Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar
Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profesion yang tiga ini ter
--------------------------------------
#1. PSIKOLOGIS/AHLI PSIKOLOGI
--------------------------------------
Secara mudahnya, seorang psikologis ialah seorang manusia yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang psikologi. Buku teks psikologi, menggunakan pengetahuan daripada artikel dan journal yang ditulis oleh mereka ini. Contoh psikologis yang terkenal ialah seperti B.F Skinner, James Watson, Brofenbrenner, dan sebagainya kerana tanpa mereka-mereka ini yang pelopor kepada psikologi asas moden, tiadalah penemuan baru yang akan dibuat. Dalam kata lain, kalau dalam bidang kimia kita ada ahli kimia, maka dalam psikologi kita ada psikologis/ahli psikologi.
Walau bagaimanapun, bukanlah semua orang mampu mendapat gelaran psikologis ini. Seorang pelajar dalam bidang psikologi yang menulis artikel dan berjaya menerbitkannya dalam jurnal antarabangsa belum lagi boleh dipanggil sebagai psikologis kerana untuk bergelar sebagai psikologis, gelaran tersebut mestilah berdaftar dan berlesen terutamanya di luar negara. Mereka ini juga memegang kelulusan Doktor Falsafah (PhD) [sesetengahnya hanya memerlukan Masters Degree dan paling cikai, ijazah sarjana muda] dalam psikologi dan kerjanya adalah untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik. Selain daripada Masters atau PhD, untuk menjadi seorang Psikologis Berdaftar, seseorang itu perlu menjalani latihan klinikal berpantau selama 2 tahun
Antara kerja psikologis ialah:
- Menjalankan sesi terapi berkumpulan ataupun secara individu untu orang dewasa, kanak-kanak, keluarga tentang masalah seperti depresi, anzieti, dan masalah dadah
- Bekerja di sekolah untuk membantu pembelajaran murid-murid. Di Malaysia, servis ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, terutamanya.
- Menjadi pakar rujuk khas tentang psikologi terutamanya prosiding mahkamah yang memerlukan kepakaran tersebut
Kesimpulannya, psikologis ialah seorang pakcik yang power dalam pengetahuan psikologi dengan begitu mendalam sekali.
-------------------------------------------
#2. PSIKOLOGIS KLINIKAL
-------------------------------------------
Untuk psikologis klinikal, mereka ini ialah mereka yang ada kelulusan sama dengan seorang psikologis, ditambah lagi dengan 2 tahun program Masters dalam latihan klinikal yang dikendalikan oleh universiti yang bertauliah. Setelah siap Masters, mereka perlu lagi menjalani program pemantauan klinikal selama 2 tahun dan perlu menjalani pengajian tambahan setiap tahun. Untuk psikologis klinikal, ada yang dapat title "Doktor" dan mereka ini ada PhD dalam psikologi ataupun Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal (Psy. D)
Sebagai seorang psikologis klinikal, anda tidak boleh memberikan preskripsi ubat sebab hangpa secara natijahnya bukan doktor perubatan! Di beberapa tempat di seluruh dunia, profesion ini mempunyai kebenaran untuk memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu sahaja.
So far kita dah kenalpasti kerjaya psikologis klinikal dengan psikologis tak ada beza kan? Sebenarnya psikiatris tugasnya lebih kepada individu yang mengalami gangguan teruk seperti masalah mental manakala psikologis pula membantu masalah yang kurang teruknya. Make sense kan? Sebab ada latihan tambahan 2 tahun siap dengan sambung pengajian lagi
------------------------------------------
#3. PSIKIATRIS/ PAKAR PSIKIATRI
------------------------------------------
Biasanya orang tanya apa perbezaan psikologis dengan psikiatris? Seorang psikiatris mulakan karier mereka dengan mempelajari ilmu perubatan. Maknanya mereka perlu ada kelulusan dalam bidang perubatan daripada institusi yang diiktiraf. "Doktor" homeopati tak kira, ok? Biasanya step 1 ni mengambil masa kira-kira 5 tahun
Kemudian, doktor-doktor muda ni akan menyambung residency training mereka dalam bidang kesihatan mental pula selama 4 tahun. Setelah tamat, barulah mereka akan diberi lesen sebagai psikiatri
Disebabkan mereka ini ialah doktor, maka mereka memegang mandat dan kuasa untuk memberikan ubat kepada pesakit mereka. Psikologis dan psikologis klinikal akan merujuk kepada mereka ini untuk pesakit masing-masing. Antara tugasan lain termasuklah:
- Mendiagnos dan merawat pesakit mental
- Memasukkan pesakit ke dalam wad mental
- Mencadangkan terapi dan memberikan ubat-ubatan
Okay cukuplah maklumat setakat tu. Diharapkan kami telah memberikan penerangan yang cukup baik untuk perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Kalau pembaca sekalian faham dengan apa yang disampaikan, cubalah jawab soalan yang tertera di bawah gambar di permulaan artikel ini.
Hantarkan komen dan pertanyaan anda di bawah ini. Kami ingin mengetahui respon anda
BETULLLLLL!
BalasPadamSo klau nak jadi klinikal psikologi kena ambik master la 2 tahun ? macam mna pulak dengan degree ? Untuk jadi seorang klinikal psklgi adakah dia ambik kira spm ? macam mna klau orang tu msa spm bukan dalam aliran science adakah dia layak dlam klinikal pskologi ?
BalasPadammein god.
BalasPadamhttp://www.arcx13.com/2015/03/layak-ke-keputusan-spm-saya-untuk-psikologi.html
mcm mana nk jadi psikiatri tu?
BalasPadamambik medic first, and then sambung master in psikiatri. then baru boleh jdi psikiatri....leh baca balik post ni...
BalasPadamala.. lamanya..
BalasPadambtw, thanks...
(psychiatric) dlm bidang perubatan yg awak mention tu, diploma apa je yg sesuai untuk ambik degree psikiatri? anything asalkan medical field ke atau diploma in perubatan(umum) je? diploma medical lab boleh tak? :-)
BalasPadamsaja nak tanya sebab nak tahu. kalau penyakit macam yang apa tu ermm dissociative identity disorder atau penyakit yang dia boleh nampak orang dan dia je boleh nampak tu psychologist atau psychiatrist yang kena rawat?
BalasPadam