Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Tips Psikologi Berguna Untuk Ramadan

Salam Ramadan ya akhi dan ya ukhti! Pada kali ni ana mahu share beberapa pengetahuan psikologi yang super berguna jayid jiddan supaya ukhti ukhti yang shomel Masha Allah sumua boleh amalkan semasa bulan Ramadan al-Mubarak ni. Insya Allah. Adapun semua fakta-fakta ni adalah berdasarkan kajian psikologi yang melibatkan pengiraan statistik dan diterjemahkan ke dalam konteks Ramadan.  1. TIPS PSIKOLOGI BERBUKA: KITA TAK TAHU BILA NAK KENYANG! Biasanya kita fikir bahawa jumlah makanan yang kita letak dalam pinggan tu ialah berapa tahap kelaparan kita - kalau lapar gila, ambil nasi gunung. Kalau tak lapar sangat, ambil sesuap je nasi. Betul, tapi itu hanya satu faktor. Tahukah antum antunna semua yang saiz pinggan pun mempengaruhi otak kita untuk menentukan berapa banyak kita perlu makan? dalam satu kajian, peserta eksperimen dibahagikan kepada 2 kumpulan: Satu kumpulan makan sup daripada mangkuk yang biasa Satu kumpulan lagi makan sup daripada mangkuk yang disambungkan dengan