Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pendidikan Psikologi Alternatif

Personality Disorder - Obsessive Compulsive II [REPOST]

Obsessive Compulsive ada 2 jenis di mana satu terletak di Axis I dan satu lagi di axis II dalam Manual Statistik dan Diagnostik-IV. Untuk senang faham, bolehlah dianggap bahawa Axis I untuk hal yang serius dan terperinci, manakala Axis II lebih abstrak dan senang dijumpai dalam kehidupan seharian kita. Jom kita berkenalan dengan Abang Pidi yang menghidap Obsessive-Compulsive Personality Disorder, OCPD, (Axis II) terlebih dahulu. Kisah ini diceritakan oleh jiran beliau. Akak dah duduk kat kawasan kejiranan ni lama sudah. Semua orang akak kenal tapi yang paling menarik sekali sorang jiran akak ni nama Abang Pidi. Setiap hari dia keluar rumah tepat pukul 7 pagi dengan baju yang sama. Mungkin juga dia beli baju pattern sama banyak-banyak tapi saya tak tahulah. Lepastu dia akan naik kereta pada 7.05 minit untuk singgah ke Starbucks setiap pagi untuk minum secawan kopi sambil membaca suratkhabar. Dia ni kalau ada benda tak kena memang dia takkan buat kerja. Orang Inggeris cakap apa? P

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. ( Papanda , 2010) Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan. #1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata: Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus

Soalan Psikologi 1 - Adakah Seorang Pembunuh Bersiri Diwarisi daripada Ibu Bapanya?

Dalam entri William Yau yang lepas, nampaknya ramai pembaca blog ni yang berminat tengok Criminal Minds dan berminat dengan Psikologi Jenayah. Saya tak hairan sebab subjek ni memang menarik dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan terutamanya di Malaysia, maka saya jadikan benda ni siri sebab banyak lagi artikel akan datang. Dalam entri lepas, saya diajukan dengan 2 soalan yang sangat menarik daripada Shahada Fauzi . Pembaca lama ni. So, inilah soalan beliau

William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13 , pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13. As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below:

Psikologi Masyarakat Tamadun Moden Yang Mundur

A food for thought on a sunny Sunday in Wellington, New Zealand. So, last week aku ada post pasal 1 movie yang patut ditonton oleh semua orang terutamanya golongan yang berumur 10-35 tahun dan movie tu bertajuk God Bless America (2011). Cerita ni walaupun tajuk dia ada mention America dan jugak cerita tu dia tujukan pada orang sana, tapi sebenarnya benda yang dia tunjukkan dalam tu adalah sangat boleh diapplikasikan dalam masyarakat di semua negara yang membangun, contohnya Malaysia. "Die, Kardashian. Die!" Antara perkara yang cerita ni highlight ialah masyarakat kita ni makin lama hidup makin tak tahu malu. In fact, bagi setiap benda yang memalukan tu seolah-olah membuatkan kita lagi bangga dan seronok pulak. Dalam kata lain, generasi yang tak tahu malu . Kita boleh tengok sendiri dalam internet berapa ramai yang jadi badut tak bergaji dan memalukan diri sendiri. Tapi mereka ni lupa yang mereka bukan hidup dalam dunia ni sorang-sorang. For every action that you do, y

Psikologi: Eksperimen Sosial Yang Ringkas

Dalam banyak-banyak bidang psikologi, ada satu yang diberi nama social psychology atau dalam Bahasa Malaysianya ialah psikologi sosial . Secara ringkas melalui pemahaman yang saya belajar daripada tahun lepas, social psychology ni dia mengkaji tentang tindak-tanduk manusia dalam konteks sosial. Sebagai contoh, bagaimana manusia membuat keputusan apabila buat pilihan untuk menolong orang yang dalam kesusahan: Adakah diorang akan terus tolong atau akan berfikir tentang faedah dan kos yang mereka bakal hadapi bila buat keputusan tersebut? Bacaan yang bagus tentang kajian mengenai ini boleh dibaca di sini . Dalam posting blog kali ini saya akan bawa anda kepada langkah-langkah membuat eksperimen psikologi sosial yang ringkas. Topiknya pula adalah amat senang sekali iaitu tudung, atau bahasa urban sikit: shawl . Adalah amat penting untuk pembaca tahu yang saya tiada niat buruk nak memecahkan periuk nasi orang ke apa ke. Cuma, ini adalah contoh yang amat relevan dengan masa sekarang.

#Tips Tidur Dari Sudut #Psikologi

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan dan selamat kembali ke blog ni eceh. Malam ni keihatan timeline twitter bergerak pada kelajuan anak siput baru nak belajar mengesot dan ini merupakan sesuatu perubahan positif sebab mungkin mereka ini sedang tidur. Daripada entri lepas Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tidur , saya terlupa nak sebutkan dua kesan tak cukup tidur yang penting untuk tubuh badan kita. Efek tersebut adalah: Tak cukup tidur buat korang gemuk . Tak cukup tidur buat orang stress, dan menyebabkan jerawat Are these not enough reasons to make you sleep at night? Jadi persoalan yang ditanya kawan di twitter dan ruangan komen berbunyi "macam mana cara nak tidur malam? Saya ada masalah tidur" dan variasinya. Izinkan saya beri cadangan dalam konteks behaviour modification Sebelum saya menjawab soalan ni, bagi mereka yang ada masalah tidur di waktu malam, biar saya teka apa yang ada di sekitar kawasan tidur korang (bilik tidur lah, takkan jamban pulak). Saya syak dalam b

#Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tak Cukup Tidur

Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.

Membezakan Senyuman Palsu dan Asli

Senyum, satu benda yang sangat mudah. Antara benda yang paling logik kalau kita bertentang mata dengan orang ialah dengan senyuman kerana dari mata tu lah, akan jatuh ke hati dan ikatan dapat dijalin. Yang bermusuh dapat diamankan, yang aman dapat dimesrakan. Tapi realitinya, senang ke dapat senyuman ni? Kadang-kadang kita pandang orang, respons yang biasa kita nampak ialah samada orang tu bermuka toya ataupun pandang tempat lain. Gambar diterbitkan dengan izin pemiliknya Fakta bukan psikologi: Senyuman kepada kenalan atau orang yang tidak dikenali tidak akan menipiskan dompet anda mahupun membunuh mana-mana jiwa yang tidak bersalah. 

Kalau Bunuh 140 Juta Muslim dan Angelina Jolie

Pernahkah anda melihat gambar di bawah ni? Sebelum benda ni tersebar lebih meluas dan memberikan perspektif negatif terhadap orang yang kononnya "mengambil" berat dekat Angelina Jolie, meh baca apa yang aku nak sampaikan dulu. Pertama sekali, mari baca komik 'Islamik' tersebut yang diambil daripada sini . So, 'Obama' dengan 'Bush' tengah berbincang tentang plan untuk membunuh ramai umat Islam dan Angelina Jolie, dan si pemerhati terkantoi tak kisah dengan kematian 140 juta orang tu, and instead, divert his attention to the death plan of Angelina Jolie.

Jenis-Jenis Fobia Yang Pelik

Fobia adalah salah satu subtopik dalam Abnormal Psychology yang aku belajar 2 tahun lepas jadi sebelum aku tunjuk jenis-jenis fobia pelik mengikut pilihan aku, jom kita belajar sikit apa tu fobia. Fobia ( Phobia) ialah perasaan takut yang amat sangat, melampau dan selalunya tak patut pun ada kalau dibandingkan dengan tahap benda yang korang takut tu. Sebagai contoh, kawan korang takut gila dengan darah, walhal tak patut pun sebab bukannya darah tu boleh gigit dia. Faham? Okay tu maksud fobia secara general. Dan selain tu korang kena tahu jugak yang untuk sesuatu benda tu di-diagnos sebagai "fobia" dia kena mendatangkan ketakutan yang super sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Contohnya, ablutophobia, takut mandi/bersihkan diri akan menyebabkan orang busuk lalu takde sape nak dekat. Asalkan ketakutan tu boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, emosi, atau sosial seseorang, benda tu boleh jadi fobia. Untuk diagnos masalah korang, sila berjumpa psikiatri yang b

Membuktikan Kepercayaan Horoskop Bohong!

Adapun entri ini ditulis untuk menyedarkan bahayanya mempercayai kekarutan horoskop yang selalu orang dok share dan tweet secara mengkhinzir buta di Facebook mahupun di Twitter. Bagi anak-anak kecil yang tak tahu menahu apa itu horoskop, meh Abam ceritakan. Dalam setahun, orang zaman dahulukala yang mempercayai kedudukan bintang-bintang di langit semasa kelahiran kita akan menentukan apa yang akan terjadi dalam hidup kita kelak. Adapun pendapat ini telah kembali popular dalam kalangan remaja sekarang melalui kuasa penyebaran laman maya. Oh, aku lupa bagitahu korang yang kalau korang tengah login Facebook masa ni, entri ni akan collect data dari Facebook korang. Tapi jangan risau data korang takkan di-share untuk tujuan lain. Hanya untuk pembuktian hipotesis ini. Jangan marah. Apps ini tak berbahaya Tapi jangan risau, benda ni simple sahaja. Korang nampak gambar atas ni? Ini ialah bacaan horoskop aku untuk semalam. Yes, aku berbintang Taurus, lahir pulak sama tarikh dengan Sitt Al

3 Contoh Irrelephant

Dalam bahasa Inggeris, irrelevant bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan, ataupun tak patut. Menggunakan konteks yang sama, , Irrelephant adalah bermaksud sesuatu yang tidak relevan pada magnitud gajah. Sangat tidak relevan. Tapi ini definisi aku ubahsuai sendiri .  Lihat maksud lain disini Kenapa aku nak tulis pasal irrelephant ni? Sungguh tidak relevanlah topik ni pada bulan puasa! Salah, bulan ni lah paling relevan sekali kalau nak tulis apape pasal irrelephant. PENGALAMAN AKU PASAL IRRELEPHANT Zaman matrik Melaka dulu aku ada member. Selepas beberapa lama berpisah dengan penuh syahdu dan air mata (tipu) dari kolej matrikulasi, pernah sekali masa bulan puasa kami jumpa balik dan berbuka puasa bersama-sama. Member aku tu, mari bagi nama Ainan (nama tipu), bawak member dia lagi sorang. Kami malam tu berbuka di Chicken Rice Shop The Mines, Serdang.

Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism AUTISM TU APA ABAM PANDA? Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan. Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang

Kisah Seram Unik Sekolah Menengah

CERITA TAK SERAM Khamis malam Jumaat, manusia tipikal kalau tak de kerja, dia akan fikir dua benda sahaja, iaitu hantu dan jugak cara-cara bersenggama dengan bini - walaupun yang menulis tu takde awek, jauh sekali teman hidup yang dinamakan bini. Tak percaya korang boleh masuk page Facebook Gengblogger sekarang dan tengok budak-budak tu tulis apa - a reason why I hate traffic hunters Apapun, kali ni aku nak cerita pasal cerita seram yang terjadi dekat sekolah aku (asrama penuh) yang dirasakan unik dan mempunyai saksi sebanyak ratusan orang. Peristiwa ni terjadi masa tahun 2006 iaitu masa aku tingkatan 5 dan kami menguruskan program orientasi untuk student tingkatan 1 dan 4 yang baru

Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur.. Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan

Dana Rumah Anak Yatim Jasa

Salah satu cara untuk kita bersyukur dengan nikmat pemberian Allah ialah dengan membahagi-bahagikannya serta berkongsi dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan mereka yang memerlukannya. Dalam psychology textbook Gleitman 7th edition, perkara sebegini diberi nama "savouring". Aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan perkataan "menyedapkan kesedapan". Dalam banyak-banyak kawan yang aku kenal dalam New Zealand ni ada terjumpa seseorang dengan misi yang mulia. Beliau dengan kawan-kawan beliau yang akan pulang ke Malaysia tak lama lagi membawa satu hasrat murni untuk memberi pendidikan kepada anak-anak yatim. Dari sudut pandangan beliau, ......seorang penghuni kecil, yang berumur 10 tahun menarik-narik aku menuju almari pakaiannya untuk menunjukkan aku sehelai baju raya yang diterima dari sebuah badan kebajikan. sehelai baju raya itu sudah membuatkan dia cukup gembira. aku bandingkan dengan diri sendiri yang sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. aku mer

Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders  dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder , yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sam

Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye. Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi Jom kita berkenalan dengan Abang Noid Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 negara kita telah mencapai tarikh kemerdekaan atas usaha pejuang-pejuang tanah air yang dah banyak berkorban. Ada orang cakap, Happy Birthday malaysia tapi aku tak rasa itu kesnya disini sebab kalau nak diikutkan, tarikh lahir Malaysia ialah pada 16 September 1963. maka rakan-rakan sekalian, mari kita stick dengan Hari Kemerdekaan. Tidak perlu mengubah terma tersebut kepada ayat fancy yang boleh mengubah maksudnya. OK? Pengisian lebih susah daripada Perjuangan Setiap kali terlancarnya apa-apa yang berkaitan Merdeka, tidak terlepas ayat ini daripada pemikiran aku. Kadang-kadang memikirkan logik ayat ini, kadang-kadang memikirkan kewajaran ia dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita yang aku tak ingat siapa. Mungkin ada 2 atau 3 daripada mereka yang menyebut. Perjuangan mengikut pendapat aku terbahagi kepada 2 jenis, yakni fizikal dan mental. Tahukah anda berapa ramai yang dibunuh semasa pembinaan kota A Famosa? dan tahukah anda bahan-bahan pembinaan kota terbab