Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Penyakit Gila Ketika Bulan Mengambang

Beberapa hari lepas, sekali lagi kami guru-guru dan pembantu di sekolah membincangkan soal kebajikan pelajar (walaupun secara tidak formal) tentang pelajar-pelajar tertentu yang tidak diketahui diagnosisnya. Untuk makluman pembaca semua, pelajar di pendidikan khas perlu mendapatkan kad OKU sebelum boleh diterima masuk ke dalam program pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan program tersebut dan dalam kandungan kadnya ada dilaporkan sama ada pelajar tersebut: LD = Learning Disabilities , masalah pembelajaran DE = Deaf, pekak setidak-tidaknya inilah senario di tempat saya berkhidmat. Ada juga kategori lain yang akan dibincangkan dalam artikel di lain hari tetapi apa yang anda kena tahu ialah individu LD merangkumi mereka yang bermasalah autisme, ADHD, selective mutism (tahun ni ada seorang pelajar), Down Syndrome, dan lain-lain gangguan dalam DSM yang boleh mengganggu kefungsian hidup seseorang dan seterusnya menghalang individu tersebut daripada belajar seca

Cara Buat Assignment Review Filem Psikologi Abnormal

Semua pelajar yang mengambil jurusan psikologi pasti akan mengambil subjek yang berkisar tentang psikologi abnormal. Jika subjek ini merupakan subjek elektif, saya memang sarankan adik-adik ambil sebab ia memang sangat menarik dan penuh dengan informasi yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang membacanya. Sejarah tentang rawatan sakit mental yang melibatkan penghalauan jin, pembuangan darah, dan melubangkan kepala semuanya diterangkan dalam subjek Abnormal Psychology. Kebiasaannya, para pelajar akan menerima tugasan daripada penceramah di mana mereka akan diminta untuk menulis analisis tentang filem yang menceritakan perihal psikologi. Ramai pelajar yang rasakan tugasan ini  merupakan sesuatu yang mudah tapi jangan tersilap langkah sebab walaupun anda dapat menonton filem sebagai satu tugasan, laporan analisis masih kekal sebagai satu kerja yang rasmi dan menuntut anda supaya mengikuti cara gerak kerja yang betul. Jadi, apa yang perlu anda semua buat sebelum me

Fakta Psikologi: Perempuan Tidak Suka Overthinking

Selalu kita nampak website-website murahan menggunakan terma seperti "overthinking" yang kemudiannya dikaitkan dengan aspek psikologi seseorang terutamanya kaum wanita. Sudah saya terangkan dalam artikel yang terdahulu bahawa

10 Mitos Tentang Penyakit Mental

Berikut adalah 10 Mitos Tentang Penyakit Mental (10 Myths About Mental Illness) yang anda semua patut tahu. Sama seperti bidang perubatan, penyakit mental juga ada mitos yang ramai orang sebarkan tanpa bertanyakan kepada yang ahli. Maka, mari kita tengok apakah mitos-mitos tersebut MITOS 1: Penyakit mental tidak dialami oleh kanak-kanak FAKTA SEBENAR Majoriti penyakit mental yang dialami pada peringkat dewasa bermula pada zaman kanak-kanak / remaja. Dan majoriti belia yang menerima bantuan / rawatan berjaya berkembang dengan baik. Majority of adult mental illness begins during childhood or adolescence. Most of youth who receive help improve significantly with treatment. 多数精神病起源自孩童或青少年时期。大部分接受治疗的病患,病情将会得到显著的改善。 MITOS 2: IBU BAPA PUNYA DOSA, ANAK DAPAT PENYAKIT MENTAL FAKTA SEBENAR: Penyakit mental di dalam kanak-kanak adalah disebabkan biologi, persekitaran, atau kedua-duanya sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetic dan ketidakseimbangan bahan kimi