Langkau ke kandungan utama

Diari Konsultasi 1 - Boleh ke Sekolah Buang Murid ke PDK?


Antara isu yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang juga merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah dipaksa untuk menandatangani dokumen bahawa mereka bersetuju untuk memasukkan anak mereka ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara sepenuh masa. Kes ini sebenarnya pernah kami kendalikan kerana terdapat kekeliruan tentang pemahaman berkenaan isu ini.

Jadi, soalannya ialah:

Boleh ke murid sekolah kerajaan dimasukkan ke dalam PDK secara sepenuh masa?

Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu takrifkan di sini supaya fokus kita tak lari, dan kefahaman kita berkenaan isu ini tinggi.

OKU = Orang Kelainan Upaya. Apabila OKU bersekolah dan berada dalam lingkungan umur 4-19 tahun, mereka digelar MBK

MBK = Murid Berkeperluan Khas. Sudah ada perakuan pengamal perubatan yang bertauliah dan layak untuk memberikan diagnosis

PDK = Pemulihan Dalam Komuniti. Tempat untuk OKU tidak mengira umur untuk menerima khidmat tertentu supaya mereka dapat menguruskan diri dengan lebih baik.

Baiklah, sekarang saya akan jawab isu ini dari perspektif berikut:

Perspektif Fungsi Agensi

1. Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Khas Integrasi ialah mod persekolahan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di Malaysia, murid sekolah rendah terutamanya, adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi persekolahan tanpa mengira kebolehfungsian mereka

2. PDK pula adalah pusat yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dan kewujudannya bukanlah berpaksikan pendidikan formal. 

3. Secara logiknya, tidak boleh dan tidak beretika bagi mana-mana pihak untuk mengeluarkan seseorang murid di bawah agensinya untuk diuruskan oleh agensi lain. Kewajipan ibu bapa adalah untuk mendaftarkan anak di bawah sistem pendidikan formal kebangsaan sebagaimana digariskan dalam undang-undang

Perspektif Undang-Undang

4. Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002) mewajibkan persekolahan rendah bagi semua rakyat Malaysia. Rujuk isi (3) di mana telah dinyatakan bahawa tugas untuk memberikan pendidikan bukanlah tertakluk di bawah bidang kuasa KPWKM tetapi adalah bidang tugas KPM

5. Walau bagaimanapun, tidak bermakna sekolah tidak boleh mencadangkan agar murid-murid tertentu dimasukkan ke PDK. Jawapannya boleh tetapi tidaklah untuk sepenuh masa. Maksud sepenuh masa di sini ialah keseluruhan hari dalam minggu persekolahan diperuntukkan untuk masa di PDK dan bukannya di sekolah. Apa yang sekolah boleh buat ialah memohon kerjasama PDK dan ibu bapa untuk MBK tersebut mendapat perkhidmatan bagi hari-hari tertentu sahaja.

Sebagai contoh, 
Isnin =  SK Pekan
Selasa = SK Pekan
Rabu = PDK
Khamis = SK Pekan
Jumaat = SK Pekan

Dan pastikan bahawa kehadiran murid ke kedua-dua institusi tersebut direkodkan dan dipatuhi bagi mengelakkan isu ketidakhadiran dan seterusnya memberikan kesan kepada Elaun Murid Khas (EMK) mereka.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekian.

**Insya Allah ini ialah segmen baharu yang diwujudkan dalam blog ini. Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah untuk memberikan manfaat kepada pemerkasaan hak dan keupayaan OKU di Malaysia. 

Ulasan

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve