Langkau ke kandungan utama

Fakta Psikologi: Perempuan Tidak Suka Overthinking


Selalu kita nampak website-website murahan menggunakan terma seperti "overthinking" yang kemudiannya dikaitkan dengan aspek psikologi seseorang terutamanya kaum wanita. Sudah saya terangkan dalam artikel yang terdahulu bahawa
hidup kita ini sentiasa dahagakan maklumat kerana manusia adalah informavore iaitu makhluk yang sentiasa lapar akan maklumat.
Jadi, normallah bila kita sentiasa mencari maksud dalam kehidupan seharian terutamanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan psikologi.

Menurut pemerhatian saya, orang yang teruja dengan perkataan "overthinking" ini terdiri daripada dua jenis
  1. Jenis yang memang mencari maklumat atas dasar ingin tahu 
  2. Jenis yang suka sebab benda tu hype dan dirasakan begitu baru sekali. Mestilah nak jadi trendsetter baru lah cool 
Malang sekali, yang paling ramai, dan tentu sekali, ini ialah pandangan peribadi, ialah jenis kedua iaitu yang suka meyebarkan maklumat hip untuk kelihatan seperti informavor kelas pertama walaupun darjah dan pangkat seumpama itu tak wujud.

Ya, benar, banyak website menggunakan perkataan "overthinking" dan mungkin dalam konteks tertentu, terma itu boleh digunapakai tetapi kita sedang membincangkan sesuatu yang di dalam konteks psikologi. Selalu orang bertanya

"salam, bolehkan jelaskan overthinking dari sudut psikologi?"

"ooo rupanya perempuan memang suka overthinking. Patut la selalu cepat depressed"

Jadi, persoalannya, adakah overthinking wujud dalam konteks psikologi?

Jawapannya, overthinking tidak ada kaitan dengan psikologi dan ini ialah fakta. Walaupun perkataan tersebut (kata dasar: overthink) wujud dalam kamus Oxford, tetapi gunalah perkataan tersebut dengan tanpa sebarang konotasi psikologi kerana perkataan yang anda ingin cari sebenarnya ialah "ruminating"

Apakah itu ruminating?

Kata dasarnya ialah ruminate di mana menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Online, maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah merenung. Sebenarnya ruminating juga ada perkataan lain yang sinonim dengannya iaitu brooding. Berbeza dengan overthinking, kedua-dua perkataan ini pula memang ada membawa ertinya dalam bidang psikologi.

Manusia yang normal apabila ditimpa musibah akan berasa sedih dan untuk pulih daripada keadaan yang tidak selesa itu, langkah-langkah penyesuaian atau pemulihan jiwa seperti berkebun, bersukan, bersosial dan sebagainya perlu diambil. Orang yang mengamalkan brooding atau ruminating tidak akan menyesuaikan diri dengan aktiviti yang mempunyai nilai terapeutik, tetapi sentiasa memainkan semula keadaan yang menyedihkan di dalam minda mereka. Contohnya, seorang perempuan yang baru sahaja putus cinta dengan teman lelakinya asyik memikirkan keadaan sedih itu setiap hari sehinggalah susut berat badannya. Jadi, ruminating ini maksudnya ialah apabila kita terlampau fokus kepada benda yang membuatkan kita mengalami distress dan tidak mencari jalan penyelesaian.

Bayangkan minda anda adalah sebuah tangki air. Orang yang mengamalkan ruminating tidak mempunyai sistem tapisan lalu menyebabkan tangki tu kotor dan mendatangkan pelbagai penyakit. Orang yang tidak ruminate, mindanya seperti akuarium yang mempunyai sistem tapisan. Kotoran masih akan masuk ke dalam sistem, tetapi selepas itu akan dibuang

Siapa yang mengamalkan ruminating?

Ada sebabnya contoh awal tadi menggunakan nama Siti. Secara umum dan berdolak dalihnya, orang yang mengamalkan ruminating ialah orang yang tidak menangani masalah dengan berkesan tapi kita tidak mahu jawapan yang umum apabila berbincang tentang sesuatu yang spesifik seperti ini

Dan ini faktanya. Ruminating biasanya berlaku kepada kaum wanita berbanding kaum lelaki. Berbeza pula dengan perempuan, kaum lelaki lebih menumpukan kepada emosi mereka berbanding sedih sepanjang masa [1]. Ini terjadi atas sebab yang bergantung kepada amalan setempat masing-masing tetapi secara umumnya, dalam kebanyakan budaya di dunia ini, ada perkara yang diterima masyarakat untuk setiap jantina fokuskan secara emosi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna semua perempuan di muka bumi ini suka ruminate, dan bukan juga bernaksud yang tiada lelaki yang suka ruminate.

Sebab apa orang suka ruminate? 

Mereka percaya yang mereka akan mendapat faedah daripada aktiviti ruminating tersebut
Mempunyai isu seperti perfectionism, neuroticism, dan fokus kepada hubungan yang melampau di mana mereka anggap mereka sanggup berkorban tanpa kira apa pun
Mereka percaya masalah atau stressor mereka tidak boleh dikawal. Ini paling biasa sekali.

Kesan ruminating kepada kesihatan anda

Berdasarkan analogi minda sebagai bekas air tadi, kita boleh faham yang ruminating ini ialah satu amalan negatif dan tak patut diamalkan tanpa mengira jantina. Dan inilah kenyataannya iaitu rumination boleh menyebabkan kemurungan [2] Dalam satu kajian yang lain, telah dinyatakan bahawa amalan ruminating yang tak sihat ini boleh menyebabkan kemurungan (depression) menjadi lebih teruk [3]. Selain itu,
  1. Rumination menyebabkan kita berada dalam kitaran bahaya. Makin ruminate, makin terasa untuk terus untuk buat aktiviti tu 
  2. Rumination mempunyai kaitan yang tinggi dengan penyalahgunaan alkohol. 
  3. Ia juga mempunyai kaitan dengan masalah pemakanan. Baca tentang bulimia dan anorexia di sini
  4. Memupuk pemikiran negatif. Bila kita fokus pada aspek negatif, maka sifat negatif lain akan datang 
  5. Mampu menyebabkan sakit jantung disebabkan distress ada emosi dan juga fizikal 
Dinasihatkan mereka yang mempunyai amalan ruminating ini berhenti dengan mengamalkan cara-cara tertentu

Strategi untuk menangani masalah ruminating


  1. Antara perbezaan lelaki dengan perempuan apabila menangani masalah yang ketara ialah lelaki akan menyibukkan diri dengan aktiviti lain [1]. Oleh itu, marilah kita mempelbagaikan aktiviti supaya tidak ada masa untuk fokus kepada negativiti. Tak suka aktiviti tu pun tak apa
  2. Terima hakikat bahawa Tuhan memberikan kebijaksanaan kepada kita untuk menerima benda yang boleh kita tidak boleh ubah, ubah perkara yang boleh, dan tahu akan perbezaan kedua-duanya
  3. Gantikan aktiviti rumination dengan sajak atau doa
  4. Buat aktiviti fizikal.
  5. Bersyukur atas perkara positif lain yang terjadi. Bukan perkara malang sahaja yang terjadi pada diri kita
  6. Menari dan menyanyilah pada lagu yang menyeronokkan. Saya dapati bahawa saya kurang mencarut apabila tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas apabila buat aksi yang menggelikan hati untuk lagu di radio. Bukan sahaja ketika bersama orang tersayang, malah ketika bersendiri pun berkesan,

Jadi, kesimpulannya, apabila bercakap tentang psikologi, overthinking tidak wujud dan anda sebenarnya bercakap tentang ruminating. Berhenti sebarkan informasi palsu dan gunakanlah ilmu yang sahih
-----------------------------------------------

Rujukan:
[1] Gender Differences in Responses to Depressed Mood in a College Sample. Sex Roles, 30 (5) 
[2] Probing the Rumination- Depression Cycle, APA. 
[3] Explaining the Gender Difference in Depressive Symptoms, Journal of Personality and Social Psychology, 77 (5)

Ulasan

Paling Popular

Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul. Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbit

Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows  on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul. Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi , jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu . Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Master

Ujian Sahsiah Psikologi Percuma

Ujian sahsiah, atau personality test ialah sejenis ujian psikologi yang yang menunjukkan bagaimana tahap kita dalam sifat-sifat tertentu. Biasanya kalau kita nak ceritakan pasal diri sendiri, mungkin kita akan menceritakan diri kita seorang yang baik atau jahat, peramah atau sombong dan sebagainya. Tapi saintis dalam bidang psikologi  dia ada keluarkan cara untuk mengklasifikasikan perwatakan manusia supaya senang untuk kita seragamkan tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ni Dan bila bercakap pasal ujian sahsiah, maka biasanya keputusan selepas buat personality test tu akan ditunjukkan dalam 5 domain iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan juga neuroticism. Sebab most personality test dibuat dengan menggunakan Big Five ni Secara ringkas, 1. Openness - kesediaan seseorang untuk perkara-perkara baru 2. Conscientiousness - ketersusunan (ada ke perkataan ni?) hidup seseorang 3. Extraversion - cara pergaulan seseorang. Extrovert ke introve