Asssalamualaikum semua. Ha lama betul aku tak kemaskini blog ni disebabkan tuntutan kerja dan peribadi yang tinggi. Sangat sibuk sekarang ni walaupun keadaan tak berapa mengizinkan untuk buat program bersemuka. Tapi disebabkan adanya program dalam talian maka kesibukan tu jadi bertambah. Tapi tak apalah, selagi kita boleh tolong orang, kita tolong. Dibayar gaji pulak tu huhu Semalam aku ada nampak satu perbincangan pasal homeschooling di mana ada segelintir mak bapak yang memilih untuk tak hantar anak ke sekolah. Tak kisahlah sekolah kerajaan ke swasta ke mereka tak nak hantar. Mungkin disebabkan situasi endemik COVID-19 kita yang entahlah bila nak selesai ni. Moga varian yang akan datang menjadikan kesan jangkitan tak signifikan. Amin. Jadi, persoalannya, boleh ke anak kita tak payah hantar ke sekolah dan buat homeschooling sahaja? Hal ni agak kompleks kalau kita nak jawab boleh ataupun tidak begitu sahaja sebab dalam apa jua keadaan pun, ada perbincangan yang panjang leba...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa