Selangkah ke Alam Lembu

Okay ni kali terakhir lah aku nak panggil diorang ni lembu. Rasa macam tak baik pulak melabelkan manusia dengan makanan yang sungguh sedap. Tak layak rasanya dibandingkan burger daging sedap dengan manusia yang tak menggunakan akal sepenuhnya

kajian kes facebook 40

Apapun, ini ialah sambungan daripada tajuk Bagaimana Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu. Kali ni kita sambung pula ulasan pasal jenis-jenis lembu tu ya.

SAMBUNGAN LEMBU #2: LEMBU MLM
Okay pada isu lepas aku tak sempat nak tulis kenapa golongan MLM ni yang banyak guna fungsi nota Facebook sebagai medium pengantar nota-nota pelik, tak berasas, tahyul, dan merepek di Facebook dan kemudiannya meng-kreditkan nota yang dicuri daripada blog-blog itu ke fanpage sendiri. Sebabnya senang sahaja, bila orang rasa teruja dengan nota-nota merepek tu, mereka akan rasa ingin tahu tentang sumber asal "ilmu tersebut"

Dalam psikologi, ada dikatakan yang manusia ni ialah natural informavore. Mereka laparkan informasi. Jadi, bila korang jumpa page MLM dengan kata-kata aluan cacat seperti "login facebook dapat 1 juta dollar sehari" korang akan tertarik. Nak-nak pulak bebudak yang baru kenal internet. Memangla akan kena tipu.


LEMBU #3: LEMBU ISLAM PALSU
Ini ialah jenis yang paling bahaya sekali sebab orang Islam lah yang aku tengok paling senang sekali percaya dengan nota-nota merepek dekat Facebook tu. Ada beberapa elemen yang membolehkan orang Islam camni senang percaya dengan nota-nota ni. Untuk bagi faham, nah contoh


untuk mereka yang ada masalah penglihatan aku copy paste ye nota ni..
Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH !!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH !!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan !!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi !!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib !!
SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK ...
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے hidup lebih sihat tanpa merokok =)

kredit: http://www.NurulAmir.com/

Salam Ukhuwah..~
SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA
Lepas baca benda ni aku terus facepalm berkali-kali. Senang sangat orang kita kena tipu. Asalkan ada ayat pasal "Allah", "Muhammad" dengan "Islam", terus je nak percaya. Lagi kuat kepercayaan tu kalau ada perkataan "Yahudi laknat". Seriously, cikgu matematik yang suruh aku senyap masa sekolah rendah dulu sambil buat gaya letak jari dekat bibir tu memang Zionis agaknya, padan la dia berkali-kali tampar muka aku. True story bro.

Lepastu dekat ayat last kebanyakan nota akan ada "share kepada rakan anda jika anda sayangkan Islam". Bagi aku la, yang share ni lah golongan yang tak sayang Islam. Suka sebar fitnah

Lastly,
BAGAIMANA CARA UNTUK TIDAK MENJADI LEMBU
Membaca tu amalan mulia, menuntut ilmu tu satu ibadat, dan setiap ibadat tu pasti ada kebaikannya. Tak salah kalau korang nak membaca as to nak tahu apa yang terjadi di alam sekeliling di samping menambahkan ilmu pengetahuan. Tapi dalam kita membaca ni kita perlu pandai asingkan yang mana betul dan yang mana palsu.

Betul, susah. Tak semua orang ada kemampuan ni dan tak ada sesiapa pun yang tahu pasal semua benda. Manusia ni pulak bila dia dapat tahu sesuatu benda yang baru, dia akan rasa suka dan terus je nak share. No, please dont do this. Sebelum share apa-apa, rujuk pada kawan, rujuk pada ustaz ke atau kawan-kawan yang bijak pandai. 


Kalau terasa info yang diberikan sesuatu bahan bacaan tu meragukan, tak payah share terus lagi senang. Aku dengan baik hatinya telah meng-inbox cik Nurul Amir dalam gambar dengan ayat yang manis tapi end-up aku di-block beliau. Orang yang taknak terima nasihat lantak pi lah tapi jangan sampai kita percaya benda-benda merepek dekat alam maya ni. Dah terlalu banyak berita palsu berkeliaran!

Ulasan

  1. ahahaha, cikgu kau zionis.hahah... well said...

    macm mula2 aku jumpa blog kau pasal upin ipin tu... wweee wit

    BalasPadam
  2. Hahaha.aku sokong gila.sampai naik penuh news feed dengan duk share benda yg merapu2.konon nak sebarkan psl islam tapi agak agak lah.nei men share je

    BalasPadam
  3. lepas tu mohon share, mohon share, mosh, mosh

    BalasPadam
  4. Kahakha..lawak larh aku dengan org kita ni...Tak share teruih muflis...Haha..aku nampak ja spaming mmg aku unfren ja..semak wall...

    Neway..padan muka hg kena block dah..Haha

    BalasPadam
  5. biasanye org yg camni ssh nk terima teguran, sbb tu la ko kene block. Derang rasa derang betul, ditambah plak ngan follower yg ramai.. hopefully one day derang akan buka mata luas2..

    BalasPadam
  6. ileviu lah abang panda. likelikelike, infinity like bout this entry.

    BalasPadam
  7. seksi ape letak jari di bibir. eh.
    hahaaha :p

    p/s: weh, aku rindu baca entry kau! hahaha

    BalasPadam
  8. leleh bui syor asas ke m.zuckerberg minta auto dump salah guna facebook cho serj Facebook abused

    BalasPadam
  9. @che sakinah

    seksi lah sangat lol. bukan stail bebudak emo tgkp gmba ke?

    BalasPadam
  10. mentaliti..macam ko cakap..tak semua orang ada kemampuan nak membezakan yg mana info yg betul, yg mana info yg salah..asal ada berkait dgn agama terus semua terdesak nak share dgn semua org..ilmu katanya..hmm..kadang2 aku kesian dgn yg spesis camni..(-_-")

    BalasPadam
  11. haha aku paling malas nak tekan butang share!so mmg ak xshare lah mende alah macam tu!

    BalasPadam
  12. salah guna konsep Sharing Is Caring lewwteww..

    BalasPadam
  13. pastu kalau berfacebook bukan yahudi gak ke?ada ke orang bukak facebook atau twitter takpun blog start dengan bismillah ke???huhuhuhu...

    BalasPadam
  14. selekeh perangai orang macam tu..
    ramai plak member aku yang frend dengan si lembu tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming