Langkau ke kandungan utama

Kawasan Perlindungan Koala Lone Pine Australia

Dua minggu lepas adalah cuti trimester untuk pelajar VUW, dan disebabkan awal tahun dulu kami ada beli tiket flight pergi-balik yang agak murah ke Brisbane Australia daripada website Air New Zealand, Hari kedua disana, selepas usha-usha brochure di tempat kami tidur, ternampaklah gambar koala bear yang comel. Bayaran masuk ialah AUD28 kalau korang book dari backpackers. AUD33 kalau beli di tempat kejadian.


Gambar kat atas ni masa koala bear tu terjatuh dari pokok. Siapa entah pernah bagitahu aku kalau koala turun dari pokok dia mati. Kepala lutut dia lah. Elok je dia panjat balik. Cuba tengok video bawah ni.


Tapi yang paling best sebenarnya bila berpeluang tangkap gambar dengan adik-adik koala. Di sana ada servis fotografi, dan sebelum beratur tangkap gambar, korang kena beli dulu tiket dia. seingat aku dalam AUD15 untuk sekeping gambar dan AUD39 untuk combo 3 gambar. Bukan tangkap gambar bodoh je wei, dia bagi kau print besar pulak lagi. Duit daripada situ dia guna untuk maintain pokok tempat adik koala bergayut, dan untuk tanam pokok Eucalyptus - sejenis daun yang Koala makan. Daun serai dia takkan layan punya.
Peh, gaya bapa mithali. Eh, aku ada bagitahu tak yang tempat ni bukan ada koala bear aje?
Binatang lain pun ada macam hedgehog, bebiri, babi, dan ayam. Tapi ayam dia pelik gila. Yang paling best ialah ada satu open space ni yang dia benarkan pelawat pergi melompat tonggang terbalik, cium bersama kangaroo. Free of charge!
K. Untuk maklumat lanjut pasal tempat ni korang boleh tengok review di TripAdvisor tak pun pergi aje ke website dia. Klik Lone Pine Sanctuary

Ulasan

  1. wuwuwuwuwuuu, bestnya, koala tu dah tak heran, skrg rasa mcm nak main lompat2 dgn kanggarooooo

    BalasPadam
  2. aku paling tertarik dgn ayam yg pelik kat fb ko tu. unik gilaaa

    BalasPadam
  3. dah pegi..tgk kangaroo smpai lebam biji mata...banyak gila!!

    BalasPadam
  4. Makaihh.. kuku koala tu... Kalau la kena cakar... adehhh...

    Gambar last tu kembar seiras ke.. hehehe... gurau2 je... jangan marah haaa...

    BalasPadam
  5. hahahahaha komain lg posing dgn kangaroo!

    koala sgt comel :)

    BalasPadam
  6. salam...
    jom lawat blog irra..

    http://pumadidastar.blogspot.com/

    (lama tak singgah kan~

    BalasPadam
  7. "senyum sikit kat abang nie - meowww" (.____.")

    ni koala ke kucing ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...