Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Ditamparnya Kepala Budak Pendidikan Khas itu...

Sebuah cerpen kisah benar yang berlaku pada hari Selasa 30 Julai 2013 di sebuah sekolah yang kena dirashsiakan namanya... Gambar hiasan  Masa tu aku baru je selesai solat berjemaah di barisan hadapan. Sistem di sekolah kami, kalau masuk waktu solat, guru lelaki terutamanya dan murid-murid kelas pendidikan khas diwajibkan solat berjemaah. Kalau tak nanti mereka malas solat (juga boleh digunapakai pada guru). Jadi, bila tengah berzikir tu terdengar lah suara Penyelia Petang bercakap dengan sorang budak ni yang diberi nama Sayyid (sumpah, bukan nama sebenar) di saf belakang. Maka terjadilah perbualan seperti di bawah ni... Penyelia: Awak masuk solat jemaah lambat ye? Sayyid: Ye ustaz Penyelia: Kalau tak tau, nanti ustaz ajar (sambil merujuk kepada diri sendiri) Maka aku pun berfikir. Ustaz ni walaupun selalu ugut nak tampar budak yang main-main nak masuk surau, tapi understanding rupanya dia pada Sayyid ni, budak pendidikan khas yang masbuq solatnya. Siap offer nak ajar sambun

Sebelum runtuhnya gereja katedral di Christchurch

Ingat lagi tak tahun lepas, berlaku satu gempa bumi yang sangat kuat di Christchurch, New Zealand. Pelajar Malaysia lebih suka panggil tempat tu dengan nama Canterbury rasanya entahlah. Anyway, gempa bumi tu nasib baik tak berlaku masa aku pergi melawat kawasan tu. Kalau tak, hilanglah seorang panda yang baik hati di muka bumi ni. Pendek kata, lepas gempa bumi, musnahlah kawasan tu. Yang korang akan tengok ni ialah gambar sebelum gempa bumi yang kuat tu berlaku Dekat luar gereja ni ada banyak gerai jual cenderahati, tempat rekreasi orang main catur gergasi, dan juga orang yang rajin mengambil gambar macam kami masa tu

Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif. Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter  @psikoologi  dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka