Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Koleksi Gambar Musim Bunga Wellington 2011

Ceh tajuk macam ada koleksi gambar model kalendar pulak. Daripada tengok benda lagho tu baik kita meneroka alam sekitar yang cantik dekat bumi Wellington New Zealand ni. Apa guna beli kamera kalau tak tangkap gambar alam indah? Ah akhirnya berjaya jugak aku upload gambar dengan hasil sebenar tanpa ada pengurangan kualiti daripada Facebook ataupun Flickr. Atas ni ialah gambar bunga sakura putih yang diambil dari Wellington Botanical Garden. Jom tengok lagi gambar

Selangkah ke Alam Lembu

Okay ni kali terakhir lah aku nak panggil diorang ni lembu. Rasa macam tak baik pulak melabelkan manusia dengan makanan yang sungguh sedap. Tak layak rasanya dibandingkan burger daging sedap dengan manusia yang tak menggunakan akal sepenuhnya Apapun, ini ialah sambungan daripada tajuk Bagaimana Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu . Kali ni kita sambung pula ulasan pasal jenis-jenis lembu tu ya. SAMBUNGAN LEMBU #2: LEMBU MLM Okay pada isu lepas aku tak sempat nak tulis kenapa golongan MLM ni yang banyak guna fungsi nota Facebook sebagai medium pengantar nota-nota pelik, tak berasas, tahyul, dan merepek di Facebook dan kemudiannya meng-kreditkan nota yang dicuri daripada blog-blog itu ke fanpage sendiri. Sebabnya senang sahaja, bila orang rasa teruja dengan nota-nota merepek tu, mereka akan rasa ingin tahu tentang sumber asal "ilmu tersebut" Dalam psikologi, ada dikatakan yang manusia ni ialah natural informavore. Mereka laparkan informasi. Jadi, bila korang jumpa pag

Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu

Dalam senarai peribahasa Melayu yang aku tahu, ada satu yang berbunyi " bagai lembu dicucuk hidungnya ". Sebenarnya aku tak pasti lah itu peribahasa, simpulan bahasa, bidalan ataupun hanya ungkapan tapi apa yang aku ingat maksudnya ialah seseorang yang hanya menurut kata-kata orang lain. Lebih kuranglah. Maka kali ini kita bercakap tentang bagaimana Facebook menukar manusia normal, atau dalam range normal (termasuklah aku), menjadi lembu. Jangan risau, semua orang berpeluang. Baca sampai habis dulu. Kalau kita tengok Facebook sekarang ni, kalau upload gambar, gedebuk seketul besar dia keluar dekat timeline. Kalau share nota ( Facebook Notes ) yang disertakan dengan gambar, maka kalau tengok dekat skrin aku, 70% akan dipenuhi dengan gambar tu, dan adalah beberapa baris ayat daripada nota yang dicakapkan. Jadi ya, bagaimanakah ciri Facebook ini menukar manusia jadi lembu? Kita bahagikan lembu-lembu ini kepada beberapa kategori