Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Sebab Kenapa Down Syndrome Jarang Kurus

Baru-baru ni negara kita digemparkan tentang kisah seorang anak khas bernama Bella yang diambil jadi anak angkat oleh seorang pengasas rumah kebajikan yang rupanya tak berdaftar pun. Tapi masa mula-mula tengok gambar Bella yang dirakam oleh individu yang bergelar "mummy", aku rasa terkejutlah sebabnya selain luka-luka di tangan dan badan yang kononnya terkena air panas, amatlah tak logik untuk Bella bertukar menjadi kurus sebegitu dalam tempoh yang singkat. Selama aku bekerja dengan anak-anak khas ni, banyak kali juga berurusan dengan kanak-kanak yang ada Down Syndrome. Aku bukan nak meniupkan angin stereotaip tapi biasanya kanak-kanak DS yang kita jumpa mempunyai ciri muka yang unik, berkulit cerah (di Malaysia), dan mempunyai tubuh badan yang gempal. Kalau kita nak kata Bella tengah diet pun amatlah tak logik sebab ada laporan dari sini yang mengatakan Bella makan nasi goreng dengan lahap apabila diberi makan oleh jururawat yang memeriksanya.  Kebiasaannya, yang ada DS ni