Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Header Sokongan Harimau Malaya Untuk Blogger

Okay short update. Aku dah 20 minit buat benda ni je so aku tak nak spend lagi banyak masa untuk tulis entri post. Korang tau kan malam ni skuad negara menentang Singapura dekat Stadium Nasional Bukit Jalil kan? Malam ni confirm timeline twitter sesak lagi Dari 20 minit lepas aku cuba buat ehader yang lawa kononnya untuk support game malam ni. Walaupun tak dapat menghadirkan diri di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi entah aku rasa puas hati kalau dapat letak header blog sokong Harimau Malaya. Benda least aku boleh buat kot dalam menyampaikan hasrat untuk menyokong skuad negara walaupun match bola lain aku haram tak tengok. Anyway, aku ada save file yang belum bertulis nama blog aku untuk korang edit, dan buat header sekali. Setakat letak nama blog sendiri bukan susah pun. Ada dua versi, versi file PSD untuk photoshop, dan JPEG untuk orang yang nak guna Photoscape

Pak Pandir Facebook Mendapat Iphone Percuma

Menjelang raya lah sangat walhal puasa pun belum masuk apekes la manusia kat Malaysia ni. Apesal aku kata Malaysia? sebabnya aku takde member pak Arab so aku tak tahu diorang suka celebrate bulan yang mana. Dengar cerita diorang merindui bulan Ramadhan sangat-sangat. Aku rasa aku tahu sebabnya tapi disebabkan malas nak bertanya sekarang ni, aku suggest korang tanya kawan-kawan yang tahu Dah lama aku tak menyerang di slot Kajian Kes Facebook kan? Dah episod 37 dah pun.. Berbalik kepada puasa dan raya, mesti para bapak di luar sana memikirkan macamana nak balik menghadap bini dengan muncung tahap boleh sangkut baju sebab si bapak takde duit nak beli langsir baru, kereta baru, sofa baru, TV Plasma. Baju baru, itu baru, ini baru, Johor Baharu.. Si ibu pulak disebabkan nak mendapatkan wang lebih, maka bersengkang mata mencari lobang-lobang yang boleh membuatkan duit dengan pantas dan lumayan. Ini tidak termasuk menurun nombor ekor atau mengangkung kerana hantu setan semua kena ikat.

Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism AUTISM TU APA ABAM PANDA? Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan. Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang

Main Salji di Mt Ruapehu New Zealand

Okay kalau semalam aku dah bagi tengok 1 gambar masa atas gunung salji maka hari ni aku nak bagi full story pulak. Seawal 6 pagi kami dah bangun untuk breakfast dan kemas-kemas untuk check out daripada tempat kitorang tidur malam sebelumnya sebab pagi tu kitorang memang dah plan nak pergi main salji Rasanya memang takde siapa yang dibenarkan drive naik ke atas gunung tu. Entahlah aku tak tahu tapi kalau nak gerak naik dari town Ohakune ni, korang kena sewa shuttle. $25 untuk perjalanan pergi dan balik kalau ikut Matai Shuttle Service.

#WW Wordless Wednesday Iklan Syampu Salji

Full story esok ...

Pengalaman Disumbat ke Lokap New Zealand

Ok guys macam yang korang boleh nampak dekat status Facebook aku, aku semalam dah bertolak ke Okahupune, North Island New Zealand untuk pergi main salji dekat Mount Ruapehu. Ini adalah disebabkan aku bosan nak mampus duduk tak buat apa apa dekat Wellington City sedangkan orang lain pergi bercuti ke South Island Maka kami pun menyewa kereta di Ace Rentals lalu bermula lah perjalanan kami yang sepanjang lebih 200km. Lagi kira-kira sejam nak sampai sambil membawa pada halaju 116km, masa turun bukit kami terserempak dengan sebuah kereta polis. Menyedari yang kami dah overlimit 100km/j maka dengan rela hati aku berhentikan kereta