Pelukan Awek Cina dan Cokelat Bersepah

PERSONAL

Tersebutlah alkisah semasa aku berjalan mencari alat elektrik tempoh hari di sekitar Wellington City, tiba-tiba masa tengah sibuk sembang dengan kaklong dengan kakngah aku pasal exam dan bla-bla-bla, tiba-tiba kat depan kami muncullah seorang awek Oriental yang jalan terkedek-kedek bawak sign di depannya.

free hugs asian

Aku namakan dia awek Oriental sebab mata dia sepet tapi aku tak pasti dia awek Thai, Myanmar, Vietnam ataupun sewaktu dengannya yang lain. Maka dari jarak beberapa meter sempatlah kaklong aku membaca sign di dada awek tu
"FREE HUGS, FINISHED FINAL EXAM"
Muka dia memang happy gila  masa tu. Nampaklah, macam baru keluar seksa penjara. Mungkin dia habis final year kot. Lepastu aku pandang dia dan cakap no thanks. Maka awek tu pun berlalulah pergi kerana aku telah menghancurkan harapan dia. Cis, ingat senang ke nak peluk aku, bayar la hoi.

Maka selepas kami setel cuci mata dengan barangan elektronik yang kononnya kakak-kakak aku nak bawak balik Malaysia tu, kami menuju pulak ke Official Rugby World Cup Store Wellington City. Sale gila gila bai. Jersi nations yang participate harga dia $40 je berbanding harga biasa yang beratus-ratus. Dalam perjalanan tu kami singgah kat 1 kedai baju nama JayJays. Aku masuk round sepam pastu duduk luar. Tak berminat

Masa tu lah muncul awek Oriental yang sama menawarkan servis pelukan percumanya lagi. Gigih betul awek ni nak peluk orang ramai sebab dia dah habis final exam. Aku time tu blur blur ingatkan orang mintak derma ke apa aku pun cakap "no, no speak Inglish" eh takdelah, aku cakap no thanks je. Sekali lagi awek tu hampa membawa hatinya yang lara menghilang ke arah kota raya.

Lepas tu aku fikir kesian betul awek ni, lepas ni kalau jumpa lagi memang aku bagi je lah dia peluk aku. Tak payah bayar pun. Masa melintas kat belakang dia, dia pandang muka aku yang botak sambil pakai shades warna brown tu sambil menarik muncung panjang. Okay fine, tak nak takpe. Kecewa la tu. Cis, entah ni awek ke berapa entah yang telah aku patahkan hatinya. Harap-harap nanti takde keluar berita awek berkenaan bunuh diri

 coklat murah Wellington New Zealand

Anyway, bab coklat pulak, kat bilik aku bersepah-sepah coklat ni hoi. Boleh tak kalau aku nak buat macam awek tu tapi instead of free hugs, aku bagi coklat ni kat pejalan kaki dengan syarat diorang kena hugs aku? Boleh tak?

Tapi seriously, sebenarnya aku macam tumpang happy tengok awek tu celebrate dengan cara dia tersendiri sempena habis final exam. Kalau dia orang Malaysia dan awek tu buat aktiviti free hugs ni di Malaysia, macam mana agaknya masyarakat akan memandang awek Oriental tersebut? Dan kalau aku buat free chocolate hugs ni apa korang rasa? haha.

Ulasan

  1. hahaha.gembira betul wey dia.kalau kau buat free chocolate hugs kat sane tak pelik wey tapi kalau buat dekat malaysia memang lari tak cukup tanah lah ko.kah kah kah

    weh aku nak coklat almond gold whittaker's boleh 20 bar.ekekekeke.

    BalasPadam
  2. lololol.kesiannn aweks tu.kecewa abambotak tolak.

    "Kalau dia orang Malaysia dan awek tu buat aktiviti free hugs ni di Malaysia, macam mana agaknya masyarakat akan memandang awek Oriental tersebut?"

    err, aku rasa org awam call tanjung rambutan terus nih.hahahhaha

    BalasPadam
  3. @Nin Ahmad ツ

    cokelat tu beli la sendiri kat Malaysia. ade akur ase. hahah sampai 20 biji nak xdapek ah

    BalasPadam
  4. @lynnaiza

    aku rasa orang Malaysia ok je kot. kalau awek tu cun. kalau awek tu x cun barula call tg rambutan!hahahhah

    BalasPadam
  5. hahahhaa. weh, AKUR ASA , pendapat ko tak boleh pakai. LOLOLOLOLOL

    BalasPadam
  6. Kemaruk nak peluk orang ke awek tu. Peluk je pokok-pokok yang ada. Sayangi alam sekitar. :)

    BalasPadam
  7. ada jugak la camtu...

    kalo kat mesia, mesti masuk 360... sexual harrasment... lol

    BalasPadam
  8. gimme hugs, please! len kali ambik la kesempatan sikit bro. heh!

    BalasPadam
  9. aku rasa ade org perasan kat sini, ko igt ade awek tu kesah ke tak dpt peluk ko haha.. tp bagus ar ko tak peluk, aku mmg bajet diakhir perenggan ko akan kate terpaksa gak peluk awek tu, nasib baik xde, klu ade aku org pertama baling telur kat blog ko haha

    klu kat msia awek tu mmg dh kene kutuk habis-habisan especially by blogger yg suka isu2 panas..

    wey kesian cekelat tu, pos je la kat aku :D

    BalasPadam
  10. Hahaha kalau buat kat Malaysia that free hugs, mesti sampai beratur panjang 80 meter - -' ramai sangat muka biawak dekat sini

    BalasPadam
  11. kalau buat macam tu kat malaysia kurang 24 jam ada la fan page " kami benci _______ sebab hug bukan mahram lepas final" lalu berduyun2 blogger guna issue tu utk naikkan traffic ...

    ternampak geng serbanistas;

    lalu mendapat tarbiyah, kau sepatutnya celebrate dengan sujud syukor la wehhhh! hahahahahaha

    BalasPadam
  12. wau!! free hugs! giler la..mayb die dah telampau happy da sampai nak rasa semua orang merasai kejayaan dia..

    apsal ko tak peluk die??kah..kah..

    gurau je..kalau kat M'sia aku rasa mmg lelaki mata keranjang dah sapu dulu..

    BalasPadam
  13. perghhh kalau kat malaysia untungla lelaki buaya daratttt hahaha xo!

    BalasPadam
  14. lawa header, style =)
    byk gile coklat, jeles.

    BalasPadam
  15. wahh. macam tu pun ada rupanya. baru aku tahu. haha.


    nak coklat free! tapi tak mau hugs ko. hikhikhik.

    BalasPadam
  16. @amirulfaiz

    peluk pokok takde respons. sbb tu la kot

    BalasPadam
  17. @Jue AbdRahman

    awek tu bukan orang Islam pun yang orang nak kutuk gila2. Pengetahuan tentang larangan tu tak sampai pun kat dia jadi dia tak salah aku rasa

    kalau pos mahai laaa kos dia lol

    BalasPadam
  18. @mS bUttercUp

    kenapa aku tak peluk dia eh...entah...rasanya dah tulis dua kali kat atas tu lol

    BalasPadam
  19. haha..baru hari tu aku tgk rncgn ape ntah kat tb..1 guy cina ni wat cenggini la..tapi kat negara omputih..kata die itu cara die hilangkan stress kerja..kat sane aktiviti ni memang dpt sambutan eh..

    cer ko try wat camni bile balik Malaysia nnt weh..pastu ko update la kat belog cmne smbutan die..hehe..


    p/s:: terkejut aku tgk header ko weh..1 kepala ade 4 tangan..sekali memang ade 2 manusia dok terbang da..haha..

    BalasPadam
  20. Bro hulur sikit la coklat >.< perghh terliur aku tengok.

    BalasPadam
  21. nak coklat nak coklat,,,bnyk nyer -.-!!!!

    BalasPadam
  22. mana boleh mana boleh.. awek oriental tu agent yahudi tu.. nak menyesatkan student muslim yang belajar dekat NZ... patut di rejam mcm cerita perempuan berserban!!!!!!

    BalasPadam
  23. gile lah. kalau kt mesia buat mcm tu, konpem pakcik2 tua yg gatal tu berebut nak peluk. hahahah :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming