Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

ULANGKAJI ISTILAH ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Antara kerja aku adalah memberikan perkhidmatan sokongan kepada sekolah dalam aspek pengurusan tingkah laku dan emosi murid. Biasanya dokumen yang kita bincangkan adalah Rancangan Pendidikan Individu aka RPI. Bila bercakap pasal RPI, memang kerap juga kita jumpa istilah-istilah seperti peneguhan dan hukuman. Namun begitu, tahun ini aje aku dah jumpa kadar kesalahan sebanyak 100% dalam penggunaan istilah positif dan negatif ni. Tapi tak apa. Mana yang kurang tepat kita ajar sampai pandai sebab definisi yang betul adalah wahana kepada penyelesaian yang tepat dari sumber dalam talian. Gituw. Ya udah mengarutnya mari imbas semula. Reinforcement/peneguhan = apa-apa yang akan menyebabkan tingkahlaku berulang Punishment/hukuman = apa-apa yang menyebabkan tingkahlaku berkurang Positif = yang diberikan. Bukan yang baik. Negatif = yang di"hilang"kan. Bukan yang jahat. ---- Positive reinforcement = sesuatu yang diberikan dan buat tingkahlaku berulang. E.g. anak kemas mainan, kita beri (