Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Soalan Psikologi Pembaca

Adakah Warna Hijau Boleh Menyembuhkan Penyakit dan Penglihatan?

Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini . Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini.   Soalan kali ini berbunyi seperti berikut: Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan. Jawapan : Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya. Namun begitu, tiada kajian, setakat yang dik

Peluang Pekerjaan dan Kerjaya Psikologi

Satu lagi soalan yang bertangguh sekian lama dan ditanya oleh ramai orang ialah berkenaan kebolehpasaran bidang psikologi ni. Nanti bila dah habis belajar ada ke kerja yang menanti? Kalau tak macam mana nak bayar PTPTN kalau pointer rendah kan? Anyway, soalan ni kerap ditanya kerana pelajar tu sendiri berminat dengan psikologi tetapi masalah timbul bila ibu bapa bertanya nanti nak kerja apa? Kita pun kena faham yang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Dalam keadaan dunia yang memerlukan duit, perkerjaan selepas zaman universiti tu satu kewajipan lah. Takkan nak mak ayah bela biawak terdampar di rumah pulak? Nanti nak kahwin lagi, nak membiak lagi.. Psikologi ialah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat dalam budaya pop sekarang. Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan psikologi pun dah bertambah banyak terutamanya di negara-negara membangun seperti New Zealand, UK, dan sebagainya. Antara profesion-profesion yang memerlukan psikologi termasuklah: Kaunselor - untu

Layak Ke Keputusan SPM Saya Untuk Ijazah Psikologi?

Soalan yang bersepah dalam email kami yang kadang-kadang terlepas pandang untuk dijawab kembali ialah tentang pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi. Dalam artikel kali ini, kami akan menjawab soalan ni mengikut pengetahuan pihak kami 1 .Jadi, adakah keputusan Biologi C melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi? Jawapannya tidak. 2. Adakah keputusan Biologi A+++++ melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi? Jawapannya masih tidak. Antara perkara yang pelajar lepasan ataupun calon SPM selalu keliru ialah perjalanan kehidupan akademik mereka selepas SPM. Dont beat yourself too hard because I too,was one of you. Ditambah pula dengan kesusahan kami untuk mendapatkan akses maklumat 3. Mengapa kami katakan tidak? Sebenarnya setahu kami, tidak ada lagi mana-mana program ijazah yang membenarkan pemohon untuk menggunakan keputusan SPM terus untuk memasuki program ijazah sarjana muda, dan sudah

Saya Rasa Saya Ada Naluri

Ruangan ni dimulakan atas sebab email-email yang dihantar ke psych.malaysia@gmail.com . Bagi mereka yang hendak bertanyakan soalan yang belum ditulis dalam blog ni, maka saya akan menjawabnya melalui emel seberapa kadar segera yang boleh. Biasanya saya jawab on the spot dan kemudian akan share di segmen Soalan Psikologi Pembaca. Soalan 1: as salam abam panda. sy dpt info tentang abam panda drpd link auta psikolgi : bekaitan kalau mimpikan seseorang.  sy nak bertanya? naluri boleh dipercayai tak ? sebab sy selalu merasakan naluri saya kadang2 betul.  kedua, sy ada sukakan seseorang, tapi selalu merasakan dalam hati saya dan dia berkomunikasi antara satu sama lain. sy cuba tepis tapi selalu je ada. sy takut cuma terbuai dengan perasaan sendiri.tapi naluri saya katakan memang sy dan dia suka dalam diam antara satu sama lain. sy tak berhubung dengan org tu speri chat, msg atau seumpanya atas faktor lain. contoh ; agama tk membenarkan kalau lelaki dan perempuan berhubung kalau takd