Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Senyum Panda

Psikologi: Eksperimen Sosial Yang Ringkas

Dalam banyak-banyak bidang psikologi, ada satu yang diberi nama social psychology atau dalam Bahasa Malaysianya ialah psikologi sosial . Secara ringkas melalui pemahaman yang saya belajar daripada tahun lepas, social psychology ni dia mengkaji tentang tindak-tanduk manusia dalam konteks sosial. Sebagai contoh, bagaimana manusia membuat keputusan apabila buat pilihan untuk menolong orang yang dalam kesusahan: Adakah diorang akan terus tolong atau akan berfikir tentang faedah dan kos yang mereka bakal hadapi bila buat keputusan tersebut? Bacaan yang bagus tentang kajian mengenai ini boleh dibaca di sini . Dalam posting blog kali ini saya akan bawa anda kepada langkah-langkah membuat eksperimen psikologi sosial yang ringkas. Topiknya pula adalah amat senang sekali iaitu tudung, atau bahasa urban sikit: shawl . Adalah amat penting untuk pembaca tahu yang saya tiada niat buruk nak memecahkan periuk nasi orang ke apa ke. Cuma, ini adalah contoh yang amat relevan dengan masa sekarang. ...