Langkau ke kandungan utama

Okareka Estate Experience New Zealand (2)

Aku kena limit di twitter dan aku sedang kebosanan. Jadi, izinkan aku update blog barang semuka dua. Jadi, ayuh sambung cerita yang belum berkesudahan sejak sebulan yang lepas Naik Kuda Okareka Rotorua New Zealand 1 . Alkisahnya selepas lunch, pakcik tu bawa pulak kami naik bot dia.


Pakcik tu je seksi, kami okay je pakai T-shirt. Sebenarnya dia nak bawak kami pergi ke pulau yang ada kolam air panas semulajadi. Satu fakta pasal New Zealand ialah, negara ni ada dalam lingkaran Api Pasifik so banyak tempat yang ada benda berkaitan dengan lingkaran tu. Kalau tak tidur masa kelas Geografi dulu, awak tahu lah.

Masa dalam perjalanan juga, pakcik tu bagi kitorang can untuk steer bot tu. Macam bawak kereta je lebih kurang. Cuma "kereta" yang kami bawak ni atas air. Okay tak lawak.



Dan selepas lebih kurang setengah jam perjalanan atas bot, kami pun sampai ke pulau yang pakcik tu nak bawak kami. Kalau tetiba dia jadi pembunuh bersiri ke kat situ memang kami dah arwah sebab takde sesiapa kat situ.


Okay penjelasan untuk gambar di atas. Sebab kami pergi bercuti hari tu dah hujung musim Summer, maka ada hari yang sejuk sikit. Sebab tu ada yang berpeluk tubuh. Malangnya, air di sekeliling pulau tu adalah sangat panas. Bayangkan korang rebus telur. Macam tu la panasnya air dia. Kitorang jalan pun setakat mampu je. Jangan mandi di sini kalau sayangkan nyawa.


Sebenarnya kolam air panas natural tu di pulau lain. Yang ni selamat nak mandi. Rasa macam duduk dalam sauna. Batu dalam kolam tu pun sedap dipegang sebab dia panas-panas sikit. Nota penting disini ialah korang boleh mandi tapi jangan biarkan bahagian kepala korang dimasuki air (mata, telinga, dan hidung) sebab ada risiko meningitis, iaitu jangkitan pada lapisan membrane luar otak. Baca disini 

Kalau tak silap aku, sejam lebih jugak kitorang lepak situ sebab teruja. Kat mana lagi nak carik kolam air panas semulajadi yang letaknya dalam hutan? Dulu masa kecik aku penah pegi yang kat Selayang tu tapi masa tu baru bukak lagi jadi pandang jalanraya je la.

Korang mesti tertanya-tanya, untuk trip 1 hari ni siap naik kuda, kayak, naik bot, lunch, sorang kena bayar berapa? Kitorang mula-mula tak percaya tapi lepas confirmkan dengan owner estate tu, sorang hanya bayar NZD 67 (RM 168) dengan diskaun. Kalau tak diskaun pun, harga dia NZD80 juga tak banyak beza. Kalau korang nak datang Rotorua New Zealand, check BOOKME.CO.NZ untuk tengok aktiviti yang ada deals. Okay bye.

Ulasan

  1. dahla murah, best pulak tu

    Selamat berpuasa abam Panda...semoga Ramadahan tahun ini memberi keberkatan Insya Allah

    BalasPadam
  2. @norinaomar TQ! Ya Allah lupa nak wish puasa sebab mainstream sangat lol

    Kepada yang lain, selamat menjalani ibadah berpuasa!

    BalasPadam
  3. bila nak dpt jejak nz ni~~~~

    slmt gunakan masa yg ade teroka negara org b4 blik mesia!

    BalasPadam
  4. nampak awesome sbb satu natural satu lg boleh tahan juga rate dia.not bad.apesal ak x penah tahu menahu pun pasai ni?wuwuwuuww

    tp sayang, ak lg 4 buln nk balik.sobs.

    selamat berpuasa bos!:D

    BalasPadam
  5. bestnya pandaaaa :) puas kau jenjalan en.. Selamat berpuasa jugak!

    BalasPadam
  6. weh weh! seriusss aku jelly dengan hampa hampa semua kat niuzilen sana tu! best gila trip murah camtuuu. zzzzzz..

    oit,dedengar kabor deactivate twitter. bakpenye weh? tak meriah tahu? hahaha. k bai pepanda. selamat pose! :D

    BalasPadam
  7. @Fatin Aliyya tak tanye expert cane nak tahu.

    selamat berpuasa juga

    BalasPadam
  8. @LynnAiza puasa twitter sebulan ni. Takdela aku mengamuk tak tentu pasal lol

    BalasPadam
  9. wahh dah kembali berblogging. bestnyaa nzzz....murah betul india pun tak semurah ni

    BalasPadam
  10. saya nak naik kuda, nak naik kuda dengan makwe. agak2 kat mont kiara tu boleh naik kuda tanpa tuan kuda pegang tali tak panda?

    BalasPadam
  11. @zulfikar hazri mont Kiara xtau le tp kami naik mmg xde kena ikat2

    BalasPadam
  12. Wahhh...percutian yang berbaloi-baloi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...