Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Apa Orang Fikir Jika Anda Jalan Terlampau Perlahan?

Okay, bertemu lagi kita dalam entri pendek yang mengisahkan tentang sekeping kertas kajian yang memperihalkan tentang psikologi. Ah, dah blog ni pun cerita pasal psikologi takkanlah nak cerita pasal kejuruteraan pula kan? Kertas kajian kali ni datangnya dari Universiti Harvard, iaitu sebuah universiti yang kedudukannya berada di bawah Hogwarts Kajian ni mungkin akan terkena pada batang hidung ramai orang terutamanya pada mereka yang selalu rasakan gaya berjalan mereka menongkah arus perdana. Ada yang jalan terlampau laju dan ada pula yang berjalan terlampau perlahan. Dalam kajian pada tahun 2007 ni, saintis Daniel M. Wegner, Carey K. Morewedge, dan Jesse Preston telah menyiasat tentang keadaan minda manusia melalui pergerakan. Hasil kajian tu menunjukkan bahawa apabila kita melihat orang atau benda yang berjalan pada kelajuan pergerakan manusia normal, maka mereka dianggap sebagai mempunyai fikiran, tetapi apabila barang-barang tu bergerak terlampau laju atau terlampau perlaha

Teknik Manipulasi Psikologi dan Emosi Untuk Memikat

Saya faham orang yang datang ke blog ni majoritinya mereka yang ingin memahami manusia lain melalui pembacaan, yang ingin belajar ilmu yang agak jarang-jarang dibincangkan di tempat lain, dan juga tak kurang yang datang dengan soalan yang perlu dijawab. Bagi mereka yang email saya di sini , minta maaf jika saya tidak membalas disebabkan kesuntukan masa. Apa-apa pun, dalam memahami bagaimana minda manusia berfungsi beserta dengan turutan proses kognitif, kita boleh menggunakan pengetahuan tersebut untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Jadi, pada hari ni, cikgu akan belanja korang semua tentang cara memikat orang dengan menggunakan teknik psikologi. Tapi untuk menuntut ilmu ni, korang kena baca dari awal sampai habis supaya faham tentang cara ni dengan sebetul-betulnya.  Untuk memikat pakwe/makwe/mertua dengan menggunakan psikologi, pertama sekali kita kena faham bagaimana emosi berfungsi.  Menurut kajian psikologi, manusia mempunyai 6 emosi asas yang boleh dijump

Kenapa Pasangan Serasi Muka Seiras?

Saya tak ingat kalau saya pernah menaip tentang hal ni. Seingat saya memang pernah saya ceritakan tentang perihal manusia yang saling mencintai dan mempunyai muka yang sama. Tapi tak ingat pula kalau saya tulis tu di dalam blog ni juga ataupun hanya sekadar di tweet  @psikoologi Anyway, berbalik kepada tajuk, hari ni Cikgu Asfan akan menerangkan serba sedikit tentang pasangan yang mempunyai muka yang sama ataupun seiras tetapi obviously bukan kembar lah. Sebab nanti incest pula. Astaga. Jadi betul ke pasangan yang serasi dan bahagia tu memang mempunyai muka yang sama?   1. AVAILABILITY BIAS Dalam buku teks psikologi moden, hal ini ada dibincangkan dalam topik yang melibatkan kesalahan cara berfikir yang berkait dengan cara kita melihat pada sesuatu fenomena. Kesalahan berfikir tersebut diberikan nama availability bias. Kesalahan pemikiran ni adalah disebabkan kita tak tahu sebab apa yang menyebabkan sesuatu kejadian, dan terus mengambil kira faktor yang ada ketika itu.