Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Kasut Berjari

Dalam setahun yang lepas, masa aku jalan pulang dari universiti sambil mengusha-usha pemandangan Wellington yang cantik, ternampak pula seorang awek ni. Tapi bukan muka atau badan awek tu yang menarik minat aku, sebaliknya sepasang kasut yang beliau tengah pakai. Maka dengan muka tak malunya aku bertanya "Wow, awesome shoes. Where'd you get buy them from?" Lepas tu dia jawab "These? got them from Physio Clinic in Willis Street. They're really comfortable blablabla...." sambil bercakap panjang lebar macam saleswoman. Maka sejak hari tu aku terasa macam nak beli je kasut tu. Tapi angan-angan ni simpan lama sangat sampai terlupa. Hari ni bila lalu dekat Willis Street, terus naik level 9 Majoribanks Building, 57 Willis Street menuju ke Physio Clinic yang awek tahun lepas maksudkan. Maka terus ke kaunter dan cakap nak beli utk casual wear punya kasut yang berjari. Awek kaunter tu pun tunjukkan... Lepas try, terus beli. Kasut yang atas ni beli kt physio c

Rotorua Wet n Wild Rafting Experience

Dua minggu dah start belajar nak bernafas pun punya lah susah. Masalah datang satu-satu. So, bila ada masa sikit barulah terkedek-kedek nak membelek gambar lama, mengingatkan kenangan-kenangan yang boleh buat muka masa tersenyum sekejap walaupun sekejap lagi bila ngadap jadual akan berkerut balik. Rasanya aku belum cerita lagi pasal aku pergi Rotorua New Zealand hari tu kan?