Langkau ke kandungan utama

Sebab Kenapa Down Syndrome Jarang Kurus

Baru-baru ni negara kita digemparkan tentang kisah seorang anak khas bernama Bella yang diambil jadi anak angkat oleh seorang pengasas rumah kebajikan yang rupanya tak berdaftar pun. Tapi masa mula-mula tengok gambar Bella yang dirakam oleh individu yang bergelar "mummy", aku rasa terkejutlah sebabnya selain luka-luka di tangan dan badan yang kononnya terkena air panas, amatlah tak logik untuk Bella bertukar menjadi kurus sebegitu dalam tempoh yang singkat.


Selama aku bekerja dengan anak-anak khas ni, banyak kali juga berurusan dengan kanak-kanak yang ada Down Syndrome. Aku bukan nak meniupkan angin stereotaip tapi biasanya kanak-kanak DS yang kita jumpa mempunyai ciri muka yang unik, berkulit cerah (di Malaysia), dan mempunyai tubuh badan yang gempal. Kalau kita nak kata Bella tengah diet pun amatlah tak logik sebab ada laporan dari sini yang mengatakan Bella makan nasi goreng dengan lahap apabila diberi makan oleh jururawat yang memeriksanya. 

Kebiasaannya, yang ada DS ni memang berbadan besar atas beberapa sebab yang berikut:


1. Tahap hormon leptin yang tinggi

Ada kajian yang dibuat di mana diorang jumpa budak-budak yang ada DS dan obes atau terlebih berat badan mengikut piawaian BMI ni juga mempunyai tahap hormon leptin yang tinggi.

Masa kita makan, ada dua hormon penting yang membantu kita kawal pemakanan iaitu leptin dan ghrelin

leptin - hormon ni akan beritahu otak kita bahawa jumlah makanan yang kita sumbat dalam mulut tu dah cukup, dan terhasillah satu sensasi yang bernama "kenyang"

ghrelin - hormon ni bagi tahu otak kita bahawa badan kita memerlukan makanan dan tolonglah sumbat makanan dalam mulut kita; dan terhasillah satu sensasi yang bernama "lapar"

Tapi kalau ikut penerangan fungsi hormon ni, sepatutnya ghrelin lah yang tinggi pada budak DS sebabnya ghrelin akan buatkan mereka lebih kerap lapar lalu menjadikan mereka obes. Namun, saintis berpendapat bahawa apa yang terjadi ialah kandungan leptin yang tinggi pada mereka disebabkan oleh kerintangan leptin ataupun leptin resistance dalam bahasa omputehnya.

Dalam kata lain, mereka mungkin memerlukan hormon leptin yang lebih tinggi supaya otak mereka (bahagian pituitari) dapat menghasilkan sensasi yang kita namakan kenyang tu. Itulah apa yang mereka sepakatkan walaupun mekanisme sebenar belum dapat dijelaskan (Klok, Jakobsdottir, & Drent,
2007; Oswal & Yeo, 2010; Scarpace & Zhang, 2007, 2009)

Oleh yang demikian, walaupun Bella ada kerintangan leptin yang tinggi, tak logik untuk dia kurus begitu


2. Penggunaan Tenaga Rehat atau Resting Energy Expenditure (REE) yang rendah

Korang tahu tak yang apabila kita berehat pun, badan kita juga menggunakan tenaga untuk jantung berdegup, darah diangkut ke seluruh badan, dan untuk otak kita memberitahu kita bahawa dia ialah organ yang paling penting dalam badan kita?

Inilah apa yang dipanggil sebagai REE; dan ia dikira dengan menggunakan unit kalori. 

Tapi kajian mengatakan bahawa budak-budak yang ada DS, mereka punya REE adalah lebih rendah berbanding budak-budak yang bukan DS (Hill et al., 2013). Maknanya, bila REE rendah, lagilah kurang kalori yang terbakar.

Jadi, tak logik untuk Bella kurus sebegitu - sebabnya, REE dia rendah.


3. Aktiviti Fizikal

Rasanya ni tak perlu diulas lagi lah semua orang tahu apa itu aktiviti fizikal. Iaitu pergerakan motor kasar yang dihasilkan untuk mencapai tujuan tertentu seperti berlari anak-anak untuk menyihatkan badan. Apabila kajian dibuat dengan membandingkan budak-budak DS dengan yang bukan DS, ternyata yang DS ni aktiviti fizikalnya lebih rendah. Malah, apa yang menarik ialah makin meningkat usia seorang DS ni ke arah remaja, semakinlah kurang aktiviti fizikalnya.

Bella ni dalam lingkungan umur remaja, jadi pada penilaian aku, tak logik untuk dia tiba-tiba ada keinginan untuk bersenam yang melampau hingga dia menjadi kurus sebegitu.

Atas 3 sebab ni, aku secara peribadinya rumuskan bahawa kurusnya si Bella ni adalah disebabkan dia didera i.e. pengabaian hak dia sebagai seorang kanak-kanak di Malaysia untuk diberikan makanan sedangkan ada sumber di situ yang boleh memberikan makanan kepada dia.

Apa-apa pun, semoga semua yang terlibat dihadapkan ke tali gantung, eh, muka pengadilan

Ulasan

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...