Main Salji di Mt Ruapehu New Zealand

Okay kalau semalam aku dah bagi tengok 1 gambar masa atas gunung salji maka hari ni aku nak bagi full story pulak. Seawal 6 pagi kami dah bangun untuk breakfast dan kemas-kemas untuk check out daripada tempat kitorang tidur malam sebelumnya sebab pagi tu kitorang memang dah plan nak pergi main salji


Rasanya memang takde siapa yang dibenarkan drive naik ke atas gunung tu. Entahlah aku tak tahu tapi kalau nak gerak naik dari town Ohakune ni, korang kena sewa shuttle. $25 untuk perjalanan pergi dan balik kalau ikut Matai Shuttle Service.

Perjalanan mengambil masa setengah jam je. Sampai dekat atas korang kena pulak beli tiket naik chairlift. Lebih kurang $17 rasanya. Dan sila ambil nasihat aku: jangan sewa seluar kalis angin ke whatever sebab  aku pakai jeans je tak rasa sejuk pun. Tapi sila sewa boots sebab akan basah kasut korang kalau tak pakai boots.




Dalam gambar tu aku duduk sebelah kanan. Lebih kurang macam kereta kabel Genting la benda ni cumanya lebih bebas untuk korang bunuh diri sebab kalau korang tengok gambar atas ni, yang berwarna coklat tu ialah batu. Kalau jatuh, paling koman pun koma selama berminggu-minggu

Kitorang pilih untuk naik sahaja atas tu dan tak main ski atau snowboarding sebab kitorang memang tengah rushing. Naik atas tu semata-mata untuk main salji. Masa naik chairlift tu, aku nampak rahsia tentera New Zealand. Diorang letak missile launcher diorang atas gunung ni. Serius!


Okay tipu. Aku tak tau apebenda tu tapi rasanya spotlight je pun..

Bila sampai atas tu, nak buat apa la lagi selain tangkap gambar kan? Kalau ada papan luncur boleh la jugak main. Mula-mula ingat nak sewa tapi disebabkan kitorang tak cukup masa maka naik atas tu main salji dan tangkap gambar je lah. So, apa yang ada kat atas tu?
#1. PANDA TERBANG
ohakune town mt ruapehu

Dalam gambar dari kiri: Melissa, Addy, Izzy, dan Panda Terbang
#2. GADIS SALJI

#3 PEMANDANGAN KAWASAN ICE-SKATING

Tengok awan tu oi! Seronok tengok keindahan ciptaan Allah SWT. Dan akhir sekali, ada...

#4. PANDA ILLUMINATI

LOL. 
Lepas sejam melompat-lompat sambil main baling-baling salji kat atas tu, kami pun memulakan perjalanan balik ke Wellington City. Tapi ada singgah dekat tempat lain. Esok-esok aku cerita ye. Kalau nak tengok gambar lain. KLIK SINI

Ulasan

  1. aku tengok gambor2 pun dah boleh rasa sejuk sampai mesia apekehal nye tah. hahaha

    BalasPadam
  2. indah.nyaman.bumi ciptaan tuhan.
    =)

    BalasPadam
  3. aku,
    kalau panda pergi mana mana,
    & tangkap gambar comel comel.mesty jeles.hAHA

    BalasPadam
  4. Ya Allah bestnya bestnya bestnya bestnya..tingtong sekejap.***

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html

    BalasPadam
  5. waa cntiknye view..ble nk cmpi sne ni..InsyaAllah..kui2..

    BalasPadam
  6. best giler.. ni yg buat aku jeles nih, plg jauh aku penah pegi vietnam jek, kesian aku.. :(

    BalasPadam
  7. hahahhahhah.panda iluminati tu memang takleh bla.

    BalasPadam
  8. hoho kak izdihar yg gorgeous :D

    BalasPadam
  9. nice view..mcm dlm vdeo clip westlife hikhik

    BalasPadam
  10. aku sebenarnya mnyampah tengok gambar last tuh. haha. yelahh2. aku ngaku, aku jeless. :p

    nnti balik mesia, nak gift from wellington okayy. befday aku pun dh nk sampai ni! ^^

    Please lah, boys and girls!

    BalasPadam
  11. kalau dapat tangkap sembelih panda ni mesti best. kurang sikit pasal iluminiti kot. haha

    memang best dapat main real ice skating kan, bro :)

    BalasPadam
  12. haha..musuh ketatku selain ujang dlm perebutan header terbaik..:)

    BalasPadam
  13. kau nie mesti hensemkan.. kahkahkah

    BalasPadam
  14. Seronoknya dapat main salji...teringin nak main saljilah...

    BalasPadam
  15. wah...bestnye...bilalah dapat gi oversea...hurmmm...

    BalasPadam
  16. gambar last tu bukan Panda Gaga ke wei?


    aku dengar citer, panda terbang ni dah nak pupus, kalau dapat amik bulu dia sikit pun harga dah cecah 3, 4 juta.. sama macam harga cicak tokek.

    ko ade cabut bulu dia sikit tak wei?

    BalasPadam
  17. eh sape yg cute tu?nak kenal plssss.yang pakai snow cap pink tuewwww ;pp

    BalasPadam
  18. one word : JEALOUS !!!!


    more than one word : best siot tgk gmbr kau ni.seyes aku gelak tgk gmbo ko terbang.haha.sure ni slh satu gmbo slm perantauan taun ni ye dak?>_<

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming