Langkau ke kandungan utama

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. (Papanda, 2010)

Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan.


#1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata:
Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus (Amenorrhea) , akak tak kisah der. jimat belanjawan negara nak beli tampons.

Adik ingat pempuan je ke nak jadi kurus macam ni? Laki pun ada tau tapi 0.3% dari populasi lelaki aje yang ada, tapi perempuan 0.9% lagi ramai. Orang laki buat ape kurus mayat macam akak? Tak hot berdesup ah. Kalau adik nak tahu, kami ni ada 2 group tau. Bukan group facebook ye...
a) Group restricting Sdn Bhd. - kawan kawan akak semua tak makan lebih dari 500 kalori sehari walhal perempuan kena ambik 1400-1600 kalori sehari tau
b) Group Muntah (purgatory) Sayap Kiri - Ni orthodox sikit dik. Untuk kekalkan badan zombie kami, kena muntah tau. Tapi muntah tu kalau bagi Badang makan, dia tak jadi kuat. Kadang-kadang susah guna jari, kami guna laxatives  dan juga enema (cucuk bahan kimia masuk ikut buntut)

Adik jangan banyak bunyi boleh tak? Karang akak cakar guna.. eh, nak cakar macam mana. Kuku rapuh, rambut rapuh, semua rapuh. Adik ada ubat tak? Kekadang akak rasa sejuk aje kat luar ni padahal 27C. haritu dokter akak cakap, tekanan darah akak rendah tapi takpe, demi kurus, akak rela!


#2: Wan Bulimia Nervosa
Buweghh buweghhh~~~!!! Eh kejap la dik , akak nak buat 'ritual' lepas makan ni. Tadi akak makan banyak sangat, suku pinggan! Harini takde mood la, tapi kadang-kadang akak ade makan bayak gilos, berpinggan-pinggan tapi of course la ritual menyembah jamban menyusul lepas tu kan. Dik tak faham dik, orang gemuk cam akak je faham; Isk, syahdulah pulak. Oh, akak dengan Siti Aneroxia share beli laxatives dengan enema sebab kalau beli barang secara pukal, dapat murah...Tapi ko janganla samakan akak dengan si Aneroxia tu. Dia tu mayat jembalang tanah mana entah. Cuba ko tengok gambar akak kat atas tu. Nampak biasa aje kan? haa itulah ajaibnya. orang tak perasan dik..Orang kata golongan kami ni 0.5% lelaki dan 1.5% perempuan. Tak tahulah, akak tak study psychology sebelum kamu

Bezanya dik akak dengan kak Siti ko tu, kami makan dulu sebelum ritual. Kadang-kadang makan sampai 10000 kalori untuk satu sesi. Lepas tu kami ada 2 group iaitu:
a) MuntahMuntah Enterprise - alat sama macam Kak Siti
b) Tak MahuMuntah Enterprise - ni mulia sikit, kami buat senaman tahap Spartan untuk buang balik kalori yang kami makan.
" Akak, akak tau tak dengan buat macam tu akak punya kalenjar liur akan membesar sebab selalu sangat muntah? Akak nak ke jadi macam anjing? Menjejer je air liur. Tak hot la kak. Saya tengok akak ni cukup mengancam dah. Kalah Gadis Melayu TV9. Cuba akak tengok gigi akak, habis enamel terhakis tu. Pensyarah saya bilang, jangan tunggu lama-lama, jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang..~. Eh, dia cakap, nanti akak ada intestinal problem tau. Camna akak nak berak nanti?"
Eh ko ni banyak songeh pulak. Pegi main jauh-jauh! Tu tanya junior kitorang pulak. Tak habis - habis makan. Sekeh kang


#3: Tijah Binge Eating Disorder (BED) aka Tijah Tilam
Ngap ngap ngap. Aa berapa kilo suda? Tak tahulah akak. Senaman? laxatives? buat apa semua tu? Buat sakit badan tu. Awak jangan pandang saya obesity tau, berat saya normal aje macam orang lain. Haa pelik kan kenapa korang tak pernah kenal saya? Sebab saya ni masih baru dan dalam kajian. Tapi prevalence menunjukkan 3.5% pada perempuan dan 2% pada lelaki ada gejala ni. Nampak sangat saya lagi popular dari dua mayat dengan kaki muntah yang awak temubual tadi.

Bagi awak memangla tak normal, tapi bagi saya biasa la ni, setakat kek coklat lapan biji, nasik minyak sepuluh kawah, ayam golek satu reban. Bak kata orang, small the pieces lah! Tapi saya pun tau berenti la kalau agak-agak rasa nak muntah tu saya stop. eh, awak nak pegi mana tu? Taknak gigit KFC saya ni ke? Ke awak nak berkenalan dengan adik saya si EDNOS (Eating Disorder Not Otherwise Specified) tu ?Apa, puasa? alolololo...

Info tambahan:
tahukah anda bahawasanya eating disorder ialah penyakit yang paling banyak menghasilkan kematian antara semua psychological disorder?
Cara pengubatan: paksa sumbat makanan dalam pesakit anorexia, dan beri CBT (Cognitive Behavioural Therapy) dan untuk bulimia pulak, kita bagi CBT sahaja. Tujuan treatment kita ada 2 sahaja iaitu untuk mengurangkan gejala fizikal yang tak bagus dan juga berhadapan dengan faktor sosial dan psikologi pesakit.
Tak faham boleh tanya. Esok saya ada test Abnormal Psychology pukul 9 waktu Malaysia. tolong wish all the best. Amat penting untuk score. Sekian.

Ulasan

  1. pernah kenal dengan orang yang bulimic ni. huhu

    btw, semoga boleh jawab lah esok :)

    BalasPadam
  2. semoga berjaye la ye abg papanda jadian... hehe

    BalasPadam
  3. salam arc~

    hehehe...
    kebyakkan nya smua pompuan kan?? :)

    BalasPadam
  4. woo bagus lah ko buat cerita camni. cepat ingat. aku pun suka buat cerita pasal kimia. heheh

    anyway, all the best!

    BalasPadam
  5. wah.. mantap ye..

    All the best ye..

    p/s:kita sindrom ske makan je.. hihi..

    BalasPadam
  6. haha. pandai ko buat dlm bentuk cerita (:

    BalasPadam
  7. pernah jadi bulimic dan sedang memulihkan diri

    BalasPadam
  8. hahaha
    ade 2 bende nk ckp

    gmbar mule2 tu..
    giler..scary la..huhu

    second..
    good luck ye dear:)

    BalasPadam
  9. LP Lum
    yup eating disorder memang kebanyakannya wanita. Kajian masih dijalankan kot2 ada lebih ramai lelaki

    HANA
    Apparently, soalan ni masuk exam aritu hahahhahah. Esok aku update pasal test

    BalasPadam
  10. aku pernah jadi bulimic. pernah bingeing (eja cmtu ke lupa ah nak refer textbuk nutrition) dan sekarang aku obese.

    aku tabik ah kat diorg sbb punya determinasi tinggi utk kurus/maintain berat. bukan senang tuh! :P

    good luck :D

    BalasPadam
  11. best gila masuk test. tahniah2.

    wei apesal disable komen kat latest post? baru je nak kutuk gambar. hahahah

    BalasPadam
  12. kalau benda2 fact ni ditulis cam bahasa buku teks, mmg aku skip awal2..haha

    gud luck bro.gua terhibur betol dgn temuramah bersama akak2 sekalian

    BalasPadam
  13. la napa la dia nak muntahkan semula makanan tu... pergi jer menetap kat negara yang miskin. gerenti lagi kurus py.. hehehehe jemput baca

    BalasPadam
  14. ohoo kurusnya kalah tiang lampu. all the best!

    BalasPadam
  15. tak tahu kenapa tapi bila baca entry ni, terus nak pergi check BMI.

    BalasPadam
  16. BED tu mcm org yg makan banyak2 yet still kurus ke ape? or over eating? kalo makan byk2 tp still kurus tu kan ade kaitan ngan metabolism? boleh relate ngan psychology jugak ea?

    BalasPadam
  17. @Flavian Azul

    benda ni abnormal dan berkaitan dengan minda, so psychology

    first sekali kena faham beza makan banyak dengan binge eating :)

    BalasPadam
  18. ouh2..xperasan ada perkataan binge tu..trimas for the info..seems like all action by body is influenced by mind. bukan involuntary action of body system punye factor je. phew.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...