Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Schizophreniform - Gangguan Mental

Dalam artikel yang terdahulu, saya telah menulis tentang skizofrenia dan skizofrenia kanak-kanak . Dalam diagnosis masalah mental, terdapat juga sejenis gangguan yang dinamakan schizophreniform / skizofrenifom*  . Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit schizophreniform adalah sama sahaja dengan skizofrenia di mana para pesakit mesti mengalami: 1. Delusi 2. Halusinasi 3. Tutur kata tidak teratur ( disorganized speech ). Pesakit mestilah mengalami salah satu atau lebih daripada simptom 1-3; 4. Pelakuan katatonik ( catatonic behaviour ). 5. Ketiadaan emosi ( flat effect ) Jika diperhatikan, simptom antara gangguan skizofreniform dengan skizofrenia adalah 100% sama melainkan pada satu aspek iaitu tempoh gangguan terjadi. Jika untuk skizofrenia simptom mestilah melebihi 6 bulan, skizofreniform pula menunjukkan simpton dialami pesakit dalam tempoh masa kurang daripada 6 bulan. RAWATAN: 1. UBATAN Setelah disahkan oleh pakar bertauliah e.g psikiatri bahawa seseorang itu