Langkau ke kandungan utama

#Tips Tidur Dari Sudut #Psikologi

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan dan selamat kembali ke blog ni eceh. Malam ni keihatan timeline twitter bergerak pada kelajuan anak siput baru nak belajar mengesot dan ini merupakan sesuatu perubahan positif sebab mungkin mereka ini sedang tidur. Daripada entri lepas Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tidur, saya terlupa nak sebutkan dua kesan tak cukup tidur yang penting untuk tubuh badan kita. Efek tersebut adalah:

  • Tak cukup tidur buat korang gemuk.
  • Tak cukup tidur buat orang stress, dan menyebabkan jerawat

Are these not enough reasons to make you sleep at night? Jadi persoalan yang ditanya kawan di twitter dan ruangan komen berbunyi "macam mana cara nak tidur malam? Saya ada masalah tidur" dan variasinya. Izinkan saya beri cadangan dalam konteks behaviour modification


Sebelum saya menjawab soalan ni, bagi mereka yang ada masalah tidur di waktu malam, biar saya teka apa yang ada di sekitar kawasan tidur korang (bilik tidur lah, takkan jamban pulak). Saya syak dalam bilik korang ada barang berikut


  • Smartphone
  • Laptop
  • Meja study yang sangat dekat dengan katil
  • Buku bacaan ringan sebelum tidur
  • Roommate yang sama perangai tak tidur malam

Behaviorism: Classical Conditioning

Kalau cerita dari A to Z classical conditioning ni memang tak cukup masa. Secara simple lah kan, tak boleh tidur malam sebab kita dah tak kaitkan katil dengan tempat tidur. Kalau biasanya kita anggap katil dan bilik tidur tu ialah tempat tidur, tapi sekarang association tu dah hilang sebab korang banyak buat benda lain dalam tu. So, dalam jangka masa panjang, bilik tidur akan dikaitkan dengan 'berjaga'.

Beza orang Insomnia dengan orang tak Insomnia ialah orang biasa tidur nyenyak atas katil sendiri. Sebab association tu kuat, bukan dengan benda lain.

Yang saya pelik tengok, bila orang terbangun tidur, dia akan tulis di Facebook/twitter "Aih terbangun, aih tak boleh tidur". Saya berpegang pada usaha, kalau tak usaha, macam mana nak dapat tidur? Kalau awak tweet, mestilah mata segar dan tak tidur. Capiche?

Cara Tidur: Behaviour Modification Technique & Stimulus Control

So dengan penerangan di atas tadi, adalah amat senang faham cara untuk tidur ialah dengan menjauhkan bilik tidur dengan benda-benda tu. Korang boleh guna cara yang diadaptasi dari Bootzin (1972) dan disokong oleh beberapa kajian seterusnya untuk bukti:


  • Naik katil setiap kali rasa mengantuk
  • Jangan tengok TV/baca buku/online atas katil

  • Kalau naik katil dalam masa 5 minit masih tak tidur, keluar bilik dan buat lah apa-apa. Baca buku sejarah di luar bilik, maybe? Mesti mengantuk
  • Bila mengantuk sikit je, terus masuk dalam bilik dan tidur. Kalau lepas beberapa minit tak tidur jugak, ulang step atas
Selain tu, saya jugak menyarankan korang off telefon, cabut wayar laptop dan pastikan bilik sangat-sangat gelap masa tidur. Bila kita rasa sebab untuk bangun tidur dan online tu senang, available, mesti rasa nak online. 

Mula-mula memang cara ni lambat establish cara tidur, tapi lama-lama kalau korang ikut step tu Insya-Allah berjaya. Selamat beramal. lol. 

**Kajian saintifik dan psikologi yang disertakan dah link dengan teks berwarna merah. Boleh klik untuk bacaan lanjut kalau rajin. Most studies are in PDF and I may have access to them. Siapa nak copies of those research articles, boleh minta di twitter or Facebook.

Ulasan

  1. sangat setuju..online, melayan twitter, melayan FB, baca blog, pendek kata online lah akan ganggu pola tidur..so bila nak masuk tidur, jauhkan dari gangguan, tutup lampu, tutup pintu, jangan lupa baca doa

    BalasPadam
  2. betul... ngantoklah.. nak tido skrg la..

    BalasPadam
  3. masalah aku, aku suka sangat tido..

    lagi semangat nak tido bila stress yg byk keje kene buat..

    BalasPadam
  4. sebab tu sekarang ni dalam bilik tidur aku ada katil dengan meja study je.pc,laptop dgn komik semua dah campak pegi bilik lain.haha.

    BalasPadam
  5. tapi kan bang, kalau yang jenis takleh tido dalam gelap, nak buat macam mane pulak? hrm

    BalasPadam
  6. @ayuazami haa tu kisah panjang. Ngape xleh tido dlm gelap? takut?

    BalasPadam
  7. @norinaomar haaa gitu. Pendek kata jangan bagi sebab untuk diri sendiri bangun di tengah malam

    BalasPadam
  8. aku jugak yang senang .. asal ada tilam , selimut, bantal , teros aku boleh tido.. anytime ...

    BalasPadam
  9. Yang xleh tdo sorg cmne...aishhh bila xde teman mesti mata terkebil kebil smpai pg..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...