Langkau ke kandungan utama

3 Contoh Irrelephant

Dalam bahasa Inggeris, irrelevant bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan, ataupun tak patut. Menggunakan konteks yang sama, ,Irrelephant adalah bermaksud sesuatu yang tidak relevan pada magnitud gajah. Sangat tidak relevan. Tapi ini definisi aku ubahsuai sendiriLihat maksud lain disini


Kenapa aku nak tulis pasal irrelephant ni? Sungguh tidak relevanlah topik ni pada bulan puasa! Salah, bulan ni lah paling relevan sekali kalau nak tulis apape pasal irrelephant.
PENGALAMAN AKU PASAL IRRELEPHANT
Zaman matrik Melaka dulu aku ada member. Selepas beberapa lama berpisah dengan penuh syahdu dan air mata (tipu) dari kolej matrikulasi, pernah sekali masa bulan puasa kami jumpa balik dan berbuka puasa bersama-sama. Member aku tu, mari bagi nama Ainan (nama tipu), bawak member dia lagi sorang. Kami malam tu berbuka di Chicken Rice Shop The Mines, Serdang.
Apabila tiba di lot parking, member Ainan tu duk mencangkung, terus nyalakan rokok sambil mengucapkan 'doa' kat aku "Alamak bro, sorry la bro, aku memang tak puasa hari ni. Ko kisah tak?"

Irrelephant 1 - Kau mintak kemaafan dari manusia buat hapa? Kau tak violate mana-mana tatacara perhubungan manusia normal pun dengan aku. Tu, pegi masjid sinun, mintak ampun banyak-banyak kat Allah. Cakap dengan aku, bukan aku boleh bagi surat pengampunan berbayar pun dekat kau. Contoh lagi satu, dalam entri 3 Ciri Blogger Bodoh


Sungguh irrelephant.

Irrelephant 2 - Yang ini memang kerap terjadi. Seorang lelaki, bernama "Ali" berbuka puasa. Atau sahur. Tak kisahlah. Masa dalam proses makan tersebut beliau telah menketedarah kuih lapis, ayam percik, bandung campur oren, dan mubarak daging. 

Apabila imam mengangkat takbir, maka dia pun dengan berbekalkan air wudhuk daripada solat asar gajah dia tadi, terus masuk ke barisan saf yang terkehadapan. Lebih pahala! Bagus. Seminit lepas tu,

..dengan bau yang Masya-Allah. Kau bayangkan macam-macam bau ada. Provided kau punya masjid tu penuh, maka terseksalah makmum dalam radius 1 m dengan baunya. Tu belum kira sendawaan yang bertalu-talu lagi. Kejap-kejap erkk. Kejap-kejap erkk. Aku pangg karang.

Sama juga dengan manusia yang tak reti duduk rumah bila sakit. Pernah pergi masjid dan masa kau sujud, terdengar pakcik yang batuk dia boleh pecahkan gegendang telinga tak? Kot dah kronik camtu, duduk jelah rumah. Bising, macam mana orang nak solat berjemaah dengan tenang?

Irrelephant 3 - Sekarang bulan puasa, bukak suratkhabar ada seksyen Salam Perantauan, versi online pun ada! Since aku takda suratkhabar Malaysia, kita tengok yang online punya disini

Ini ialah screenshot daripada mukasurat 2. Muka surat 1 didominasi oleh student Van der Bilt University, USA manakala page 3 didominasi oleh pelajar dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Page 3 juga didominasi oleh pelajar Vic Uni

Page 4 juga

Page 5 juga

Page 6 juga

Juga page 7

Korang dapat tangkap apa maksud aku kan? Tapi itu okay, itu normal.
"Eleh Panda, gambar kau pun ada gak kann. Toksah gebang lebih "

Mengikut sumber yang dipercayai, gambar aku juga masuk newspaper semalam. Tahniah!

Irrelephant 3(a) - apesal banyak-banyak gambar, gambar aku buat muka sememeh tu yang member aku pilih? Ini ialah misterius. Sangat irrelephant.

Ini akan menyebabkan aku kehilangan keyakinan diri sebab yelah, walaupun aku perasan kacak, tapi sebenarnya aku tak kacak, tapi bila melihat diri sendiri bermuka tidak kacak, maka akan timbul satu keadaan di mana dalam psikologi sosial, kita panggil dissonance. Dissonance bermaksud ketidakselarian atau konflik antara pemikiran kita, di mana dalam konteks ini, aku mengalami konflik kerana keadaan fizikal aku yang kurang hensem tidak selari dengan dakwaan aku yang mengatakan diri sendiri ialah hensem

Ada 3 cara untuk menghilangkan, atau mengurangkan konflik jiwa dissonance ini. Tapi cara yang paling senang ialah dengan mengubah perbuatan kita, cara kedua ialah mengubah cara kita berfikir, dan cara ketiga ialah dengan menambahkan sebab 'extra' supaya self-esteem kita dapat dilindung (Aronson, 2010)

Irrelephant 3 (b) - Maka aku mengambil keputusan untuk mengubah persepsi aku yang mengatakan "Okay fine, aku tak berapa hensem" ataupun "Gambar tu je tak hensem. Gambar lain hensem gilos". Ini ialah cara ketiga, menambahkan sebab 'extra'...

So, apa cara pertama? Cara pertama, yakni mengubah perbuatan ialah dengan mengepos gambar orang yang sama pada page Salam Perantauan berkali-kali. Aku buat tak benda tu? Tak. Adakah aku jeles? Dude, kalau aku nak jeles dengan cara tu, sejak start blog ni lagi aku dah pampang muka aku besar-besar dalam blog, letak gambar muka muncung itik dekat header.

Sebab ianya Irrelephant...

Sumber rujukan (bukan APA format): Aronson, Elliot; Wilson, Timothy D.; Akert, Robin M; Social Psychology, (2000). Chapter6: The need to justify our actions

P/S: Aku tak expect korang faham Irrelephant 3. Tapi sapa faham aku respek guna tiga tangan. Dua dari aku, dan satu ambik dari member sebelah. Dan, sila fokus pada Irrelephant 1 dan 2

Ulasan

  1. Irrelephant 4 - Sitt Wuzara bercakap pasal dosa etc. dan beria-ia membela Arlene Tan. Okay, provided Arlene Tan bukan Wuzara,

    tapi still kenapa Wuzara nak backup Arlene yang dia tak kenal? Dan juga, time ni baru nak cakap dosa pahala ke makcik?

    Sungguh Irrelephant...

    BalasPadam
  2. Irrelephant 5: tuan blog yang aku screenshot kat atas, entri dia disesak-kan oleh entry2 berunsur blue. Lepastu bila ada blogger lain yang sama bodo piang dan suka 'menjilat',

    maka blog macam ni dikategorikan sebagai blog informasi yang best dan "Aku suka cara pemikiran dia"

    Ini sangat Irrelephant

    BalasPadam
  3. Irrelephant 6 : Orang yang menyokong pergerakan Bersih 2.0, ialah orang yang katakan riot di Scotland Yard London itu tidak berperikemanusiaan

    African-Irrelephant

    p/s: gajah afrika ialah gajah terbesau di dunia

    BalasPadam
  4. irrelephant 6 : siap sambung entry kat ruang komen, kenapa kau tak edit balik je pepanda?

    aku masih fikir sedalam-dalamnya secara mabruk...

    tapi aku memang tak suka org sendawa bau bawang putih masa kat sejid... Irrelephant betul la....

    BalasPadam
  5. tengok, aku dah buat kesilapan, sepatutnya aku letak irrelephant 7... ciss dah tak klimaks dah impaks komen aku.. ciss ciss ciss dan cisss

    BalasPadam
  6. @Zulfikar Hazri

    sebab aku benci bila entri aku terlampau panjang. Bila ditambah dengan komen berjela-jela, akan menyebabkan page aku tak seimbang...

    Aku rasa aku ada OCD. LOL

    Irrelephant sungguh!

    BalasPadam
  7. Irrelephant 8: seoang yg butthurt tapi memanggil orang lain butthurt dan dikatakan "hahahahhaha" di hujung ayat. Sebenarnya dah jelas dah sapa yang butthurt

    Sungguh irrelephant

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Irrelephant 10: Bila aku buat seksyen komen blog sendiri macam twitter.

    Anak irrelephant

    BalasPadam
  10. haha, nasib baik ko tak tulis komen lagi panjang dari post asal...

    BalasPadam
  11. okay aku paham irrelephant 3. yang aku tak paham awat hg komen kat entri sendiri? irrelephant sungguh. lawak lawak.

    BalasPadam
  12. irrelephant 11 : aku tergelak ngekek-ngekek, bila tau panda tengah buat lawak dengan irrelephant 10, tapi aku tetap gelak mcm ada surprise efek,

    dan irrelephant bila aku main balas-balas komen dekat blog arc13 mcm aku main chating dekat MIRC...

    *sepupu gajah.

    BalasPadam
  13. irrelepant 12: pes time aku tgk entry kat komen yg pendek, dah tu empunya blog plak tu yg komen.. miahahah..

    irrelephant 13: psl entry dkomen, pd pendapat aku, entry di komen biasanya terjadi bila ada org yg ade percanggahan pendapat ngan kita, tp ade gak yg setuju. sebab aku penah terbaca kat blog wardina, entry dmana wardina menegur seorg penceramah jemputan dlm al-kuliyyah yg asik menyindir perempuan dlm isu berhias. Dlm entry tu sebenarnya wardina berpendapat supaya penceramah jgn terlalu berfikiran sempit dengan mengaitkan isu berhias dgn wanita. Berhias je mesti wanita. Lelaki pun berhias gak kan.. berhias kete etc, wardina jg mencadangkan supaya para penceramah focuskan lebih pada cara dan kebaikan menutup aurat perbanding asik menegur dan marah2 wanita2 yg tak menutup aurat, aku rs cadangan wardina sgt relephant (eh, wujud ke.. kahkah), sbb tujuan utama sepatutnya menggalakkan wanita menutup aurat kan.. kan.. ada yg setuju dan ada gak la yg tak puas ati, smp buat entry kat ruang komen.. sangat irrelephant.. buat la entry kat blog sendiri.. cett

    irrelephant 14: pes time aku komen pjg2.. sungguh2 irrelephant nih!

    irrelephant 15: dh xde gambau lain ke ko nak letak.. bapak irrelephnt.. hakhak

    BalasPadam
  14. @Jue AbdRahman

    hahaha gmba tu relephant pe... tapi bila tgk kali ke2

    OMG TU BUKAN EKOR RUPANYAAAAA

    BalasPadam
  15. irrelephant 16: apa motip kau sebenarnya panda? pes time aku tngok penulis buat ruangan komen macam tulis twitter tahu?

    BalasPadam
  16. hahaa...tengah kira berapa banyak perkataan irrelephant yang telah dinyatakan dalam ayat-ayat di atas,kalau masih tak boleh kira nampak irrelephant sungguh.

    jumlahnya sama dengan 44!

    BalasPadam
  17. oh panda ! sungguh banyak irrelephant kau.

    BalasPadam
  18. aku rasa kagum dengan gambar yang di pamerkan sempat sedikit memotong markah puasa aku....ish3 depan belakang sama sahaja....keh3

    BalasPadam
  19. gambar di atas sekali sangat irrelephant..aku siap pgl opismate nak pastikan apakah di sebalik elephant itu..huahuahua..irrelephant sungguh!


    kalau ko tulis enti panjang2 pun aku still baca dengan gigih tahu..

    BalasPadam
  20. aku rasa kau jdik cmni sebab pic sememeh kau masuk paper.habis semua IRRELEPHANT!hahhaha.komen blog sendiri la,pic gajah yg totallt irrelephant la,dan juga tlh mmbuatkan semua peng-follow kau turut menjadi IRRELEPHANT bila jadi entri kau ni.haha..

    p/s:aku pon dah jadi irrelephant lah ni.tapi yg pasti aku paham la motip irrelephant 3 tuu..hahhaha

    BalasPadam
  21. @namaakulynn


    tgok,sbb irrelephant kau,aku dah typo.hahaha.

    aku nak cakap semua dah irrelephant bila BACA entri kau ni. #sekian

    BalasPadam
  22. Terus open new tab image utk gambr irrelephant 3.

    BalasPadam
  23. Pernah terjebak dalam kejadian Irrelephant 2. Baru semalam semasa solat tarawikh. Makmum di sebelah kanan sendawa bertalu-talu. Mengganggu kekusyukan seketika.

    Entri Terkini:
    Awas Dengan Muslihat Syaitan!

    BalasPadam
  24. "Tu, pegi masjid sinun" sinun tu bahasa semenanjung ke arc?aku ingat kat sarawak je guna =_="

    irrelephant 2 tu memang common kot.sebab time sembahyang mestilah senyap gaban kan.imam je kita dengar.orang batuk or sendawa memang automatik la terganggu wlaupun sikit.

    suka irrelephant ke 10.LOL.pelik gak aku tengok first komen dari ko sendiri.kahkah

    pewwiitt retis masuk paper ;p

    BalasPadam
  25. patut la rasa cam pernah nampak je, rupa2nya KMM jgk..

    BalasPadam
  26. setuju dengan namaakulynn. ke-irrelephant sungguh

    BalasPadam
  27. eh ni kelas saikoloji ke?

    Zzzz...

    BalasPadam
  28. irrelephant berapa-ntah: letak gmbr gajah bersenggama sbg penerangan visual tajuk ini.. LOL

    BalasPadam
  29. Gambar-gambarnya kom menghilang...???

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...