Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah


Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism


Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism

AUTISM TU APA ABAM PANDA?
Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan.

Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang tanya Aunty Wiki sebab aku nak cerita pasal video seorang awek remaja yang bernama Carly ni dan dia mengalami autism

Kepada mereka yang menggunakan Berukband ataupun saja-saja malas nak tengok video ni. Rugilah korang. Sebab video ni bakal membawakan habuk misteri macam cerita 1 Litre of Tears . Masa tengok kau akan rasa mata kau pedih dan terasa nak keluar air. Ini normal. Perfectly normal Selama ni aku anggap orang yang ada autism ni ada dunia tersendiri yang kita tak boleh akses. Selama ni jugak aku anggap yang apa yang kita boleh buat untuk orang autism ialah hanya jaga diorang dan tunggu diorang membesar lalu mati sebab jangka hayat memang tak panjang. Kejam, aku tahu tapi ini kenyataan. Tapi dalam video ni kita boleh nampak walaupun tak boleh berkomunikasi dengan mulut, Carly boleh berkomunikasi dengan komputer. Hero gila. Bermula daripada tu, pengkaji autism semua ada cara untuk mengetahui apa yang pesakit autism rasa. Benda pertama yang dia taip ialah HURT dan HELP Bermula daripada tu dia mula menaip untuk menyampaikan apa yang pesakit autism alami melalui blog, dengan twitter beliau. Sumpah sayu video ni. Tak tipu. Ianya perspektif berlainan terhadap pesakit autism. Oh, btw

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. nak betulkan sikit. autism bukan penyakit. it is not a disease. its a disorder. i have a brother with autism.

    BalasPadam
  3. @THM
    yes I know that. Tapi inilah susahnya BM tak boleh translate semua benda

    BalasPadam
  4. @THM
    okay baru jumpa perkataan sesuai. Thanks ^^

    BalasPadam
  5. aku nangis weii

    " finally you found your daughter"

    ada kelakatu terbang masuk dalam mata aku pas denagr tu.....

    BalasPadam
  6. wehhh aku xdpt tgk video ni sebab ofis block wehhhh. huwaaa nk tgk nnt balik uma T__T

    BalasPadam
  7. this is awesome. thank you sooooo much for posting this video up!!!

    BalasPadam
  8. nak tengok..tp loading lmbat gila2.. adei.. haha

    Blog rasmi : ini jacksky.punya! Blog

    BalasPadam
  9. aku bangga dgn kecekalan dia..bukan senang tu

    BalasPadam
  10. aku tak pakai beruk, tp tetap takbleh tgk bidio tu, tersekat2, mencik!!

    BalasPadam
  11. kesiannnyaaaaa. penuh kesabaran lau nak didik anak macam ni. huhu. bersyukur sesangat!

    #7 Spontaneous Thursdayyyy!

    BalasPadam
  12. memang tetibe ja ada habuk misteri bila abis tgk video tu

    BalasPadam
  13. sebak kott aku tengok bapak dia T___T
    confused one thing.dia boleh fikir normal but act like an abnormal ke arc?dlm video tu time kena tanya apasal dia pukul sana sini tu....

    BalasPadam
  14. aku ada cousin autism. n ada ADHD jugak. masa kecik dia jumpa dr, dr cakap IQ dia tinggi. kira genius lah. tapi parents dia tak boleh terima dia tu autism. still, parents dia ckp dia tu pandai. mula2 letak ke skolah khas. parents dia letak sekolah biasa sebab ckp anak dia normal. dan mula la budak tu macam tak tentu hala. budak lain belajar dia buat apa2 benda yang tak patut kat sekolah. kesian dia. i blame his parents.

    dorg hidup kt dunia dorg sendiri. kalau dia dah "syok" dgn dunia dia, kita panggil mcm ne pun dia xkan prasan. students mak aku byk mcm ni. mak aku ajar pend khas ni. kalau sawan tu mcm perkara biasa dah.

    BalasPadam
  15. @Fiffy

    thanks wey utk info tu. baguih dok sini ada info personal exp

    BalasPadam
  16. @SweetyMui2

    yang genius pun ada. Pendapat aku la kan, diorg fikir normal, cuma between dia berfikir dan dia bertindak tu, ada something wrong

    BalasPadam
  17. Terime kaseh sbb share video nih

    BalasPadam
  18. Mrk blh berfikir dgn normal, cuma tindakbalas fizikal terhadap gangguan otak mrk menyebabkan mrk bertindak tidak normal, thus menghentak2 kepala, menjerit2 sbb itu shj cara yg mrk tahu utk menangani gangguan tersebut dan perbuatan tu kdg2 bkn disebabkan pengaruh luaran, jadi diharap masyarakat dapat cuba mendekati pengidap autism dan cuba berkomunikasi sebayak mungkin dgn mrk. Mrk sebenarnya tidaklah anti sosial, cuma oleh krn reaksi negatif yg mrk sering terima bila mrk mengalami gangguan2 tu menyebabkan mrk krg minat nak berkomunikasi sbb mrk ada persepsi bahawa masyarakat tak faham apa yg mrk alami. Terima kasih krn berkongsi video ni, sgt bermakna utk ibu dgn anak autistik spt saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming