Selalu kita lihat disability ini sebagai satu kata sifat, satu keadaan yang mana menunjukkan seseorang itu adalah tidak upaya untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Memang itulah tanggapan kita selama ni, kan? Bila orang tu tak boleh bertutur atau berkomunikasi macam kita, jadi dia mungkin tidak upaya dari segi pertuturan. Dalam kata lain, apabila dibandingkan dengan kebolehan kita, golongan normal atau neurotipikal ini, mereka adalah golongan kurang upaya yang tidak mencapai tahap dan tanggapan yang kita tetapkan untuk mereka.
Tapi, macam mana kalau kita melihat keadaan golongan-golongan neuro-pelbagai ini sebagai mereka yang dijadikan tidak upaya disebabkan oleh persekitaran dan diri kita sendiri? Adakah golongan neuro-pelbagai itu boleh berfungsi dengan baik apabila kita tidak meletakkan tahap kita kepada mereka?
Jadi, seorang pengkaji, Damian Milton, yang juga merupakan individu yang ada autisme, menjalankan satu eksperimen. Dari eksperimen inilah mereka kaji fenomena yang dipanggil sebagai empati berganda (idea asal dari Jim Sinclair) . Empati berganda merujuk kepada keadaan di mana kepincangan yang terdapat dalam komunikasi antara golongan autisme (neuro-pelbagai) dengan neurotipikal adalah disebabkan ketidakserasian cara mereka berkomunikasi.
Jadi, apa yang Damian buat? Sangat ringkas eksperimennya - mereka main permainan telefon rosak di mana setiap ahli kumpulan perlu menyampaikan maklumat kepada rantaian rakannya sehingga habis dan orang yang terakhir akan diminta untuk mengulang semula ayat yang diberikan di awal tadi
Jadi, individu yang menyertai eksperimen ini dibahagikan kepada tiga kumpulan
Kumpulan yang semuanya terdiri dari neurotipikal
Kumpulan yang semuanya terdiri dari neuro-pelbagai; dan
Kumpulan yang bercampur dari neurotipikal dan neuro-pelbagai
Penemuan dari data eksperimen tersebut menunjukkan bahawa kumpulan yang homogenous mempunyai kebolehan yang sama dari segi menyampaikan maklumat manakala kumpulan yang bercampur tidak mempunyai prestasi yang sama
Dalam kata lain, sesama neurotipikal dapat menyampaikan maklumat dengan baik DAN begitu jugalah dengan kumpulan yang semuanya terdiri dari individu autistik. Kumpulan yang bercampur pula tidaklah begitu baik keputusan ayat yang diulangnya
Ini merupakan satu bukti yang penting di mana kalau tak ikut standard kita, individu autistik mempunyai kebolehan berkomunikasi yang sama baik!
-----------------
Pada pendapat aku sendiri, banyak isu yang kita kena perjelaskan sebelum teori ni dapat digunapakai dan diamalkan dalam konteks masyarakat. Contohnya ialah kepelbagaian tahap pada individu autistik itu sendiri. Setiap individu mempunyai kebolehan yang sangat berbeza dengan individu autistik yang lain dan sekiranya mereka tidak diajar dengan cara tipikal, untuk mencapai standard tipikal, apa lagi cara yang ada untuk membolehkan mereka berkomunikasi? Kajian yang dibuat pun disertai oleh individu austistik yang diajar asas komunikasi secara tipikal.
Itu baru pada satu isu. Ada banyak lagi tapi idea yang diutarakan boleh menjadi satu titik tolak kepada perubahan pemikiran kita tentang autisme dan mungkin juga tentang kepelbagaian neuro yang lain.
-TAMAT-
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming