Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Kawasan Perlindungan Koala Lone Pine Australia

Dua minggu lepas adalah cuti trimester untuk pelajar VUW, dan disebabkan awal tahun dulu kami ada beli tiket flight pergi-balik yang agak murah ke Brisbane Australia daripada website Air New Zealand , Hari kedua disana, selepas usha-usha brochure di tempat kami tidur, ternampaklah gambar koala bear yang comel. Bayaran masuk ialah AUD28 kalau korang book dari backpackers. AUD33 kalau beli di tempat kejadian. Gambar kat atas ni masa koala bear tu terjatuh dari pokok. Siapa entah pernah bagitahu aku kalau koala turun dari pokok dia mati. Kepala lutut dia lah. Elok je dia panjat balik. Cuba tengok video bawah ni. Tapi yang paling best sebenarnya bila berpeluang tangkap gambar dengan adik-adik koala. Di sana ada servis fotografi, dan sebelum beratur tangkap gambar, korang kena beli dulu tiket dia. seingat aku dalam AUD15 untuk sekeping gambar dan AUD39 untuk combo 3 gambar . Bukan tangkap gambar bodoh je wei, dia bagi kau print besar pulak lagi. Duit daripada situ dia guna untuk m

Okareka Estate Experience New Zealand (2)

Aku kena limit di twitter dan aku sedang kebosanan. Jadi, izinkan aku update blog barang semuka dua. Jadi, ayuh sambung cerita yang belum berkesudahan sejak sebulan yang lepas Naik Kuda Okareka Rotorua New Zealand 1  . Alkisahnya selepas lunch, pakcik tu bawa pulak kami naik bot dia. Pakcik tu je seksi, kami okay je pakai T-shirt. Sebenarnya dia nak bawak kami pergi ke pulau yang ada kolam air panas semulajadi. Satu fakta pasal New Zealand ialah, negara ni ada dalam lingkaran Api Pasifik so banyak tempat yang ada benda berkaitan dengan lingkaran tu. Kalau tak tidur masa kelas Geografi dulu, awak tahu lah. Masa dalam perjalanan juga, pakcik tu bagi kitorang can untuk steer bot tu. Macam bawak kereta je lebih kurang. Cuma "kereta" yang kami bawak ni atas air. Okay tak lawak.