Dalam artikel yang terdahulu, saya telah menulis tentang skizofrenia dan skizofrenia kanak-kanak. Dalam diagnosis masalah mental, terdapat juga sejenis gangguan yang dinamakan schizophreniform / skizofrenifom* . Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit schizophreniform adalah sama sahaja dengan skizofrenia di mana para pesakit mesti mengalami:
1. Delusi
2. Halusinasi
3. Tutur kata tidak teratur (disorganized speech).
Pesakit mestilah mengalami salah satu atau lebih daripada simptom 1-3;
4. Pelakuan katatonik (catatonic behaviour).
5. Ketiadaan emosi (flat effect)
Jika diperhatikan, simptom antara gangguan skizofreniform dengan skizofrenia adalah 100% sama melainkan pada satu aspek iaitu tempoh gangguan terjadi. Jika untuk skizofrenia simptom mestilah melebihi 6 bulan, skizofreniform pula menunjukkan simpton dialami pesakit dalam tempoh masa kurang daripada 6 bulan.
RAWATAN:
1. UBATAN
Setelah disahkan oleh pakar bertauliah e.g psikiatri bahawa seseorang itu menghidapi gangguan skizofreniform, maka rawatan dan terapi tertentu akan dicadangkan dan dijalankan. Antara rawatan yang ada termasuklah pemberian ubat antipsikotik, di mana rawatan jenis ini boleh mengurangkan simptom sebanyak 60% selepas 1 tahun walaupun pesakit tidak lagi menggunakan ubat tersebut (Kahn et al., 2008).
2. PSIKOTERAPI
Artikel kali ini ditulis sebagai rujukan umum dan bukan untuk diagnosis sendiri. Jika anda risau diri sendiri ataupun orang yang anda kenal menghidapi gangguan skizofreniform, sila rujuk kepada ahli yang bertauliah.
RUJUKAN:
Medina, J. (2016). Schizophreniform Disorder Symptoms. Psych Central. Retrieved on March 3, 2017, from https://psychcentral.com/disorders/schizophreniform-disorder-symptoms/

Kahn, R.S., Flesichhacker, W. W., Boter, H., Davidson, M., Vergouwe, Y., Keet, I. P. M., Gheorge, M. D., Rybakowski, J. K., Galderisi, S., Libiger, J., Hummer, M., Dollfus, S., Lopez-Ibor, J. J., Hranov, L. G., Gaebel, W., Peuskens, J., Lindefors, N., Riecher-Rossler, A., & Grobbee, D. E. (2008). Effectiveness of antipsychotic drugs in first-episode schizophrenia and schizphreniform disorder: an open randomised clinical trial. The Lancet, 371, p. 1085-1049.
Ulasan
Catat Ulasan
Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming