Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Psikologi Jenayah

Bystander Effect - Mengapa Kita Tak Tolong Orang?

Kadang-kala kita jalan-jalan dekat pasar dan kita nampak pengemis yang sangat kasihan rupanya. Kaki tinggal sebelah, mata buta, dan memegang sebiji mangkuk yang berisi wang syiling - meminta derma daripada pengunjung-pengunjung kawasan yang bermurah hati. Kadang-kala saya perhatikan banyak juga yang mereka dapat tapi mungkin ada masanya pendapatan tak seberapa. Ada antara kita yang bermurah hati untuk terus menderma dengan ikhlas namun ada pula yang berfikir dua tiga kali untuk tolong dan ada yang tak tolong langsung. Kalau menderma pada yang memerlukan tu tak nampak penting? Macam mana pula dengan kes pembunuhan?

Soalan Psikologi 1 - Adakah Seorang Pembunuh Bersiri Diwarisi daripada Ibu Bapanya?

Dalam entri William Yau yang lepas, nampaknya ramai pembaca blog ni yang berminat tengok Criminal Minds dan berminat dengan Psikologi Jenayah. Saya tak hairan sebab subjek ni memang menarik dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan terutamanya di Malaysia, maka saya jadikan benda ni siri sebab banyak lagi artikel akan datang. Dalam entri lepas, saya diajukan dengan 2 soalan yang sangat menarik daripada Shahada Fauzi . Pembaca lama ni. So, inilah soalan beliau

William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13 , pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13. As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below: