Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Diari Konsultasi 1 - Boleh ke Sekolah Buang Murid ke PDK?

Antara isu yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang juga merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah dipaksa untuk menandatangani dokumen bahawa mereka bersetuju untuk memasukkan anak mereka ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara sepenuh masa . Kes ini sebenarnya pernah kami kendalikan kerana terdapat kekeliruan tentang pemahaman berkenaan isu ini. Jadi, soalannya ialah: Boleh ke murid sekolah kerajaan dimasukkan ke dalam PDK secara sepenuh masa? Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu takrifkan di sini supaya fokus kita tak lari, dan kefahaman kita berkenaan isu ini tinggi. OKU = Orang Kelainan Upaya. Apabila OKU bersekolah dan berada dalam lingkungan umur 4-19 tahun, mereka digelar MBK MBK = Murid Berkeperluan Khas. Sudah ada perakuan pengamal perubatan yang bertauliah dan layak untuk memberikan diagnosis PDK = Pemulihan Dalam Komuniti. Tempat untuk OKU tidak mengira umur untuk menerima khidmat tertentu supaya mereka dapat mengur