Saya faham orang yang datang ke blog ni majoritinya mereka yang ingin memahami manusia lain melalui pembacaan, yang ingin belajar ilmu yang agak jarang-jarang dibincangkan di tempat lain, dan juga tak kurang yang datang dengan soalan yang perlu dijawab. Bagi mereka yang email saya di sini, minta maaf jika saya tidak membalas disebabkan kesuntukan masa.
Apa-apa pun, dalam memahami bagaimana minda manusia berfungsi beserta dengan turutan proses kognitif, kita boleh menggunakan pengetahuan tersebut untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Jadi, pada hari ni, cikgu akan belanja korang semua tentang cara memikat orang dengan menggunakan teknik psikologi. Tapi untuk menuntut ilmu ni, korang kena baca dari awal sampai habis supaya faham tentang cara ni dengan sebetul-betulnya.
Untuk memikat pakwe/makwe/mertua dengan menggunakan psikologi, pertama sekali kita kena faham bagaimana emosi berfungsi.
Menurut kajian psikologi, manusia mempunyai 6 emosi asas yang boleh dijumpai digunapakai oleh apa-apa jenis kaum di mana-mana ceruk dunia. Emosi asas tersebut ialah gembira (happiness), marah (anger) , takut (fear), sedih (sad), terkejut (surprise) dan jijik (disgust) (Ekman, 1992). Tapi macam mana emosi ni dihasilkan sebenarnya?
1. James-Lange Theory
Ini antara teori yang paling bagus pada masa tu yang berupaya menjelaskan kewujudan emosi pada manusia. Teori ni diwujudkan oleh seorang psikologis bernama James Lange dan fisiologis yang bernama Car Lange pada tahun 1880-an. Apa yang korang kena sematkan dalam pemikiran ialah "teori" dalam sains dan psikologi hanya boleh dipanggil sebagai teori apabila ada data dan kajian yang mencukupi untuk menyokong hujah tersebut, sama macam teori relativiti Albert Einstein.
Okay, jadi apa teori ni kata? Secara asasnya mereka mengatakan bahawa kita mentafsirkan emosi melalui perubahan badan apabila munculnya sesuatu yang menyebabkan perubahan fisiologi.
rangsangan luaran--> perubahan fisiologi---->emosi
beruang muncul---> jantung berdegup laju ---> rasa takut
Apabila beruang muncul, jantung kita akan berdegup laju dan kita akan kata "oh jantung aku berdegup laju sebab tu la aku takut". Perubahan fisiologi menyebabkan kemunculan emosi!
Apabila teori ni dipopularkan, diorang pun kena bash kaw-kaw dengan Walter Cannon dan Pihilip Bard pada tahun 1920...
Cannon-Bard Theory (1930s)
Antara perkara yang dua saintis baru ni tak puas hati dalam teori James Lange ialah
- Orang boleh mengalami perubahan fisiologi tanpa ada emosi. Macam orang lari marathon tu, jantung dia berdegup laju tapi adakah dia rasa gembira? sedih? jijik? nanhadooo...
- Perubahan fisiologi biasanya terlampau lambat berbanding emosi. Cuba imagine tengah baca blog ni pada waktu malam lepas tu tiba-tiba terdengar ada pontianak mengilai di luar bilik. Korang akan rasa takut dulu dan kemudian bila menyorok dalam selimut baru la jantung dupdapdupdap. Emosi dulu, baru fisiologi
- Tak semua orang mempunyai perubahan fisiologi yang sama yang akan menyebabkan emosi yang sama. Bila jantung berdegup laju, boleh jadi orang tu gembira, takut, dan marah. Teori James-Lange tak lengkap
Cannon-Bard teori yang diperbaiki pada tahun 1930 mengatakan bahawa emosi muncul sama-sama dengan penghasilan perubahan fisiologi.
Scachter and Singer's Two-Factor Theory (1960)
30 tahun lepas tu, muncul pula teori baru yang mengatakan bahawa emosi bergantung kepada dua perkara iaitu:
- perubahan fisiologi
- pentafsiran terhadap perubahan tersebut
Jadi bila orang mengalami perubahan fisiologi, maka mereka akan mencari sebab mengapa keadaan tersebut terjadi, walaupun secara separa sedar. Nama kepada emosi yang dialami adalah berdasarkan pada situasi yang difahami mereka
Contohnya, jika Puan Ros berasa jantungnya berdegup dengan kencang seperti kenderaan mau perang, maka dia akan mentafsirkan bahawa dia berasa cinta kepada Encik Naj. Manakala, orang bawahan Encik Naj yang berada dalam sesi demonstrasi pula berasa jantung mereka berdegup dengan kencang ketika itu lalu mentafsirkan bahawa mereka sedang marah ketika itu.
-------------------------------------------------
Sebenarnya ada banyak teori lain tapi untuk objektif kita dalam artikel kali ini iaitu cara untuk memanipulasi psikologi supaya orang "jatuh cinta" dengan kita, teori yang paling sesuai dan yang paling mutakhir iaitu Scachter-Singer 2 Factor Theory mestilah diulas.
Melalui penerangan teori yang ini, kita boleh simpulkan bahawa emosi merupakan sesuatu yang subjektif dan berubah-ubah antara individu mengikut kefahaman konteks masing-masing. Sebab tu masa demonstrasi, akan ada seorang tu kang rally atau penaik semangat yang cuba menanamkan konteks kebencian sebab dia tahu yang peserta demonstrasi tu sudah berdegup laju jantung mereka. Apa yang tinggal hanyalah untuk memberikan konteks kebencian untuk mereka berasa emosi "marah". Power kan teknik mereka?
Baiklah, jadi macam mana cara untuk kita memikat orang yang kita suka dengan menggunakan teknik psikologi ni?
Langkah-langkahnya hanyalah ada dua,sama seperti teknik demonstrasi yang menggunakan model emosi Scachter-Singer iaitu dengan menggunakan
- Perubahan fisiologi; dan juga
- Konteks pentafsiran emosi
Aduh tak faham juga? Nak mengorat orang pun kena abang eja juga satu-satu ke haha. Okay macam ni. Dulu zaman abang muda-muda dulu, ramai tanya nak tengok movie jenis apa kalau pergi dating. Movie yang paling power kalau nak mengorat ialah movie seram. Diulangi, movie seram dan kalau boleh, ambil yang Thailand mari sebab diorang la paling power kalau buat cerita hantu.
Kenapa movie seram? Sebab untuk mencapai langkah pertama iaitu untuk buatkan dia ada perubahan fisiologi: jantung berdegup laju. Lagi seram, lagi laju, lagi bagus. Tapi kau agak-agak je lah jangan letak tangan di dada dia pula nak rasa degupan jantung. Tunggu kahwin dik
Actually, of course la dia akan tafsirkan degupan jantung tu sebagai perasaan takut tapi perubahan fisiologi tu akan berlanjutan - sejenis fenomena psikologi yang dipanggil sebagai residual emotion. Langkah kedua ialah untuk korang gabungkan perubahan fisiologi tu dengan benda-benda yang boleh buatkan orang jatuh cinta macam buat lawak ke, belanja DVD Korea ke. Aduh, yang ni tak boleh ajar lebih sangat nanti disalahgunakan.
Kesimpulannya, hanya buat jantung dia berdegup kencang, dan jadi sweet sahaja dah ada peluang cerah untuk kau pikat orang. Itulah dia teknik manipulasi emosi untuk pikat orang. Tapi kalau tak reti jadi sweet, abang nasihatkan kau bela kucing banyak-banyak sebagai peneman hidup.
Sama juga kalau nak baut orang tu benci kita. Naikkan degupan jantung dia dan buat perkara yang dia benci. Maka dia akan tafsirkan emosi ketika itu sebagai "marah" dan "benci". Menarik kan bila kita kita tahu macam mana nak memanipulasikan emosi orang?
Eleh abang cakap ye-ye je. Apa bukti benda ni berhasil?
Dik, abang kalau tak baca jurnal psikologi berjela-jela, abang tak berani nak cerita kat orang (padahal baru baca lagi sekali semalam). Sebenarnya dalam jurnal tu takde la tulis pasal teknik mengorat tapi abang ada teringat satu kajian yang menggunakan teknik ni. Pada tahun 1974, Dutton & Aron telah membuat satu kajian di mana mereka sengaja membuatkan lelaki yang melalui jambatan gantung bercakap dengan seorang promoter perempuan yang bertanyakan soalan. Mereka membandingkan promoter di jambatan gantung, dengan promoter di tempat selamat, yang mana satukah akan dapat banyak halo-halo daripada lelaki-lelaki tu sebab zaman tu masih belum ada Wechat. Hasilnya, tentulah di jambatan gantung yang dapat skor banyak.
Donald G. Dutton & Arthur P. Aron (1974). Some Evidence of Heightened Sexual Attractions Under Conditions of High Anxiety. Journal of Personality and Social Psychology. University of British Columbia. [baca]
Dalam satu kajian mutakhir yang lain pula yang diterbitkan dalam website ScienceDaily, penulis menceritakan pulak tentang proses 'cinta' yang muncul selepas gelak ketawa. Apa yang mereka bincangkan di situ ialah tentang kepentingan gelak ketawa untuk membuat perubahan fisiologi dan kesannya terhadap perasaan cinta.
Laughter, then Love: Study Explores why Humour is Important in Romantic Attraction. [baca]
Baiklah, abang pun dah penat menaip dan membaca selama berjam-jam. Jika ada topik yang hendak dikupas, bolehlah meletakkan soalan anda di bahagian komen di bawah. Sekain, terima kasih kerana membaca.
Sebelum abang lupa, abang nak umumkan yang abang sedang menulis sebuah buku atau mungkin hanyalah zine yang berasaskan psikologi yang sudah tentu sekali disokong dengan fakta-fakta dan kajian psikologi yang sedia ada. Jika anda terasa bahawa blog abang menarik dan ingin memilik buku tersebut yang isinya tidak akan ditulis dalam blog ni, sila hubungi abang melalui whatsapp di 0197039495 atau emelkan pada psych.malaysia@gmail.com
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming