Langkau ke kandungan utama

Dana Rumah Anak Yatim Jasa

Salah satu cara untuk kita bersyukur dengan nikmat pemberian Allah ialah dengan membahagi-bahagikannya serta berkongsi dengan orang lain lebih-lebih lagi dengan mereka yang memerlukannya. Dalam psychology textbook Gleitman 7th edition, perkara sebegini diberi nama "savouring". Aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan perkataan "menyedapkan kesedapan".

Dalam banyak-banyak kawan yang aku kenal dalam New Zealand ni ada terjumpa seseorang dengan misi yang mulia. Beliau dengan kawan-kawan beliau yang akan pulang ke Malaysia tak lama lagi membawa satu hasrat murni untuk memberi pendidikan kepada anak-anak yatim. Dari sudut pandangan beliau,
......seorang penghuni kecil, yang berumur 10 tahun menarik-narik aku menuju almari pakaiannya untuk menunjukkan aku sehelai baju raya yang diterima dari sebuah badan kebajikan. sehelai baju raya itu sudah membuatkan dia cukup gembira. aku bandingkan dengan diri sendiri yang sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. aku merasa sangat kecil dengan penghuni kecil itu.

ketika sesi kelas tambahan, aku menyedari kebanyakan mereka tidak mempunyai alat tulis yang lengkap. pensel pendek-pendek semua. itu ini tidak ada. lalu kami berpakat mengumpul duit sedikit seorang untuk membeli alat tulis kepada penghuni di sini. kami harap pertolongan kecil itu dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar. salah seorang dari mereka memberitahu kami, seorang rakan mereka mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana penjaga mereka tidak mampu membiayai kesemua mereka. rasa simpati makin menebal. apalah dayaku ketika itu......
Sedih tak? Dalam hidup aku pernah sekali je bertandang ke rumah anak yatim. Itupun tahun lepas. Bagi sesiapa yang tak pernah buat macam tu silalah pergi menyertai mana-mana badan kebajikan. Sumpah rasa sayu dan terasa mahu dan mahu menolong bagi yang berkemampuan.
InsyaAllah aku akan pulang ke Malaysia tak lama lagi. Dan aku bersama beberapa orang rakan lain telah berpakat untuk mengadakan satu projek amal untuk menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Jasa yang terletak di Ipoh, Perak. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah Hari Terbuka di mana pada hari ini akan diadakan jualan barang-barang terpakai, aneka makanan, cabutan bertuah, pertandingan dan pelbagai lagi aktiviti menarik....

... mengharapkan sokongan anda semua yang singgah di blog ini untuk menghulurkan sumbangan ikhlas kepada projek ini. Nombor akaun tertera di poster di bawah. Mudah-mudahan Allah memberkati anda yang bermurah hati dan moga Allah mempermudahkan perjalanan projek ini...
Jadi apa yang anda boleh buat?
  • Menderma pada akaun CIMB Islamic Bank (1275-0000842-20-6) dalam gambar di atas. Sila tulis PROGRAM AMAL di bahagian details. Tak banyak, sikit pun bolehlah RM10? RM1 pun Hana terima. Insya Allah mereka tak makan duit tu. Kalau depa makan, perut depa yang busung nanti. Makan harta anak yatim dosa besar tahu? Tarikh akhir sumbangan ialah 31 Disember 2010
  • Mereka yang berada di New Zealand boleh menyumbang kepada Sharihana Ab Halim 06-0869-0290438-00 National Bank of New Zealand
  • Reblog/retweet entry ini ke laman sosial anda supaya rakan-rakan anda yang bermurah hati dapat membantu
  • Mendoakan kejayaan mereka
Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Program Insya-Allah berjalan dan harta sumbangan tidak diselewengkan.
P/S: Ini entry amal kebajikan. Anda tak perlu klik Nuffnang saya untuk ketika ini

P/S: Masih menunggu rakyat Malaysia Islam yang mahu gunakan DiGi Free Your Idea sebagai amal kebajikan. Semua nak enjoy je lemau la camtu.

Info tambahan/pertanyaan: HANA | Mesej saya ARC

Ulasan

  1. pembetulan Arc, CIMB Islamic Bank, bukan Maybank. thanks =)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. baiknye hati hana. and asfan juga, sudi promosi :)

    BalasPadam
  3. baik bos! haha insyaAllah.. Semoga Allah balas niat baik kalian..:)

    BalasPadam
  4. @L.O.V.E hUnTeR
    Thanks Love Hunter. First unexpected commenter. :)

    BalasPadam
  5. Semoga di permudahkan. Nak komen sikit la kan. Aku notice ada segelintir masyarakat ambil kesempatan mempergunakan nama rumah kebajikan mintak derma di tepi jalan. Kadang kala kite rasa teragak-agak nak bagi ke tak. I think instead of cuma hulurkan tangan ringankan beban, Try come out dgn cara "Berusaha" macam buat jualan amal or sewaktu dengannya. Bukan nak kata korang menipu la kan. Cuma nak bagi cadangan.

    Serius woh,once dinner siap budak mintak derma untuk rumah anak yatim tu cakap "Ala kak, bagi je la" Nak bagi kitorang takut sindiket. Sedangkan surat2 pengesahan tu pon manusia sanggup nak palsukan.Bagi kitorang nanti kalau bagi, sindiket lagi suka.Tapi kalau tak bagi,alahai,kesiannye kalau betol2 susah!

    Eh, kalau ada apa-apa aktiviti kebajikan nanti kau update ek. Mane tau aku free, aku boleh follow.

    BalasPadam
  6. @IRAH HAJERAH AZMAN
    huahauha weh. g bace blog hana tu. mmg die nak buat jualan pun :)

    BalasPadam
  7. wah...mulianya hati ko buat cmnie...hehhehe...moga2 berkat idop..

    BalasPadam
  8. nak tnya, ada contct prson in chrge untk > rmh ank yatim jasa ni x?
    tq..
    urgent

    BalasPadam
  9. @aliahelmi

    sorry xtau..ni post utk kawan niii
    . pastu xjumpa lak fb dia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...