Koleksi Gambar Musim Bunga Wellington 2011

Ceh tajuk macam ada koleksi gambar model kalendar pulak. Daripada tengok benda lagho tu baik kita meneroka alam sekitar yang cantik dekat bumi Wellington New Zealand ni. Apa guna beli kamera kalau tak tangkap gambar alam indah?

gambar bunga sakura putih

Ah akhirnya berjaya jugak aku upload gambar dengan hasil sebenar tanpa ada pengurangan kualiti daripada Facebook ataupun Flickr. Atas ni ialah gambar bunga sakura putih yang diambil dari Wellington Botanical Garden. Jom tengok lagi gambar


Apa yang aku boleh cakap dekat Botanical Garden tahun ni bunga tak berapa nak cantik. Tahun lepas mekar menguntum semua bagai senyuman awek aku. Takkan awek kau pulak


Kat New Zealand pun ada bot panjang bukan kat Malaysia je ada. Bot ni baru lagi letak kat situ sempena meraikan budaya orang asli dekat New Zealand yang dipanggil kaum Maori. Tapi takdela asli macam makan orang tu. "Asli" dalam konteks ni ialah penduduk asal New Zealand sebelum kedatangan penjajah Eropah

Seterusnya ialah gambar dari Somes Island. Sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah Wellington. Kiranya struktur geografi Wellington ni macam lagun sikit lepas tu kat tengah dia ada pulau. Aku pernah cerita kat entri Lawatan sambil belajar ke Somes Island tahun lepas


Disebabkan hari kami pergi tu semua skinks, geckos, tuataras dan wetas menyorok dalam sarang memasing sebab hujan, maka dua gambar ni je yang dapat dihasilkan. Gambar lain semua gambar kami la tapi buat apa korang nak tengok haha

Ulasan

  1. cantik wei shot bunga tu!


    p/s:: arc camne ko buat yg fesbuk like tu..macam smart je..nak coding..;p

    BalasPadam
  2. update: mata aku sewel malam tadi. gambar masih tak berada dalam full quality =_= but better than fb dengan flickr

    BalasPadam
  3. cantekkK!! secantek2 negara org cantek lagi negara sndri :P hehee.. haihh bila lah nak cuti2 ni..

    BalasPadam
  4. @Aisumi Chan Kawa'i

    haha g Malaysia kat taman bunga la best kot nak tgkp gambar

    BalasPadam
  5. yg kat sila spam di sini tu..ade gambo2 org kuar..macam santek je..

    BalasPadam
  6. cantik-cantik.kalo saiz besar lagi leh copy buat wallpaper lptop :)

    BalasPadam
  7. apa nama burung tu?

    burung apa?

    burung apa?

    burung apa?

    BalasPadam
  8. cantik wey. pandai ko amek gambo, aku suka 1st pic, klu bt wallpaper cantik neh

    BalasPadam
  9. kalau ada banyak lagi gamba bunga yang cantik2, upload la..boleh buat wallpaper..:)

    BalasPadam
  10. Cantik...cantik...cantikkkkk,,,,,beruntung dan bertuahnya dia dapat melihat kejadian Allah yang cantik ini.

    BalasPadam
  11. semua gambar nie cantik2 belaka..untung dpt duduk negara yg ade mcm2 musim & ade kamera canggih..boleh amik gmabr cantik camnie...(^___^)

    BalasPadam
  12. bestnyer! boleh kau hantar kan kat aku bunga tu! hOhO

    BalasPadam
  13. nak tgk bunga itu live punyaa :'(

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.

    seri pinjam satu pic bunga tu boleh? i use it in my blog here: http://doyansodap.blogspot.com/2011/11/cempaka.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming