Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Koleksi Gambar Pesta Bunga Ros Wellington 2011

Cuti summer dekat New Zealand memang tak bagus kalau digunakan untuk duduk dalam rumah layan komputer sahaja. Seeloknya amsa tu digunakan untuk bersiar-siar tak pun kerja cari rezeki. Bila aku cuti, aku gunakan masa tak bekerja tu untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam sekeliling, seperti baru-baru ni, Wellington Rose Festival yang terletak di Wellington Botanical Garden. Masa tangkap gambar semua ni aku tak terfikir pulak nak salin nama dia satu-satu. Sibuk sangat jalan-jalan tangkap gambar sambil cium bunga-bunga yang ada. Sumpah wangi bau diorang. Rasa macam jalan-jalan dalam syurga. Ceh macamlah pernah masuk syurga. Tapi bila tengok gambar atas ni rasanya macam nak gigit-gigit je bunga tu buat makan. Geram pulak nengoknye hhaaha.

Pelukan Awek Cina dan Cokelat Bersepah

PERSONAL Tersebutlah alkisah semasa aku berjalan mencari alat elektrik tempoh hari di sekitar Wellington City, tiba-tiba masa tengah sibuk sembang dengan kaklong dengan kakngah aku pasal exam dan bla-bla-bla, tiba-tiba kat depan kami muncullah seorang awek Oriental yang jalan terkedek-kedek bawak sign di depannya. Aku namakan dia awek Oriental sebab mata dia sepet tapi aku tak pasti dia awek Thai, Myanmar, Vietnam ataupun sewaktu dengannya yang lain. Maka dari jarak beberapa meter sempatlah kaklong aku membaca sign di dada awek tu "FREE HUGS, FINISHED FINAL EXAM" Muka dia memang happy gila  masa tu. Nampaklah, macam baru keluar seksa penjara. Mungkin dia habis final year kot. Lepastu aku pandang dia dan cakap no thanks. Maka awek tu pun berlalulah pergi kerana aku telah menghancurkan harapan dia. Cis, ingat senang ke nak peluk aku, bayar la hoi.

Pengalaman Terjun Dari Langit New Zealand

Selepas gian buat bungy di Queenstown pada cuti Summer tahun lepas, tahun ni aku melompat dari ketinggian 16000 kaki la pulak di Bay Of Islands New Zealand. Actually untuk sukan extreme di New Zealand, kalau korang takde banyak duit, well, katakan on a tight budget ataupun duit tu nak gunakan untuk benda lain, always look for deals on the internet. Voucher aktiviti kali ni aku beli dekat Grabone  pada harga 49% lebih murah dari biasa. Harga asal ialah $420 untuk ketinggian 16000 kaki tapi dengan Grabone kami beli pada harga $225 sahaja. Semalam kitorang drive hampir 4 jam dari Auckland City ke Bay of Islands untuk ke tempat skydiving yang diberi nama Skydive Zone Bay of Islands. Memang penat, kereta pulak tahap-tahap kancil je. Kalau korang nak tau New Zealand ni struktur mukabuminya memang bergunung-ganang sikit so agak leceh menekan minyak nak naik bukit. Gambar pertama ni diambil masa kami dah ada pada ketinggian 12000 kaki, iaitu tahap kedua yang ada kat sini. Tempat ni menawa

Santa Parade di Wellington New Zealand

Sejak akhir-akhir ni aku cukup malas nak update blog. Bukannya ada orang baca pun. Takpelah zaman aku dah berakhir, bagi laluan untuk bebudak baru nak up yang suka main segmen pulak, bagi laluan untuk awek cun dan abam hensem yang suka buat blog dia jadi tempat modelling. Tajuk blog cerita pasal makanan, tapi gambar tu 80% muka dia. Apapun, aku nak letak gambar je kali ni sempena Wellington Santa Parade 2011 Seriously natang ni nampak macam pedobear. Korang nampak tak persamaannya? Bahaya betul Wellington ni, ada maskot pedobear pulak.

Pesta Bunga Api Guy Fawkes Day New Zealand

Okay ini gambar dari event hari Sabtu 5 November 2011 dekat Wellington. Kalau korang nak tahu Wellington ni pelik sikit sebab tak amcam Malaysia, pesta New Year dia tak ada pun bunga api bagai tapi bila Guy Fawkes Day macam hari Sabtu tu, ada pulak mercun. Maybe dia tak boleh afford kos yang mahal tu kot Sebelum korang confuse buat sekian kalinya, adalah dimaklumkan aku tak tangkap gambar-gambar ni guna DSLR. Nanti orang kata DSLRFags la pulak hahaha. Lagipun aku bukan bawak kamera aku masuk Pavi untuk dilabelkan sebagai DSLRFags. Pavi pun aku pernah jejak 2-3 kali je. Not my cuppa tea brah!