Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Disumbat ke Lokap New Zealand

Ok guys macam yang korang boleh nampak dekat status Facebook aku, aku semalam dah bertolak ke Okahupune, North Island New Zealand untuk pergi main salji dekat Mount Ruapehu. Ini adalah disebabkan aku bosan nak mampus duduk tak buat apa apa dekat Wellington City sedangkan orang lain pergi bercuti ke South Island

wellington to mt ruapheu nz map

Maka kami pun menyewa kereta di Ace Rentals lalu bermula lah perjalanan kami yang sepanjang lebih 200km. Lagi kira-kira sejam nak sampai sambil membawa pada halaju 116km, masa turun bukit kami terserempak dengan sebuah kereta polis. Menyedari yang kami dah overlimit 100km/j maka dengan rela hati aku berhentikan kereta


Aku memang ada terfikir nak lari je time tu tapi apakan daya, kereta polis NZ sangat hi tech caharam. Kereta dia sebijik yang macam dalam cerita Transformers tu dan kami pulak naik kereta Nissan tahun berapa entah.


Officer pun keluar lalu mintak lesen. Aku pun menggelabah ayam la sebab aku takde lesen memandu baik NZ mahupun Malaysia. Sumpah, tak percaya baca sini. Maka idea jahat aku pun datang dan keluarlah dialog yang telah ditranslasikan ke Bahasa Malaysia seperti dibawah. Awas ini ialah jenayah dan anda tidak dibenarkan meniru aksi ini.
Officer: Boleh saya tengok lesen awak?
Aku: Um sebenarnya tuan, saya takde lesen. Lesen saya ada dalam Mykad ni. Negara saya guna blablabla...
Officer: Okay bagi saya kad tu dan saya nak salin butir-butir peribadi awak
Maka dia pun ambik lesen aku dan salin alamat apa semua. Benda yang dia tak faham seperti nama keluarga dan sebagainya dia tanya aku. Lepas tu dia suruh tunggu dalam kereta sementara dia check pengenalan aku. Kami berempat pun tunggu dengan berdebar-debar macam nak mati. Nasib baik kena tahan dengan polis sebelum mati akibat overspeed. Lepas 15 minit officer tu keluar dan dialog di bawah terjadi.
Officer: Saya ada berita baik dan berita buruk. Awak nak yang mana satu?
Aku: Er... berita baik dulu
Officer: Berita baik ialah kami tak jumpa sebarang rekod jenayah dalam ID awak dan tak pernah ada satu saman pun sebelum ni, dan juga tiada saman tertunggak. Maka awak okey tapi berita buruknya ialah awak tak ada lesen. Dalam MyKad ni tunjuk lesen penuh motor sahaja. Maaf, saya terpaksa tahan awak semua di balai untuk siasatan lanjut
Disebabkan kami semua ada 4 orang, maka terpaksa la dalam kereta yang sama, kami follow kereta polis tu ke balai polis Hunterville. Disitu kami tak masuk lokap tapi kena tunggu dalam ofis sambil disoal siasat. Masa tu lah jugak aku tweet yang aku ada dalam lokap . Btw, sini takkan makan rasuah.

Selepas 5 jam merayu dan setelah diberi jaminan oleh pegawai pendidikan Malaysia di New Zealand yang kami ni okay, maka polis tu lepaskan jugak kami dengan memberikan surat cinta yang penuh bermakna. Surat cinta versi apa pun, kalau ditulis dengan betul, memang boleh buat air mata keluar

surat saman jalan raya pelajar new zealand

Maka kami meneruskan perjalanan dan terus tidur di backpackers (motel) yang kami dah buat tempahan awal-awal. Merasa la jugak kena saman, dan kena tangkap dengan polis New Zealand.

P/S: Dalam cerita di atas, 50% ialah tipu dan auta semata-mata. Pandai-pandailah korang nak extract yang mana satu. Takkan aku nak bukak pekung terus kot? Kalau kentut pun kena lepas pelan-pelan dalam kereta, Jangan bagi orang perasan yang driver kentut haha.

Ulasan

  1. LOL..aku pun perah gak kena tahan tapi tak la sampai masuk lokap.hahaha.yang ko ni tak ada lesen ape kes?lesen malaysia pun ko blm ambik ke? =_= btw, hensem tak polis tu?kekekeke

    BalasPadam
  2. separuh dr cerita adalah penipuan, tp layan je la sbb jln cerita tu best..haha..

    BalasPadam
  3. sama la..ak pon xde lesen lg..

    jap, dr Mykad le tgok ada lesen ke x? haha..ak xtaw pon

    Blog rasmi : ini jacksky.punya! Blog

    BalasPadam
  4. tang mana ye tipunye.. aku rasa,org takde lesen takde la kene tahan kat balai 5 jam kan, atau pun takde pegawai pelajaran newzealand kol balai kot...

    aaarghhh malas la nak trace mana yg tipu... baca je boleh kan...

    ehh lesen malaysia boleh guna eh kat NZ?

    BalasPadam
  5. mcm semua betul jee..tp2...ada mcm xlogik pon ada...err..pandai ko buat "karangan" yg best..kalau tulis novel mesti meletup...hehehe..

    BalasPadam
  6. demi abg panda, sy percaya bulat2 je citer ni... muaahaahahahhahahaha...

    BalasPadam
  7. time baca ni,aku igtkn polis tu nak akses data sampai JPN n JPJ malaysia.nak check kesohehan kau maklumat pemanduan kau.nasib baik la tak.kalau tak,memanggg habis laa.hahaha

    BalasPadam
  8. adoi laaa... ok la jugak ko merasa dok lokap atas kesalahan memandu. at least ada la jugak salahnye.

    aku dok lokap dulu buta2 je. siap kene tuduh curi ic kakak. celah mana mak aku beranakkan kakak untuk aku, aku pon tatau laa...

    celahanat btol la... wat malu aku je. ayah aku pon tak larat nak gelak pasal polis tu ingat dia subahat saja nak bagi aku lepas. siap kazen aku kene datang sahkan baru lepas.

    hearghhhh!!!! kalo tak kerana harga nak hired peguam tu mahal... dah lama aku saman malu kat pdrm. siyes.

    BalasPadam
  9. aku rasa surat cinta tu pon macam tipu ar...wawa

    BalasPadam
  10. ohh auta, tahniah klau betul dpt surat cinta..tu surat saman

    BalasPadam
  11. Berderau gak ekk kene tahan kt negara orang!

    16KM/H jer terlebih. Mendapat kau surat cinta 120 yg penuh bernilai tu!

    BalasPadam
  12. kalau ko tak cakap yg 50% adalah auta memang aku percaya bulat2 yg cerita ko ni 100% betul..siannye kat aku..betul bendul sungguh..huhuhu..

    BalasPadam
  13. yg tipu2 tu hanya penyedap cerita ja.. heheh..
    lepak opis je ke? kalo x, boleh aku cop ko bekas banduan.. heheh..

    BalasPadam
  14. hahaha.. sabar je r.
    xpe2.. atleast ade gak pngalaman ko mase ko kt sana. boleh cite kat anak cucu mase tua nant. haha :D

    BalasPadam
  15. Wah..bestnya jalan cerita nie!!
    macam citer dalam filem lak..mati2 aku fikir semuanya citer betul..btw, best jugak kena tahan dengan abang polis!! hehehehhe....
    KO TAKDE LESEN? biau betul...Hurm..

    BalasPadam
  16. sowrie erk..
    aku pown sama takde lesen gak! Takde masa nak amek sgt..
    lagipown kbnykan dak2 semenanjung kan majoriti ada lesen semuanya n pandai drive..Klu kat Sabah mana ada mak bapak support amek lesen..Amek guna duit sendiri lew..HIhhihi...lagipown, ayah aku cakap takyah nak amek lesen dulu..blajau dulu..Sedeynya, aku je takde lesen dekat kampus..hihihi..

    BalasPadam
  17. @AiSyah haSanah

    xpernah pulak aku dengar undang2 orang semenanjung mak bapak support ambik lesen hahhaa. aku takde ah

    kalau baca link aku bg tu, aku busy sepanjang masa,.

    BalasPadam
  18. merasa gak ko ye.. ahahaha.. hebat2.. kat NZ lak tu,

    ye2 je ko ni, balik m'sia amek le lesen...

    BalasPadam
  19. yang tipunya, boleh pulak dia tahu kau ada lesen penuh full je dari mykad kau tu?

    BalasPadam
  20. laaaa..part mana yg nipunye...sumpah ku pcaya...btw..kau betul2 ke kena saman..? aku pon dh cuak dh ni...

    BalasPadam
  21. kalau aku bagitau sini macam bukak pekung pulak. :P

    BalasPadam
  22. hahaha..eh kenangan lokap indah.
    ko tipu tapi aku bace sampai habes~ aduhh

    BalasPadam
  23. pan ni mmg xde lesen lg.x smpat abis.ko ni ngarut2 la pan....klau la mak tau....tp xpe along xkan ckp dgn mak.pndai2 jg diri dh la.he he

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...