Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Malaysian thing in New Zealand

Ini bukanlah entri pasal iklan Nescafe bodoh yang guna manglish tahap kronik seperti aku buat itu hari. Rujuk entri ni  tapi ini adalah pengakuan seorang mat skandal yang kini berada di New Zealand demi membantu anak nusa bangsanya sendiri di masa hadapan. Adapun, Encik A (bukan nama sebenar) telah membuat pengakuan berani matinya iaitu beliau telah pun memecah keegoan diri beliau dengan pergi berjoget di NZ sedangkan beliau langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan tapak kakinya di dalam arena penarian ini. Menurutnya, dia adalah seorang yang 'keras' dan telah dilatih untuk hidup dalam suasana kawad. Buktinya: Entah mengapa beliau pergi ke tapak latihan tarian, lalu berhasrat untuk melibatkan diri. Mungkin baginya, ini merupakan suatu peluang yang baik untuk berkenalan dengan orang ramai, dan juga menimba pengalaman baru. Ya, sampai bila aku nak penuhi hati dan jiwa aku dengan keinginan untuk menikam manusia bertubi-tubi? Harus diterapkan sifat lain juga. Seorang mangs

3 jam untuk aiskrim antibiotik

Hari ni sangat banyak masa lapang sebab kuliah aku hanya sejam. Jadi dengan bernasnya selepas perkara-perkara perlu dah diselesaikan, aku pun terasa lapar. Lapar ini bukan lapar sebarangan, ianya lapar aiskrim! Memang antara elemen terrbaekk kalau anda mahu menternak lemak di bahagian punggung. Dan yang lagi bagusnya, lapar ini bukanlah datang dari kepala hotak aku sendiri tetapi datangnya adalah dari buah fikiran orang lain. Tapi yang anehnya perjalanan nak ke kedai aiskrim yang diberi nama Kaffee Eis tu mengambil masa hampir 2jam. Kenapa agaknya? Mari kita lihat, untuk ke tempat tersebut, wajiblah melalui kawasan Miami mini. Banyak kapal layar doh kat sini. Tapi yang pastinya dalam banyak-banyak ni takde satu pun yang aku punya. kalau ada laut, wajiblah ada pantai. Dan bila nampak pantai, wajiblah singgah! So, daripada nak pegi makan aiskrim tadi, kitorang pun pegila lepak kat pantai tu. terbaek ah tempat dia. Panas tapi dalam amsa yang sama, angin kuat gile. Suhu? 18C. Oh sebenar