DSM yang boleh mengganggu kefungsian hidup seseorang dan seterusnya menghalang individu tersebut daripada belajar seca...

10 Mitos Tentang Penyakit Mental

Berikut adalah 10 Mitos Tentang Penyakit Mental (10 Myths About Mental Illness) yang anda semua patut tahu. Sama seperti bidang perubatan, penyakit mental juga ada mitos yang ramai orang sebarkan tanpa bertanyakan kepada yang ahli. Maka, mari kita tengok apakah mitos-mitos tersebut MITOS 1: Penyakit mental tidak dialami oleh kanak-kanak FAKTA SEBENAR Majoriti penyakit mental yang dialami pada peringkat dewasa bermula pada zaman kanak-kanak / remaja. Dan majoriti belia yang menerima bantuan / rawatan berjaya berkembang dengan baik. Majority of adult mental illness begins during childhood or adolescence. Most of youth who receive help improve significantly with treatment. 多数精神病起源自孩童或青少年时期。大部分接受治疗的病患,病情将会得到显著的改善。 MITOS 2: IBU BAPA PUNYA DOSA, ANAK DAPAT PENYAKIT MENTAL FAKTA SEBENAR: Penyakit mental di dalam kanak-kanak adalah disebabkan biologi, persekitaran, atau kedua-duanya sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetic dan ketidakseimbangan bahan kimi...

Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal

Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar Teka-teki: Saya seorang doktor, boleh berikan diagnosis, dan boleh memberikan preskripsi ubat. Dalam konteks profesion psikologi, siapakah saya? Sila jawab di bahagian komen selepas membaca artikel ini P Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profes...

Gangguan Personaliti Antisosial - Antisocial Personality Disorder

MichaelTapp|Flickr Sehingga 2 tahun lepas (masa tu di tahun terakhir), hati saya sentiasa sakit bila dengar orang cakap "weh, kau ni antisosial sangat kenapa" sebab pada saya, penggunaan perkataan tu salah. Tambah-tambah lagi bila kawan-kawan mula belajar tentang perkataan tu dan kerap menggunakannya. Sebagai seorang yang berminat dalam bidang Abnormal Psychology, saya rasa penggunaan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang tu adalah amat penting ( takde problem dengan ni ), dan mesti sentiasa mengikut definisi dari sudut perubatan ( yang ni problem ). Sebenarnya sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris, berkongsi bunyi dengan medical term ( psychiatric ) tapi mempunyai maksud yang berlainan: Maksud antisocial daripada lughahnya (bahasa) ialah seorang manusia yang tak join orang lain beramas mesra. Ini termasuklah bergosip, dan sembang maki kerajaan di kantin sekolah. Sejauh mana justified pun alasan korang, tak join me...

Skizofrenia Kanak-kanak

Semalam unit Pendidikan Khas sekolah tempat aku bertugas ada meeting. Antara perkara yang dibincangkan dalam meeting tu ialah intipati simposium seorang wakil guru yang dihantar untuk mendengar tentang skizofrenia. Aku pun dengarlah dengan penuh teliti sebabnya aku memang suka dengan topik macam ni. Lepas cikgu tu cerita apa yang dia dapat, penolong kanan pulak bertanyakan soalan: Source: Flickr   .Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.0 Generic (CC BY-NC-ND 2.0) "Kalau budak-budak yang bercakap sorang-sorang tu kira skizofrenia ke Cikgu K?" Cikgu Penolong Kanan Pendidikan Khas tanya. Cikgu "P" namanya. "Oh, kalau macam budak kita, yang berstatus OKU, dia tak boleh diklasifikasikan sebagai penghidap skizofrenia. Memang macam tu" "Tapi kalau kita tengok pelajar kita macam si 'Z' dengan 'R' tu kan selalu bercakap sorang-sorang, Tu bukan sikozfrenia ke? Kita tengok simptom dia ada tapi kita tak pasti yang mana satu. Asfan? A...

Personality Disorder - Obsessive Compulsive II [REPOST]

Obsessive Compulsive ada 2 jenis di mana satu terletak di Axis I dan satu lagi di axis II dalam Manual Statistik dan Diagnostik-IV. Untuk senang faham, bolehlah dianggap bahawa Axis I untuk hal yang serius dan terperinci, manakala Axis II lebih abstrak dan senang dijumpai dalam kehidupan seharian kita. Jom kita berkenalan dengan Abang Pidi yang menghidap Obsessive-Compulsive Personality Disorder, OCPD, (Axis II) terlebih dahulu. Kisah ini diceritakan oleh jiran beliau. Akak dah duduk kat kawasan kejiranan ni lama sudah. Semua orang akak kenal tapi yang paling menarik sekali sorang jiran akak ni nama Abang Pidi. Setiap hari dia keluar rumah tepat pukul 7 pagi dengan baju yang sama. Mungkin juga dia beli baju pattern sama banyak-banyak tapi saya tak tahulah. Lepastu dia akan naik kereta pada 7.05 minit untuk singgah ke Starbucks setiap pagi untuk minum secawan kopi sambil membaca suratkhabar. Dia ni kalau ada benda tak kena memang dia takkan buat kerja. Orang Inggeris cakap apa? P...

Apakah Itu Narcissistic Personality Disorder?

Adakah korang atau kawan-kawan korang ada pesen yang terlampau mementingkan diri? Dia punya pentingkan diri ni bukan tahap-tahap biasa tapi dah sampai tahap merasakan bahawa diri dia tu adalah titik pergerakan dunia, dunia mesti berputar mengikut dia. Kalau ya, mungkin mamat atau minah tu ada sejenis masalah personaliti dalam psikologi yang dipanggil sebagai "Narcissistic Peronality Disorder". Seperti biasa, saya kena ingatkan korang doktor-doktor instant di internet bahawa jangan gunakan artikel ni sebagai panduan untuk bagi diagnosis kepada diri sendiri ataupun rakan-rakan. Artikel ni cuma berfungsi sebagai pengenalan kepada Narcissistic Personality Disorder. Personality Disorder ni secara ringkasnya adalah gangguan dalam perangai manusia yang kita tak nampak dengan nyata tapi perlu berkenalan dulu dengan orang tersebut untuk mengetahui sifat dia. So, berbeza lah dengan eating disorder sebab kita boleh terus nampak daripada badan dia manakala personality disorder adalah s...