Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Naik Kuda Okareka Rotorua New Zealand (1)

Lama sungguh tak update blog dan tiba-tiba mood tu datang. Jadi mari kita rewind ke kisah beberapa bulan yang lepas, rasanya bulan Februari, sebelum semester 1 2012 di VUW bermula. Kali ni kita bercerita pasal Naik kuda, berkayak, naik bot di Okareka Farm Experience, Rotorua New Zealand.  Kalau tengok gambar, cantik je cuaca cerah dan tak hujan. Adalah diingatkan bahawa ini cerita musim panas haritu. Sekarang dah winter mana nak dapat cuaca macam tu haha. So, mungkin ini boleh dijadikan guide untuk sesiapa yang nak book benda ni sekitar Disember-Mac. Aktiviti kitorang start awal-awal pagi lagi. Dalam pukul 10 pagi kalau tak silap sebabnya pakcik dari ladang tu yang ambik kitorang daripada backpackers tempat kitorang tidur. Free je padahal jauh la jugak nak ambik kitorang. Setengah jam naik kereta. Benda yang korang perlukan ialah: Seluar panjang yang tak licin (Bukan pajama, bukan seluar slack), kasut bertumit, dan pakaian mandi. Lepas sampai, korang akan berkenalan dengan instruc

Drama Hidup

Orang kata, Hidup ni bagaikan drama Sebab tu ada drama 'kisah benar'. Tapi apa yang mereka lupa, Kita tak tahu awal hujungnya Kita tak tahu di mana plotnya Di mana klimaksnya Di mana iklan berbayarnya. Orang kata, Kita adalah pelakon di atas pentas drama Drama hidup sendiri Tapi mereka lupa Kita tak pasti dengan watak yang dibawa Adakah kita wakta utama? Watak sampingan, watak sia-sia? Adakah kita tahu jenis drama apa Yang kita lakonkan? Orang kata Hidup tanpa kegagalan, itulah yang gagal. Tiada pengajaran katanya. Mungkin itulah hikmah Yang mungkin aku jumpa esok Agaknya. Hidup ini susah, Siapa kata senang? Ini bukan sajak, bukan prosa Hanya luahan watak drama.