Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Adakah Anda Seorang Yang Berotak Kanan atau Kiri?

Masa zaman sekolah dulu, ada tak cikgu korang kata yang korang ni mungkin manusia yang jenis dominan otak kanan ataupun jenis dominan otak kiri? Baru haritu saya terjumpa 1 website yang bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan sama ada korang ni berotak kanan ataupun kiri. Kefahaman umum adalah bahawa orang yang dominan otak kanan adalah lebih artistik manakala yang berotak kiri adalah lebih menggunakan proses logikal dan pengiraan. Betul ke? Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/ Your browser does not support iframes. Dah dapat result? Sebenarnya kajian baru mendapati bahawa penggunaan otak kanan dan kiri ni hanyalah satu mitos dan tidak benar sama sekali. Pengkaji di Utah University dah buat analisis terhadap 1000 orang dan mereka mendapati bahawa manusia menggunakan otak secara sama rata dan tidak dominan pada mana-mana bahagian otak. Biasanya orang c

Psikologi Warna

Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur? Warna apa yang sesuai dipakai apabila pergi untuk interview ataupun temu duga dan warna jenis apa yang sesuai untuk kelas? Soalan-soalan ni biasanya ditanya dan kita tak tahu dari mana untuk mendapatkan info sebegini. Jadi, kali ini saya kumpulkan infografik tentang warna supaya dapat dikongsi untuk mereka yang ingin tahu tentang pemilihan warna dan psikologi manusia Kesan pemilihan warna pada organisasi anda Yang di bawah ni pula ialah kesan warna terhadap minda manusia. Warna apa yang membuatkan orang tenang, marah, atau was-was? Dan sebagai seorang guru dan bakal menjadi ibu bapa satu hari nanti, warna apa yang sesuai untuk kelas pembelajaran? Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur? Harap infografik ni membantu. 

Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental?

Salah faham terhadapan gangguan mental biasanya disebarkan melalui media massa termasuklah internet dan juga filem. Kadang-kadang kita menggunakan sesuatu masalah mental yang serius sebagai deskripsi pada sifat kita walaupun kita tahu ianya tak betul. Sebagai contoh, kita pernah nampak Linda (bukan nama sebenar) yang mengakui bahawa dia mempunyai bipolar disorder hanya kerana dia menyesal dia tukar telefon dia kepada Samsung sedangkan sebelum ni dia merupakan seorang pengguna Iphone Tapi malangnya dia salah. Bipolar Disorder bukanlah perasaan menyesal yang kejap nak atau kejap taknak, atau perasaan was-was. Ia merupakan satu masalah mental yang serius. Dalam masyarakat Malaysia, orang yang menghidap masalah bipolar disorder ni mungkin dilihat sebagai orang gila.  Sebenarnya, bipolar disorder (atau manic-depressive illness) ialah sejenis gangguan pada otak manusia yang menyebabkan pertukaran pada mood, tenaga, dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Sama sepert

Saya Rasa Saya Ada Naluri

Ruangan ni dimulakan atas sebab email-email yang dihantar ke psych.malaysia@gmail.com . Bagi mereka yang hendak bertanyakan soalan yang belum ditulis dalam blog ni, maka saya akan menjawabnya melalui emel seberapa kadar segera yang boleh. Biasanya saya jawab on the spot dan kemudian akan share di segmen Soalan Psikologi Pembaca. Soalan 1: as salam abam panda. sy dpt info tentang abam panda drpd link auta psikolgi : bekaitan kalau mimpikan seseorang.  sy nak bertanya? naluri boleh dipercayai tak ? sebab sy selalu merasakan naluri saya kadang2 betul.  kedua, sy ada sukakan seseorang, tapi selalu merasakan dalam hati saya dan dia berkomunikasi antara satu sama lain. sy cuba tepis tapi selalu je ada. sy takut cuma terbuai dengan perasaan sendiri.tapi naluri saya katakan memang sy dan dia suka dalam diam antara satu sama lain. sy tak berhubung dengan org tu speri chat, msg atau seumpanya atas faktor lain. contoh ; agama tk membenarkan kalau lelaki dan perempuan berhubung kalau takd

Apakah Itu ADHD?

ADHD ( Attention Deficit and Hyperactivity Disorder ) ialah sejenis gangguan psikologi yang sangat banyak dilihat pada kanak-kanak. Gangguan jenis ni bolehlah dikira sebagai agak kerap dalam populasi kanak-kanak dunia berbanding dengan gangguan yang lain seperti child depression, child schizophrenia, dan sebagainya. Kalau di sekolah, simptom ni bukan biasa dilihat di unit Pendidikan Khas sahaja malah kadang-kadang ciri ADHD boleh dilihat dalam kelas pelajar biasa yang tidak berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mengapa bahaya? Sebab jika tidak dikawal sejak kecil maka ia akan berlarutan sehingga dewasa. Mengamuk adalah salah satu simptom ADHD Jadi apabila kita bercakap tentang ADHD, mungkin soalan yang paling kerap ditanya ialah apa ciri-ciri kanak-kanak ADHD ? Biasanya gangguan ni ditunjukkan dalam 3 perkara iaitu tak boleh tumpukan perhatian, masalah mengawal tingkah laku, dan hiperaktif, terlampau aktif tak reti duduk diam. ADHD ada 3 jenis, iaitu jenis hiperaktif-i