Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Psikologi Neurosains

Trichotillomania - Kegilaan Mencabut Rambut

Untuk 2 minggu lepas ni, saya suka menonton satu cerita yang bernama Criminal Minds yang dahulunya mengemukakan banyak statistik tentang jenayah dan kaitan dengan mental illness. Dalam satu episod, dia ada cerita pasal sejenis Impulsive Control Disorder (ICD) ( klik untuk baca tentang OCD | klik untuk baca tentang OCPD ) yang dinamakan sebagai Trichotillomania (TTM).  Walaupun dalam Bahasa Melayu, trichotiilomania ni boleh didefinisikan sebagai sejenis gangguan yang menyebabkan orang mencabut rambut, tapi tak semestinya rambut yang di atas kepala tu sahaja. Antara jenis rambut (atau bulu) yang selalu dikaitkan dengan kes trichotillomania ialah kening. Fenomena mencabut kening ni boleh dilihat dalam cerita "The Internship".  Selain daripada rambut dan bulu kening, tak ketinggalan juga dalam senarai ialah bulu hidung, bulu tangan, bulu kaki, bulu kemaluan dan juga bulu mata. Ouch. ETYMOLOGY Trichotillomania berasal daripada perkataan Greek oleh seorang pakar ku...

Skizofrenia tu Apa?

Isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan penduduk Malaysia which is a good thing but unfortunately rakyat Malaysia tidak mengambil maklumat tentang kesihatan mental daripada sumber yang betul tetapi daripada laman sosial yang disebarkan oleh kawan-kawan yang tiada latihan dalam bidang kesihatan mental. Tak kurang juga yang membuat penulisan dalam bentuk cerpen yang... ..juga tak berapa betul sampaikan menyebabkan stigma kepada mereka yang mempunyai gangguan mental semakin marak dan akhirnya disisihkan masyarakat. Antara gangguan mental yang selalu disalahertikan dalam artikel-artikel yang dipanggil sebagai cerpen ataupun novel ialah sejenis penyakit yang diberi nama Skizofrenia. Saya secara sendirinya lebih menyukai terma "gangguan" berbanding "penyakit" sebab seolah-olah skizofrenia ni boleh pula berjangkit (pendapat peribadi) Tidak. Skizofrenia tidak boleh berjangkit. Kepada para p...

Psikologi Melatah

Ada orang kata bahawa melatah ni merupakan satu fenomena yang hanya berlaku kepada orang Melayu dan saya sendiri pernah membacanya dalam sebuah tesis yang ditulis orang Inggeris semasa belajar di Victoria University of Wellington pada tahun 2011. Malah dalam kajian Kenny (1978) pun turut mengatakan yang melatah ni sinonim dengan Tanah Melayu dan Indonesia sejak abad ke 19 lagi. Tapi kalau kita baca lagi melalui sumber-sumber lain, maka kita akan tahu bahawa yang sebenarnya melatah ini bukanlah unik pada Kepulauan Melayu sahaja Latah mengikut definisi Kamus Dewan Pelajar ialah: atah I 1 penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa disedarinya apabila dirangsang. 2 berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah. 1. Mengikut definisi kamus dewan yang juga turut digunapakai oleh jurna...

Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal

Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar Teka-teki: Saya seorang doktor, boleh berikan diagnosis, dan boleh memberikan preskripsi ubat. Dalam konteks profesion psikologi, siapakah saya? Sila jawab di bahagian komen selepas membaca artikel ini P Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profes...

Fenomena 'Ditindih Hantu' dan Psikologi

Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur . Caption iklan: "hai saya doktor gigi" "Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!" (Mangsa, 2005)

Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif. Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter  @psikoologi  dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka