Langkau ke kandungan utama

Membezakan Senyuman Palsu dan Asli

Senyum, satu benda yang sangat mudah. Antara benda yang paling logik kalau kita bertentang mata dengan orang ialah dengan senyuman kerana dari mata tu lah, akan jatuh ke hati dan ikatan dapat dijalin. Yang bermusuh dapat diamankan, yang aman dapat dimesrakan. Tapi realitinya, senang ke dapat senyuman ni? Kadang-kadang kita pandang orang, respons yang biasa kita nampak ialah samada orang tu bermuka toya ataupun pandang tempat lain.

Gambar diterbitkan dengan izin pemiliknya

Fakta bukan psikologi: Senyuman kepada kenalan atau orang yang tidak dikenali tidak akan menipiskan dompet anda mahupun membunuh mana-mana jiwa yang tidak bersalah. 

Walaupun kita mendapat senyuman daripada orang, adakah kita pasti senyuman tu betul-betul asli, ataupun senyuman buat-buat sahaja? Seriously, mengetahui senyuman tu asli ataupun tidak adalah tidak penting dalam sesetengah hal, tapi cuba bayangkan jika korang nak buat lawak, kawan korang senyum. Dalam hal ni, mengetahui senyuman tu asli ke tak adalah penting, ye dak? Senyuman juga penting dalam menentukan tahap kegembiraan seseorang tu. Tapi dalam konteks lain, macam jumpa member tengah jalan, dapat senyuman dah cukup baik.

FAKTA SENYUMAN ASLI:

Senyuman 'asli' sebenarnya ada nama iaitu "Duchenne Smile" sebab orang yang buat kajian pasal senyuman asli ni nama dia Guillaum Duchenne, seorang pengkaji fisiologi abad ke-20. Antara ciri-ciri yang ada dalam senyuman asli ialah:

Kedutan di hujung mata - efek daripada otot orbicularis oculi
Tulang pipi yang menaik - efek daripada otot orbicularis oculi
Lengkungan di hujung bibir - efek daripada otot zygomatic major (source)

Gabungan ketiga-tiga ciri inilah yang menghasilkan senyuman yang comel dan menyejukkan hati mana-mana insan yang memandang.

FAKTA SENYUMAN PALSU

Masa tangkap gambar, biasanya orang akan cakap "1..2...3..senyum!" atau kalau barat sikit, "say cheese!". Bagi aku, sangat susah nak bagi senyuman "Duchenne" masa tangkap gambar, dan sebab itu jugak, aku tak suka tangkap gambar orang; senyuman asli tu susah nak dapat.

Untuk senyuman tak asli ni, hanya otot zygomatic major (mulut) yang bagi respons. Jadi, mulut akan melengkung dan beri senyuman tapi tulang pipi tak akan naik dan mata tak berkedut.

Ini hanyalah idea asas untuk senyuman asli dan palsu dan of course, benda ni hanya boleh jadi assumption untuk kita tengok muka orang. The basic idea is, kalau kita tahu orang tu tak berapa happy, mungkin itu ialah tugas kita untuk buat orang tu happy. Ada quote dan 'motivational' poster yang orang selalu post dekat twitter dan facebook yang kononnya senyuman menggunakan otot yang kurang daripada yang kita guna untuk buat muka masam. Walaupun niatnya untuk menggalakkan orang senyum selalu ialah bagus, tapi setahu aku, tiada kajian yang berjaya menyokong dakwaan tersebut.

Jadi, sebagai praktis, scroll balik ke atas page ni dan tengok gambar tu. Adakah ianya senyuman asli atau senyuman palsu? Untuk praktis dengan lebih banyak, boleh pergi ke link ni. http://www.bbc.co.uk/science/humanbody/mind/surveys/smiles/

P/S: Sebenarnya aku nak cakap, tak mati pun kalau senyum dekat orang yang kita kenal. Nak senyum dekat orang yang tak kenal pun bagus.
P/S: Untuk buat abang dalam gambar di atas senyum lagi, bolehlah klik link ni (Volkswagen Polo Montage) dan hadiahkan benda tu dekat beliau.

Ulasan

  1. dalam english, senyum dan sengih adalah perkara yang sama atau tidak?

    BalasPadam
  2. ensem la abg kt ats tu. mintak sign

    BalasPadam
  3. fulamak. senyum nampak gigi putih berseri. iklan darlie tu. hehe.

    ok, SMILE :)

    BalasPadam
  4. kalo camni :)
    asli ke tak?


    nice info. ramai wat fake smile rather than ori smile.

    BalasPadam
  5. dpt score bape utk test 2?sy dpt 14/20 jew la..thanks for sharing~

    BalasPadam
  6. Saya tak suka diambil gambar sebab tak reti senyum naturally. macam pelik bila tengok sesetengah orang tu kalau time ambik gambar mesti ada senyuman atau pose tertentu. Nampak tak ikhlas.

    BalasPadam
  7. kalau dalam bahasa utara, rengih tu sama tak macam sengih atau senyum? hehe

    BalasPadam
  8. kahkahkah.jap.aku terus nak komen lepas tgok pic tersebut.jap lagi sambung baca semula.takleh bla pic.mmg boleh buat iklan ubat gigi!PANDA FTW!hahahaha

    BalasPadam
  9. @lynnaiza sehari gosok dua kali, satu sesi 5 minit ye adik-adik

    dan gunalah colgate whitening enhanced formula

    BalasPadam
  10. macam mana pulak dengan orang yang bila senyum mata dia tertutup macam aku? :p

    BalasPadam
  11. err.. x boleh besar lg ke gmbr tu? aku pulak yg segan nk tengok. mcm face to face betul2 pulak.

    BalasPadam
  12. sementara nak habes baca entri ntah bape kali aku senyum smbil2 pegang pipi rase naik ke tak hahahahk...

    BalasPadam
  13. peh..model senyum tu kacak betol..;p

    senyum ni byk jenis jugak kan..senyum ori, senyum palsu, senyum sinis, senyum sipu malu..erk? betul ke? ehehe..

    BalasPadam
  14. kalau jumpe makcik2 dekat opis memang kdang2 tpaksa senyum fake...
    kang makcik2 gosip le pule...

    BalasPadam
  15. Aku tak reti la nak senyum. Kalau aku senyum mesti kawan- kawan aku still tanya. "Apsal ko masam je ni?"


    Aku dah senyum la... :(

    BalasPadam
  16. owh..siap ade kajian pasal senyum rupanya...baru tahu..hehehe..btw, sy nie spesis orang yg suka senyum walaupun dlm hati tgah sedih...uhuhu..

    BalasPadam
  17. senyum2 dapat sejukkan hati org yang tengah panas hati.. depend jgk la.. ada yg lagi panas hati pon ada.. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit...

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master...

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke int...